Sembilan

153 21 10
                                    

Aku berlari anak menuruni tangga bila terhidu bau makanan yang luar biasa. Terlalu teruja dengan haruman dari dapur. Kedengaran suara eonni Hyejin dan Doktor Baekhyun yang rancak berbual di dapur. Perlahan-lahan aku menghampiri mereka.

"Saya dah cakap doktor, jam tujuh ialah waktu makan malam dia."

Doktor Baekhyun memalingkan wajah memandang aku dengan senyuman. "Macam yang Hyejin cakap, waktu membersihkan badan ialah jam enam. Jam tujuh awak dah turun ke dapur untuk makan malam."

Aku tersengih. Kerusi di sebelah eonni Hyejin aku tarik melabuhkan punggung. "Dah siap masak ke? Menu apa?"

Aku melirik Doktor Baekhyun yang bangun mengambil pinggan, sudu dan gelas. Eonni Hyejin pula membantu menghidangkan makanan. Tapi makanan tu ditutup menggunakan penutup saji, menyukarkan pandangan. Aish!

Apabila semua sudah duduk, Doktor Baekhyun menatap aku dengan senyuman yang cuba disembunyikan. Redup saja matanya sehingga aku jadi semakin tak sabar. Bukalah cepat!

"Tadaa!" Penutup saji diangkat oleh eonni Hyejin.

Aku membulatkan mata. Wah... Wah. Aku mengecilkan mata memandang Doktor Baekhyun dan eonni Hyejin bersilih ganti. Ikan lagi! Wah, geramnya!

"Kenapa?" Senyumannya semakin tak dapat disembunyikan. "Ikan salmon, sedap apa."

Aku berdecit. "Sunbae cakap menu berubah, tapi masih juga ikan."

"Jiyeon belum rasa, ikan ni Doktor Baekhyun sendiri yang masak tahu?" Eonni Hyejin mencelah.

Aku meredupkan pandangan ke dalam pinggan ikan yang dimasak bersama tomato. Hmm, penyepit aku capai. Mencuitnya sedikit lalu menyua ke mulut. Hmm, sedap. Perlahan aku mengukir senyuman.

"Dah kata sedap!" Eonni Hyejin tergelak. Begitu juga Doktor Baekhyun yang kelihatan lega melihat aku tersenyum.

"Ikan rebus tak sedap, saya setuju."

Aku mengangguk mengiyakan pendapat Doktor Baekhyun. Sambil itu laju tanganku bergerak mencuit isi ikan. Eonni Hyejin hanya diam menikmati makanannya.

"Ikan salmon ni baik sebab mengandungi sumber asid lemak omega-3 yang membantu mengelak darah daripada membeku dan mengurangkan radang. Minyak zaitun yang dicampurkan pula tak mengandungi kolesterol yang banyak. Tu, bagus untuk jantung awak."

Aku mengangguk faham. Jujurnya aku berusaha untuk menahan diri daripada cuba memeluk doktor ini. Dia menepati janjinya untuk mengubah menu makanan aku, walaupun bahan yang digunakan masih sama. Aku tak sangka yang dia reti memasak, mengalahkan aku pula. Setiap apa yang dilakukannya, dia sentiasa mengutamakan aku, jantung aku.

Perlahan aku menghela nafas. Andainya ada yang sudi mendermanya untuk aku, aku akan berhenti menyusahkan semua orang. Eonni Hyejin yang tak pernah balik untuk bersama keluarganya kerana ingin menjaga aku sepanjang masa. Taehyung yang sanggup kena marah appa semata untuk memenuhi keinginan aku. Doktor Baekhyun, yang membuat perubahan drastik dalam kerjanya untuk membantu aku sembuh.

"Jiyeon?" Eonni Hyejin memanggil perlahan. "Kenapa ni?"

Aku laju menggeleng. Aku tak boleh terlalu fikirkan masalah ni. Aku akan semakin menyusahkan semua orang. Ah, betapa tak bergunanya aku!

Terasa rambutku dielus perlahan. Bila aku sedar, ia perbuatan Doktor Baekhyun.

"Promise I will cook more than this fish, next time, hmm?"

Aku tergelak halus. "Tak, yang ni pun sedap. Terima kasih, sunbae."

Dia mengenyit mata sebelum melarikan tangannya dan kembali menyambung suapan. Aku hanya menggeleng, dia ini seperti teman lelaki aku je. Ugh!

That Miracle || kth ✔Where stories live. Discover now