Tiga Puluh Empat

128 14 4
                                    

Aku hanya tersenyum nipis apabila hampir semua pelajar yang mengenali aku datang untuk memberikan semangat. Betapa beruntungnya aku kerana memiliki mereka yang masih mahu datang memberikan harapan. Jika dulu aku langsung tak pernah tahu mereka ada, berharap aku sembuh.

Apabila mereka semua sudah beredar, Taehyung menarik kerusi ke sebelahku lalu melabuhkan punggung. Bahuku dipeluk dengan senyuman.

"Promise me that you're gonna make it, hmm?"

Aku mengangguk sambil tergelak halus. "Janji."

"God, I don't know how they gonna do it but I hope it will not hurt you."

Aku mengerutkan dahi. "Rasanya akan sakit, tapi tak rasa kut."

Taehyung mengangguk dengan dahi yang berkerut. Tentu memikirkan proses pembedahan itu nanti. Jari kelingkingku ditaut dengan jarinya yang sama.

"Janji dimeterai," ujarnya perlahan.

Aku mengangguk. "Tae? Balik nanti kita sama-sama hmm?"

Dia mengeluh. "Tak bolehlah. I promised ssaem to help him clean up the pool."

"Kalau macam tu saya temankan awak, bolehlah. Hari ni hari terakhir saya dapat luangkan masa bersama awak."

Dia menggeleng. "Tak boleh. Kejadian hari tu masih buat saya seram tahu?"

Aku memasang muka comel. "Alah bolehlah. Saya baby awak, kan? Bolehlah."

Dia memandang aku lama sebelum menghela nafas. "Okey, tapi janji jangan dekat dengan kolam tu."

"Yey!"

-
-
-

Janji tinggal janji bila dia menghulurkan hos air kepadaku. Aku terus memicit hujung hos dan mengarahkan kepadanya. Dia menjerit melarang namun aku semakin tergelak melihat dia yang semakin basah.

"Baby?"

Aku masih tergelak ingin mencabar dia agar mengejarku tetapi dia hanya menghela nafas sebelum mengambil alat penjaring lalu bergerak membersihkan kolam. Aku mengeluh hampa. Dia ni tak boleh bawa main betul.

Hos aku jatuhkan ke lantai ingin mendekati Taehyung tetapi entah macam mana kakiku tersadung pada hos dan seterusnya aku sudah terjatuh ke dalam kolam. Tangan dan kaki aku gerakkan cuba keluar daripada air tapi gagal. Degupan jantung terasa lemah.

"Baby!"

'Taehyung, tolong saya.'

Tanganku terasa ditarik seseorang dan bila sedar aku sedang terbaring di atas lantai dan wajah Taehyung yang begitu hampir. Aku terbatuk air beberapa kali sebelum tubuhku ditarik ke dalam pelukannya.

"God I'm so scared!" Terasa nafasnya yang turun naik laju.

Pelukan dileraikan lalu wajahku diusap. Kemudian kot sekolahnya dicapai menutupi badanku. Telefon dicapai menghubungi seseorang dan setelah itu aku dicempung keluar.

"Tae----" Dahi berkerut menahan sakit sambil menarik bajunya.

Dada aku terasa sakit yang amat menyebabkan aku tercungap-cungap cuba mencari udara. Taehyung kelihatan mengetap bibir dengan wajah yang merah.

"Hang on!"

That Miracle || kth ✔Where stories live. Discover now