Aku tersengih jahat melihat dia kelam-kabut berlari turun. Kepala aku gelengkan. Itulah, siapa suruh dia berjaga semalam? Dengan muka yakin lagi katanya dia takkan bangun lambat walaupun siaran perlawanan bola tamat pada jam dua pagi. Hek!
"Baby, come here! I'm late!"
Aku menghampirinya dengan senyuman. "Tahu pun dah lambat. Semalam kata apa? Baby, I'm not gonna be late tomorrow, I swear. Iya?"
Dia menarik muncung mendengar aku siap meniru suara dan mimik wajahnya semalam. Tangannya sejak tadi cuba membetulkan tali leher tapi dah kalau nak cepat, makin lambat adalah.
"Sudahlah tu, baby. Saya nak cepat ni! Kalau lambat bos membebel pula! Argh, kenapa pula tali leher ni nak buat hal? Ish!"
Haihlah, buat simpati je perangai dia ni. Tangannya aku alihkan lalu membetulkan ikatan tali lehernya. Rasa nak gelak pun ada. Macam budak-budak. Kalau dah tak reti nak cepat tu minta tolonglah dengan aku.
"Saya kejutkan awak, tapi awak tak sedar. Jadi ingatkan awak ambil cuti je, rupanya masih nak pergi kerja juga," ujarku perlahan.
Dia hanya diam dengan mata yang tunak merenungku. Siap dengan tali leher, tangannya aku angkat. Butang pergelangan tangan aku kemaskan.
"Dah siap."
Dia mencapai briefcase hitamnya. "Terima kasih."
Aku angguk. Dahiku dicium lembut sebelum merendahkan sedikit tubuhnya untuk memudahkan aku mengucup pipinya.
"I love you, sweetheart."
Aku spontan tersenyum mendengar panggilannya itu. Sweetheart? Melihat dia masuk ke dalam kereta setelah menghadiahkan kenyitan mata membuatkan aku semakin tak dapat menahan perasaan teruja.
Aku hanya hidup sekali, tapi dipenuhi dengan pelbagai keajaiban yang menggembirakan dan menyedihkan.
Aku pernah sakit teruk, tapi lepas tu sembuh. Aku pernah bercinta dan berasa kehilangan, tapi lepas tu cinta yang lebih bermakna hadir. Aku tak pernah bermimpi akan berkahwin dengan dia, tapi sampai saat ni aku masih tak percaya aku buat keputusan yang betul.
Sweetheart.
YOU ARE READING
That Miracle || kth ✔
Short StoryIf you ever ask me why I choose to keep going, the answer is simple. Him. #5 in care ••• Cover by @-THEWOLY