Kereta diberhentikan di hadapan pintu masuk dewan. Badan aku pusing sedikit ke arah Doktor Baekhyun sambil melepaskan tali pinggang. Senyuman manis aku ukir buatnya.
"Terima kasih."
Dia mengangguk, turut memusingkan badan memandang aku dengan senyuman. "Fighting! Jawab dengan yakin dan kalau tak tahu langsung pun jawab jelah B."
Aku mengerutkan dahi. "B?"
Dia tersengih. "Baekhyun."
Aku tergelak sambil menggelengkan kepala. "Hmm, sunbae mengada. Okey, saya pergi dulu."
Dia mengangguk. "Okey."
Nafas aku hela sambil membuka pintu. Tapi lengan jaketku ditarik oleh Doktor Baekhyun, memaksa aku berpaling ke belakang. Dia melekap ibu jari ke bibirnya sendiri sebelum dilekap ke bibirku. Aku terpana dan kaku.
Dia buat indirect kiss dengan aku?
"Jaga diri." Dia tersenyum lagi. Cuma kenapa aku rasa senyuman dia sekarang sangat menawan? Matanya menjadi kecil, bibirnya melengkung penuh sehingga menampakkan barisan giginya yang tersusun rapat cantik.
"Ok...ey." Aku mengemam bibir menyedarkan diri sambil keluar dari kereta. Aku hanya melambainya sekejap sebelum berlari anak masuk ke dalam.
Pipi aku tekup. Panas. Pelbagai perkara mula bermain di minda. Tindakannya yang aku anggap begitu berada di luar jangkaan aku. Aku hanya pernah berangan agar dia mencium aku, di pipi. Dia bukanlah seorang lelaki yang suka mengambil kesempatan, aku tahu. Sedangkan ketika aku sukar bernafas, dia tak pernah melakukan pernafasan dari mulut ke mulut. Dia amat menghormati aku.
Tapi tadi... sebaik ibu jarinya menyentuh bibir aku, aku tak rasa apa-apa selain jantung aku berdegup dengan kencang. Aku terbuai dan keadaan di sekeliling langsung tak wujud dalam pandangan aku. Hanya dia, mata tunaknya dan aku saja.
Ugh!
Nafas aku hela bila tiba di hadapan dewan. Pantas aku mencari nombor mejaku lalu melabuhkan punggung. Kelihatan ramai pelajar dari pelbagai sekolah turut mencari tempat duduk masing-masing. Seseorang melabuhkan punggung di meja sebelahku. Aku membalas senyumannya sebelum mengarahkan fokus ke hadapan.
Keajaiban, hanya satu lagi.
YOU ARE READING
That Miracle || kth ✔
Short StoryIf you ever ask me why I choose to keep going, the answer is simple. Him. #5 in care ••• Cover by @-THEWOLY