Mata aku celik. Menyedari aku masih berada di bilik, nafas aku hela lega. Aku sering tersedar di hospital, jadi ia umpama mimpi ngeri. Bimbang jika ketika aku sedar, orang ramai mula berkumpul mengelilingi katil wadku. Ya Tuhan.
Badan aku sandarkan pada kepala katil. Wajah aku raup menghilangkan mamai. Melihat jam dinding yang menunjukkan pukul enam petang, aku bingkas bangun. Mengemas katil sebelum berlalu ke bilik air untuk membersihkan diri. Setelah itu aku turun ke dapur. Kelihatan eonni Hyejin, pembantu rumah yang aku sudah anggap seperti keluarga sedang sibuk menyediakan makan malam.
Kerusi meja aku tarik melabuhkan punggung. "Mana yang lain?"
"Tuan tak balik malam ni. Kita berdua saja."
Aku mengangguk. Lagi, dia tak balik lagi dan lagi. Susah sangat ke nak luangkan masa walaupun sekejap untuk keluarga? Aku ada di hospital atau di rumah, sama saja. Dia sentiasa mengutamakan kerja. Patutlah sakit omma datang balik sehingga meninggal. Dia langsung tak bertanggungjawab terhadap keluarga sendiri.
"Jom makan!"
Aku tersedar mendengarnya. Mata melihat makanan yang terhidang. Sup ikan, nasi dan sayur yang direbus kosong. Nafas aku hela perlahan. Aku bosan makan macam ni. Namun tetap penyepit aku capai.
Harusnya aku memujuk Doktor Baekhyun untuk membenarkan aku makan makanan lain. Tak perlulah sampai nak makan macam ni terus. Dah dua tahun kut. Ugh!
-
-
-"Hmm?"
"Saya tanya, kenapa mesti minta kebenaran saya? Direktor ada, kan?"
Aku mengeluh sambil menongkat dagu di beranda. "Dia tak balik. Lagipun, sunbae kan doktor saya. Memang patutlah saya tanya sunbae."
Dia tergelak di hujung talian. "Saya ada mesyuarat kejap lagi. Kita bercakap esok?"
Aku berdecit. Dah tengah malam macam ni pun sibuk nak mesyuarat bagai. "Esok saya tak nak datang."
"Kalau tak nak datang, tak payah pergi sekolah lagi."
"Tak adil. Ugut-ugut pula." Nada aku leret, ingin merajuk.
"Saya letak sekarang ya?"
Tak sabar betul dia nak pergi mesyuarat. "Okey."
Talian dimatikan. Pandangan aku lempar ke bawah. Kelihatan dua orang penjaga sedang menikmati kopi sambil berbual. Telefon berdering lagi, menandakan sms. Skrin aku leret dan senyumanku turut meleret. Sebelum...
From :
Baekhyun SunbaeSaya yang akan sediakan menu makanan awak tu sendiri nanti. Macam mana?
"Lagi tak adil!" Aku menjerit geram sehingga menarik perhatian dua penjaga di bawah.
Aku abaikan. Aku tengah patah hati. Mana boleh macam ni. Tak adil dan lagi tak adil. Dia nak sediakan sendiri makanan aku? Wah, tentulah bertambah tak sedap! Ugh!
Kaki aku seret masuk ke dalam bilik. Dunia aku bertambah hancur. Hancur dan hancurrrrrr.
YOU ARE READING
That Miracle || kth ✔
Short StoryIf you ever ask me why I choose to keep going, the answer is simple. Him. #5 in care ••• Cover by @-THEWOLY