Sembilan Belas

112 23 6
                                    

Setelah menghabiskan masa hampir tiga jam di Amusement Park hanya untuk bermain archery yang akhirnya memberi kemenangan kepada aku setelah berjaya menumpaskan Doktor Baekhyun. Beralih kepada lumba makan aiskrim di kedai kaki lima dan melawat perpustakaan selama dua jam. Akhirnya masing-masing melepaskan lelah di bangku taman. Ditemani keriangan kanak-kanak yang bermain bersama ibu bapa masing-masing.

Seketika aku terleka melihat kebahagiaan itu. Keadaan yang sama pernah aku lalui ketika kecil bersama appa dan omma. Setiap kali balik dari sekolah aku akan makan dan terus menyiapkan kerja sekolah, kerana aku tahu bila appa balik petang dia akan membawa aku ke taman sekali gus memaksa omma turut serta.

Bahagia sekali sehingga appa dinaikkan pangkat. Keriangan itu semakin lama semakin hilang dan lenyap tanpa sebarang petanda bila appa memegang jawatan direktor. Omma begitu gembira sekali tapi bukan bagi aku. Aku tahu omma hanya tak ingin aku berjaya mengesan kekecewaannya.

"Jiyeon?"

Aku tersedar bila pipiku dicubit perlahan. Wajah Doktor Baekhyun aku pandang. "Hmm?"

"Penat lagi?"

Aku menggeleng. Masih tertanya dengan soalannya. Dia hanya mengangguk. Tanganku digenggam, menarik agar aku berdiri mengikutinya. Senyuman tak dapat aku sembunyikan melihat tangan kami.

Tiba di sebuah kedai makan yang agak tersorok di sebalik bangunan, kami menjamu selera. Hmm, sedap. Aku tak sangka tempat macam ni wujud, patutnya pemilik kedai ni harus mencari lokasi yang lebih strategik memandangkan makanan mereka sangat sedap. Tapi Doktor Baekhyun kata dulu ketika dia masih menuntut, dia dan rakan-rakannya selalu melepak di sini. Pelanggannya juga boleh tahan ramai bila waktu malam, jadi tak hairanlah waktu tengah hari macam ni hanya ada beberapa orang pelanggan saja.

Usai membayar harga makanan, tanganku digenggamnya lagi sambil berjalan ke perhentian bas. Senyuman tak lekang dari bibirnya, sekali gus membuatkan hati aku teruja. Dia seronok meluangkan waktu bersama aku.

"Macam mana kalau kita pergi tengok wayang?"

Aku mengangguk laju. "Nak!"

Dia tersenyum lebar. "Wayang apa yang best sekarang?"

Aku berfikir sejenak. "Tak pasti."

"Tak apa, nanti kat sana baru kita tengok."

"Okey."

"Bas dah sampai," ujarnya sambil memimpin aku naik ke bas dengan berhati-hati.

Aku melabuhkan punggung di kerusi berhampiran tingkap dan dia di sebelahku. Beberapa penumpang yang baru menaiki bas akan memandang ke arah kami sebelum tersenyum dan berbisik sesama mereka. Aku mengerutkan dahi. Kenapa?

Doktor Baekhyun merapatkan bibir ke telingaku. "Mesti mereka ingat kita ialah pasangan bercinta yang sedang date."

Aku mengemam senyuman. "Sunbae merepek."

Dia tergelak halus. "Apa? Saya masih mudalah, tua saya tak ketara."

Kepala aku gelengkan. "Jadi sunbae gembiralah bila mereka kata macam tu? Sebab sunbae akan kelihatan muda bila dianggap tengah keluar dengan perempuan semuda saya?"

Dia mengenyitkan mata. "Betul tu. Saya sangat gembira."

Wajah aku terus halakan ke tingkap, perlahan-lahan tersenyum lebar. Aku betul-betul jatuh cinta dengan dia.

That Miracle || kth ✔Where stories live. Discover now