Letih mencuba hampir semua permainan dekat sini, sehingga tak sedar hari sudah semakin gelap. Tapi suasana semakin meriah pula dengan pengunjung yang semakin ramai dihiasi dengan seri lampu berwarna-warni. Aku menyandarkan kepala pada bahunya dengan senyuman lebar.
"Ini kali pertama saya berasa bebas sampai macam ni. Dapat bermain sehingga penat tapi tak dapat berhenti daripada tersenyum. Terima kasih, Taehyung."
Dia memaut bahuku. "Sebenarnya dah lama saya rancang nak bawa awak ke mari. Tapi saya nak tunggu sehingga awak sembuh, sebab setiap kali kita ke mari untuk bermain, saya berasa takut."
Aku mendongak menatap wajahnya. "Bila awak mula jatuh cinta dengan saya?"
Dia terdiam sekejap. "Hari terakhir kelas renang."
Aku berdebar. "Kenapa?"
Terasa tangannya mengusap lenganku. "I saw a girl, strong and never give up. Always trying to do anything that she can, without thinking about her pain."
Aku diam menunggu dia meneruskan bicaranya.
"I never saw you more than just a friend, Jiyeon. Hari tu, bila awak hampir lemas, saya hampir salahkan diri sendiri sebab tak jaga awak dan sibuk bermain dengan mereka. Seharian saya tunggu awak sedar, sehingga Baekhyun sunbae meminta saya balik. Saya tak nak, tapi saya tak ada hak untuk bertegas. Kita hanya kawan, tapi dia ialah lelaki yang awak cinta."
"Taehyung..."
"Hampir setiap hari, selepas balik dari sekolah saya akan pergi ke hospital. Tapi saya tak dapat melawat sebab awak baru saja habis jalankan rawatan. Jadi saya tunggu, tapi awak lemah jadi Baekhyun sunbae tak benarkan saya. Sehingga suatu hari saya dengar dia marahkan awak. Saya cuba masuk, berniat untuk kerjakan dia sebab berani buat awak menangis. Tapi saya silap, dia marahkan awak sebab dia sayangkan awak."
Aku kemam bibir. Hiba dan terharu.
"Lepas tu suatu hari lagi, saya dapat tiket ke tempat ni. Saya cuba hubungi awak tapi tak dapat. Rupanya awak keluar dengan dia, ke tempat ni. Saya tak nak ganggu sebab saya tahu yang awak sangat gembira. Jiyeon, saya... sumpah saya cemburu... tapi saya gembira sebab dia mampu bahagiakan awak. Dia lelaki berkerjaya, miliki segalanya, sedangkan saya masih belajar. Saya tak layak."
Saat ini aku turut merasai kesakitannya.
YOU ARE READING
That Miracle || kth ✔
Short StoryIf you ever ask me why I choose to keep going, the answer is simple. Him. #5 in care ••• Cover by @-THEWOLY