Hari ni aku akan menduduki CSAT. Orang selalu kata 'the chance to make or break one's future.' Itu membuatkan aku berasa agak gementar tapi aku takkan mengalah. Peluang ni cuma datang sekali seumur hidup, jika ada untuk kali kedua juga harapan itu takkan sama seperti pertama kali. Aku tak mahu berharap untuk kali kedua, kerana aku tak mahu berasa sakit hati kerana kecewa.
Awal pagi lagi aku dah bangun bersiap. Aku mengenakan ribbed sweater hitam, dipadankan dengan jaket tebal berwarna putih dan jean. Rambut aku buat gaya waterfall braid menyerlahkan lekuk wajah yang terbentuk cantik, bagiku amat sempurna. Omma juga mempunyai bentuk wajah yang sama, jadi aku mewarisinya.
Beg aku capai, sangkut ke bahu sebelum berlari anak turun ke dapur. Kelihatan appa, eonni Hyejin dan Doktor Baekhyun sudah pun menunggu. Aku memeluk bahu appa sekilas sebelum melabuhkan punggung di sebelah eonni Hyejin.
"Cantiknya anak appa hari ni."
Aku tersengih sambil mencapai sekeping roti yang telah dibakar. Dari sudut mata aku dapat lihat Doktor Baekhyun yang merenung aku dalam diam. Adakah dia juga turut berasakan hal yang sama seperti appa? Anak rambut aku selit ke belakang telinga.
"Buat saja yang Jiyeon mampu, appa percayakan anak appa."
"Dan saya percayakan anak direktor saya." Doktor Baekhyun turut menyambung.
"Saya percayakan adik saya." Eonni Hyejin tergelak halus sesudah mencelah.
Aku menekup wajah, menyembunyikan rasa gembira dan terharu dengan perubahan ini. Appa semakin menunjukkan sikapnya yang penyayang, yang selama ini tidak pernah ditunjukkan kepada aku. Eonni Hyejin sudah boleh bergurau dengan appa, sedangkan selama ini eonni Hyejin tak berani pun buat macam tu. Doktor Baekhyun, aku tengok dia begitu rapat dengan keluarga aku sehingga appa memaksa dia tinggal di sini sehingga selesai semua urusan pembedahan aku nanti.
Hmm, selesai menjalani CSAT nanti, aku akan menjalani pemindahan jantung. Semakin hari semakin hari, rasa gementar dan berdebar itu menghimpit dada. Bimbang dengan segala kemungkinan yang bakal terjadi, tapi appa mahu pun Doktor Baekhyun langsung tak cakap apa-apa tentang impak negatifnya.
Jadi aku juga bertekad untuk menepis semua angkara negatif itu. Aku harus kuat dan yakin semuanya akan baik-baik saja. Aku harus tabah demi untuk sebuah keajaiban itu.
Keajaiban, untuk meneruskan kehidupan. Dan selepas itu, aku boleh meluah sekali lagi kepada Doktor Baekhyun. Dia berjanji untuk menunggu aku sihat, untuk menerima aku.
Memikirkannya saja membuatkan aku semakin kuat.
YOU ARE READING
That Miracle || kth ✔
Short StoryIf you ever ask me why I choose to keep going, the answer is simple. Him. #5 in care ••• Cover by @-THEWOLY