Dua Belas

137 18 12
                                    

"Jiyeon."

Sesaat tubuhku sudah ditarik ke dalam pelukannya. Belakangku diusapnya memujuk namun sebaliknya yang berlaku. Aku bertambah teresak sehingga aku terpaksa menyembamkan wajah ke dadanya menyembunyikan suara. Tapi masih gagal.

"Shh." Dagunya diletak ke atas kepalaku sambil menarik tangannya memeluk ke pinggangnya.

"Menangis, sepuas mana yang awak nak sebab saya akan tetap ada di sini. Tapi lepas tu, janji yang awak akan kembali tersenyum dan menjadi lebih kuat berbanding sekarang."

Aku memejamkan mata sambil mengetap bibir. Dia terlalu mengambil berat dengan aku.

-
-
-

"Better?"

Aku mengangguk sambil menghela nafas. Dia tersenyum sambil menghulurkan gelas berisi air di tangannya. Gelas itu aku capai dan teguk. Walaupun aku masih tersedu, tapi perasaan aku menjadi lebih lega sekarang.

"Awak cantik."

Aku mengangkat kening, memandang matanya yang tak lari dari wajahku. Bibirnya mengukir senyuman.

"Mata yang sembab, hidung dan pipi kemerahan dan bibir sedikit membengkak. Seorang gadis yang menjadi lebih comel setelah menangis. Saya tak pernah melihat seorang gadis yang macam awak."

Bibir aku kemam menyembunyikan senyuman. Kening aku garu menahan debar.

"Ibarat sekuntum bunga yang kembali mengembang setelah disinari matahari. Walaupun dia ditimpa embun kedinginan pada waktu malam, tapi setelah itu dia kembali mengembang dengan kehangatan matahari."

Aku faham apa yang cuba disampaikannya. Aku ibarat bunga yang ditimpa embun itu, lalu menangis. Tapi setelah itu dia mahu aku mencari kekuatan semula kerana ada ramai yang mahu aku sembuh.

"Okey, pergilah tidur. Good night and sweet dream, Jiyeon."

Aku mengangguk sambil bangun. Beberapa langkah, aku berpatah balik mendekatinya.

"Sunbae."

Dia memalingkan wajah memandang aku. Aku pantas berjengket lalu mencium pipinya sekilas sebelum berlari naik ke tingkat atas. Pintu bilik aku tutup dengan debaran di dada.

Kejap, apa yang aku buat tadi? Macam mana aku boleh jadi seberani ini dalam sekelip mata? Apa yang merasuk aku? Bukan tadi aku cuma nak ucapkan terima kasih ke? Ugh!

-
-
-

Aku duduk di sebelah eonni Hyejin sambil mata cuba mencuri pandang riak wajah Doktor Baekhyun. Tenang, seperti selalu. Nafas aku hela lega, bermakna dia tak marah tentangnya, kan?

Mug air panas aku angkat, menyisipnya namun sesaat aku kembali meletaknya sambil tertunduk mengemam bibir. Mata berair dan wajah membahang. Panas.

Doktor Baekhyun pantas berdiri, mencapai balang gula. Daguku ditolaknya naik memberi isyarat agar aku membuka mulut. Satu kiub gula dimasukkannya ke dalam mulutku.

"Jangan telan, kemam saja."

Aku mengangguk. Eonni Hyejin menghela nafas lega. Aku tersenyum sambil mengangkat ibu jari, aku okey. Mata melirik Doktor Baekhyun yang kembali duduk. Mug aku dicapainya, meniup sehingga suam sebelum kembali diletakkan di hadapanku.

"Terima kasih, sunbae." Aku mencapai sudu. Gula dah larut dan rasa pedih akibat lidah yang melecur semakin hilang.

Telefon eonni Hyejin yang berdering pantas diangkatnya. Dari bicaranya aku tahu, tentu pemandu peribadi appa yang menelefon. Talian dimatikan diikuti helaan kasar eonni Hyejin.

"Isteri dia sakit jadi dia tak dapat hantar Jiyeon hari ni. Doktor boleh tolong tak?"

Aku laju menggeleng. "Tak apa, saya boleh naik bas."

Aku tak sedia lagi nak berduaan dengan Doktor Baekhyun setelah kejadian semalam dan tadi. Tapi dia mengangguk, sebelum berlalu ke biliknya untuk menukar baju. Aku memandang eonni Hyejin, menarik muncung. Namun dia gelakkan aku pula. Haih, sabar jelah.

That Miracle || kth ✔Where stories live. Discover now