Lapan

162 23 14
                                    

"Duduk sini, Jiyeon."

Aku mengeluh sambil duduk di sofa berhadapan appa. Mata aku larikan ke bawah, enggan memandangnya.

"Appa dah berbincang dengan Doktor Baekhyun."

Bincang pasal apa?

"Esok appa kena pergi Kanada untuk seminar. Jadi appa tak nak Jiyeon timbulkan apa-apa masalah sepanjang appa tak ada kat sini. Dengar cakap eonni Hyejin dan jangan suka sangat keluar dengan budak Kim tu."

Ah, jadi appa takkan ada dekat sini?

"Setiap kali nak keluar pastikan bagitahu Doktor Baekhyun dan pastikan sentiasa bertemankan Doktor Baekhyun."

Jadi Doktor Baekhyun dah bincang pasal hal tu? Yes!

"Lagi satu, jangan melawan cakap Doktor Baekhyun sepanjang dia ada di sini nanti."

Kejap, kejap. Dahi berkerut. Maksudnya apa?

"Jiyeon boleh pergi berehat sekarang."

Aku masih terkebil tapi appa dah tak nak jelaskan lagi. Mahu tak mahu aku berlalu ke bilik. Doktor Baekhyun akan tinggal dekat sini ke?

-
-
-

Aku membulatkan mata sebaik menuruni tangga dan mendapati Doktor Baekhyun sedang berbual dengan eonni Hyejin di ruang tamu. Terkejut dan aku tak sangka apa yang aku fikirkan semalam terjadi.

"Jiyeon-ah, sinilah." Eonni Hyejin melambai menggamit aku menghampiri mereka.

Aku jadi tak kena bila Doktor Baekhyun turut memaling wajah memandang aku. Senyumannya diukir.

"Dah bangun tidur?"

Aku dahlah belum cuci muka. Ugh, menyesal aku tak ikut kata hati tadi. Kaki aku atur kembali ke bilik, mencuci muka sebelum kembali turun ke ruang tamu.

"Cuci muka?" Eonnie Hyejin tersenyum mengusik. "Pelik ni."

Aku menggaru kepala. "Muka rasa gatal." Alasan! Hakikatnya aku tak pernah cuci muka setiap kali bangun dari tidur petang. Sebab aku nak kekalkan minyak di wajah untuk mengelak daripada kulit kering.

Doktor Baekhyun menuang air ke dalam gelas sebelum meletakkannya di hadapanku. Aku meliriknya sekejap sebelum teringat sesuatu.

"Sunbae tinggal kat sini?"

Dia mengangguk. "Tak suka?"

"Aah, bukan! Suka cuma sunbae tak bagitahu pun?"

Pandangannya meredup sambil bibir melarik senyuman nakal. "Suka?"

Aku tergelak plastik sambil menggeleng. "Maksud saya, suka. Suka..."

Dia tergelak kecil. "Saya faham, Jiyeon. Saya ingat direktor dah bagitahu pasal hal ni?"

"Dah bagitahu tapi tak faham." Aku menjawab perlahan. Haih, muka terasa panas pula.

Eonni Hyejin tergelak. "Tuan selalunya cakap tak habis, tergantung. Nasib baik apa yang tuan bagitahu semalam saya dapat tangkap, kalau tak jadi macam Jiyeon. Terkebil."

Aku menggaru kepala lagi. Jujur pula eonni ni. Tak boleh backup aku sikit ke? Dahlah perkara memalukan aku dah dua kali berlaku hanya dalam beberapa minit.

Doktor Baekhyun hanya tersenyum sebelum meminta aku meneguk air di hadapan. Aku tak suka teh, tapi memandangkan dia dah hidangkan, aku minum jelah. Hmm, kenapa pahit pula? Wajah berkerut sambil meletakkan gelas kembali di atas meja.

"Sedap tak?" Eonni Hyejin tersenyum.

"Teh herba," ujar Doktor Baekhyun sambil menunjuk ke arah dadanya sendiri. "Melancarkan peredaran darah."

Aku mengangguk, tapi aku takkan minum lagi. Pahit dan tak suka. Wek!

"Saya nak bersihkan badan dulu." Aku berura-ura untuk berlalu ke bilik bila mereka tergelak serentak.

"Dah jam enam ke?" Eonni Hyejin melirik jam di dinding. "Baru lima setengah."

Aku tersengih. Aku bukan nak mandi, aku nak larikan diri daripada teh herba tu. Aku tahu mesti Doktor Baekhyun akan paksa aku minum bagi habis punya. Inilah yang aku tak berapa setuju bila dia kata dia yang akan sediakan makanan untuk aku. Tentu tak sedap!

"Jiyeon, bagi habis teh ni."

Kan aku dah cakap. Wajah eonni Hyejin aku pandang sambil membuat muka merayu. Belum sempat eonni Hyejin ingin membantu, Doktor Baekhyun dah berdiri membawa gelas aku mendekati aku.

"Perlu ke bagi habis? Tak sedaplah, sunbae." Aku menarik muka buruk.

Dia menahan senyum. "Kalau tak bagi habis, takkan ada perubahan dalam menu makanan awak malam ni."

"Sunbae tipu. Mesti makanan tu tak sedap juga."

"Sedap, percayalah. Tapi bagi habis ni dulu."

Aku mengeluh. "Perlu ke?"

"Perlu."

Haih, bencinya bila kena paksa macam ni! Akhirnya dengan hidung yang aku picit, menahan daripada bernafas habis juga aku telan. Laju aku memberikannya gelas itu semula sebelum berlari naik. Kedengaran tawanya yang terlepas.

Gembira ya gelakkan aku. Ugh!

That Miracle || kth ✔Where stories live. Discover now