"Baby?"
Aku tersedar daripada lamunan mendengar suaranya. Wajah aku paling memandangnya yang baru selesai membersihkan diri. Tuala kecil yang digunakan untuk mengeringkan rambut diletakkannya ke atas meja sebelum turut keluar ke balkoni menyertai aku.
Aku tak dapat kawal senyuman bila dia memeluk aku dari belakang. Dagunya diletak ke bahu kiriku sehingga aku dapat menggidu wangian tubuhnya dengan jelas. Sekilas aku teringat malam usai perkahwinan kami, dia memaksa aku untuk menggunakan sabun mandiannya. Aku beriya menolak sehingga sanggup berlari ke sana dan ke mari namun akhirnya dia berjaya tangkap juga. Sampai sekarang, aku pula yang terlebih suka sehingga ada masanya aku akan melarang dia menggunakannya.
Aku tak cintakannya, tapi aku tak mahu kehilangannya. Dulu, aku berjanji dengan diri sendiri yang aku akan tinggalkan dia selepas beritahu perkara yang sebenar. Tapi kelmarin malam, hati aku berubah.
Melihat kekecewaannya, mendengar bicara cintanya dan merasai sentuhan kasihnya membuatkan aku mengubah perjanjian itu. Aku takkan tinggalkan dia, tapi aku akan kekal di sisinya sehingga dia tak lagi mahukan aku.
Aku akan membuka lembaran baru bersamanya dan meninggalkan kenangan bersama Baekhyun sunbae yang selama ni menghambat diri. Sesuatu yang aku terlupa sebelum kemalangan tu, dia meminta aku menghubungi Taehyung untuk mengambil aku, tapi disebabkan kedegilan aku meminta dia sendiri menghantar aku balik, kami bertengkar.
Tanpa menoleh, aku terus melintas jalan dengan harapan dia akan memujuk aku. Tapi salah, kerana dia menolak aku terlebih dahulu sebelum dia sendiri dilanggar oleh sebuah lori.
Salah aku, tapi dia tak menyalahkan aku. Tak ada seorang pun yang menyalahkan aku, tapi aku menghukum diri sendiri. Saat ni baru aku sedar kenapa dia meminta aku balik bersama Taehyung, kerana dia tahu dia akan pergi. Dia berikan petanda yang Taehyung ialah orang yang dipercayainya, untuk membahagiakan aku.
"Masih ingat tentang dia lagi?"
Aku menggeleng. Tangannya di pinggangku aku pegang. "Saya nak mulakan semuanya kembali."
Dia mengerutkan dahi bila aku meleraikan pelukannya. Senyumanku melebar menghadap tubuhnya. Sebelah tangan aku hulur kepadanya.
"Saya Son Jiyeon, kawan baik awak."
Dia terkebil seketika sebelum tersenyum dan menyambut huluran tanganku. "I'm Taehyung, your bestfriend and you're my baby."
Taehyung dan Inggerisnya, aku tak pernah lupa.
"Dalam seminggu ni saya janji saya akan menambah gelaran baby tu kepada sweetheart." Kenyitan nakal aku berikan.
Dia menggelengkan kepala melihat kelakuanku sebelum menarik aku rapat ke tubuhnya.
"Eh, tak boleh!" Laju aku berikan amaran.
"Kenapa?"
Hidungnya aku cuit. "Kita masih kawan baik, belum lebih daripada tu."
"Maksudnya?"
"Seminggu, kita akan jadi kawan baik. Selepas tu kita akan jadi suami isteri dan selepas tu kita akan jadi kedua-duanya."
Dia mengeluh perlahan. Ada nada frustasi juga. "Am I not allowed to touch you?"
Aku tersengih. "Tak."
"Baby..."
YOU ARE READING
That Miracle || kth ✔
ContoIf you ever ask me why I choose to keep going, the answer is simple. Him. #5 in care ••• Cover by @-THEWOLY