Lima Belas

126 21 4
                                    

Terasa duniaku berputar bila mata aku celik. Bibir mengeluh perlahan sambil sebelah tangan naik menekan dada. Aku bernafas. Aku masih bernafas! Nafas aku hela berulang kali sehingga rasa berat di dada hilang. Mata aku pejam dan buka sehingga pandanganku menjadi normal semula.

Minda memutar semua kejadian yang berlaku sebelum aku di sini. Aku berkeras menyertai kelas renang sekali gus hilang kesedaran yang aku tak boleh berada di dalam air untuk waktu yang lama. Terutamanya melakukan sebarang aktiviti renang. Aku melanggarnya.

Kepala aku paling ke arah pintu bila mendengar pintu dibuka. Kelihatan Doktor Baekhyun menutup pintu dengan wajah serius. Kerusi di sebelah katil ditarik melabuhkan punggung. Bibirnya diketap sambil memandang aku lama.

Dia marahkan aku? Mata aku larikan ke tepi dengan debaran halus. Aku tahu aku salah tapi... aku salah.

"Sunbae boleh marah saya sebab saya salah. Saya tak sepatut---"

Belum habis ayatku, dia sudah bangun memeluk aku. Mata membulat terkejut dengan tindakannya. Tapi tangan terasa lumpuh untuk menolak tubuhnya. Ada sesuatu yang bergolak dalam dada, rasa tenang dan bahagia.

Dia memeluk aku!

Dia risaukan aku!

Bibir aku kemam. Wangian tubuhnya membuat aku memejamkan mata. Perasaan ini semakin terasa dan kuat. Perasaan yang aku tak pernah rasa tapi begitu membara, sukar untuk aku tepis. Aku cintakan Doktor Baekhyun.

"Jiyeon... tolong jangan buat macam tu lagi? Saya..." Dagunya diletak ke bahuku. "Saya takkan maafkan diri saya kalau saya lambat selamatkan awak tadi."

Tangan aku genggam, sakit hati dengan tindakan aku sendiri. Aku terlalu membuatnya risau sehingga bila dia dalam keadaan begini, aku juga berasakan yang sama.

"Sunbae, saya minta maaf. Saya tahu saya salah, maafkan saya."

Badannya diangkat, tangannya kukuh menekan ke tilam, menongkat badannya. Matanya redup menatap aku.

"Saya pasti akan hukum awak kalau awak buat macam tu lagi", ujarnya perlahan sebelum menegakkan badan.

Aku terkebil, turut bangun dari pembaringan. Mataku mengekor pergerakannya yang mengambil sesuatu dari laci meja. Rekod kesihatanku. Pen dicapai sambil memeriksa IV dripku.

"Okey tak? Atau terlalu laju? Nak saya perlahankan?"

Aku menggeleng. "Okey je."

Dia mengangguk sambil mencatat sesuatu sebelum duduk di birai katil. Tangan kiriku diambil, dua jari menekap ke urat nadi. Dicatat lagi dan dia bangun. Stetoskop di leher dipasang ke telinga sambil mengisyaratkan aku agar berbaring. Degupan jantungku diperiksa sebelum dia kembali berdiri.

"Jam 8 malam ni saya akan buat MRI dan CT scan. Esok jam 10 pagi saya akan buat ECG dan sambung terus Holter Monitoring."

Uwaaaa, macam nak memberontak pun ada. "Sunbae... saya nak balik rumah. Saya tak nak bermalam kat sini dan saya tak nak buat Holter Monitoring. Ia ambil masa sehari, atau dua hari. Saya akan terlepas kelas lagi."

Dia tak menjawab, tetap dengan wajah tenang. Dia nak guna kuasa dia dah ke? Tak nak dengar rayuan aku lagi? Ugh! Wajah aku pusing, berbaring membelakangkannya.

"Saya janji lepas semuanya selesai, saya akan bawa awak ke mana saja yang awak nak."

Spontan aku tersenyum.

That Miracle || kth ✔Where stories live. Discover now