Dua Puluh Tujuh

118 21 1
                                    

Aku menangis kerana appa?

"Bila dia lahir, hadir dia umpama keajaiban. Setiap hari saya berasa gembira dan bahagia. Kerjaya saya semakin luas sehingga berada pada tahap ini. Tapi saya lupa, lupa akan mereka yang saya sayangi. Sehingga bila isteri saya meninggal, saya dah tak sempat untuk mengubah semuanya. Anak saya bencikan saya dan semuanya tu memang betul. Saya layak dibenci dan..."

Bicara appa terhenti, berganti dengan tangisannya. Ini kali pertama aku melihat lelaki yang selama ini langsung tak mempunyai perasaan, menangis. Salah satu sebabnya kerana aku.

Doktor Baekhyun kelihatan menepuk bahu appa beberapa kali sambil berkata sesuatu, yang langsung aku tak dapat dengar kerana dia berbisik.

Jadi tanpa menunggu lagi, aku mengatur langkah pergi dari situ. Semakin lama langkah aku semakin laju sehingga akhirnya aku berlari. Berlari dan berlari tanpa menghiraukan sesiapa pun dan bila kaki aku berhenti, aku sudah berada di rooftop.

Dan salji sedang turun.

Aku mendongak sambil menyeka air mata di pipi. Ya, ia salji. Musim sejuk akhirnya tiba. Ketulan-ketulan putih itu kelihatan di mana-mana, menutupi permukaan bumi Seoul. Aku menangis lagi.

Bukan aku saja yang terseksa selama ini. Appa juga terseksa. Semua bicaranya tadi dan juga tangisan lelakinya begitu meragut semua kebencian aku terhadapnya. Aku menyesal dan aku bersalah kerana selalu membencinya. Aku terlalu meletakkan semua kemarahan aku terhadapnya, tanpa memikirkan perasaan sebenarnya, yang appa telah sembunyikan jauh ke dalam hatinya.

"Maafkan Jiyeon, appa."

Bibir aku kemam. Tangan terasa berketar, menahan emosi yang menyerang. Aku bersalah.

"Jiyeon?"

Pantas aku berpaling ke belakang, mendapati appa berada di situ. Wajahnya merah namun sedaya upaya riak biasanya ditampal semula.

"Appa..."

Dia menghampiri aku. "Kenapa di sini? Keadaan yang sejuk akan melemahkan kamu, Jiyeon. Masuk!"

Dulu, bila dia meninggikan suara begini aku akan terasa lalu semakin membencinya. Tapi sekarang, aku tak rasa apa-apa lagi kebencian. Sebaliknya rasa penyesalan sehingga untuk pertama kali setelah dua tahun berlalu, aku memeluknya. Erat.

"Maafkan Jiyeon, appa."

Dia kelihatan kaku. "Jiyeon... kamu sakit?"

Aku menggeleng. Aku gembira tapi aku juga menangis. "Jiyeon minta maaf."

"Jiyeon..." Suaranya mendatar. "Kamu patutnya marahkan appa sekarang."

Aku menggeleng lagi. "Tak, Jiyeon takkan marahkan appa lagi. Jiyeon dah dengar semuanya."

Nafasnya dihela sebelum dia turut memeluk aku. "Anak appa."

That Miracle || kth ✔Where stories live. Discover now