Aku mengalihkan kepala ke arah pintu bila diketuk dari luar. Melihat Doktor Baekhyun melangkah masuk, aku bingkas duduk, menghadiahkan senyuman buatnya.
"Macam mana dengan keadaan awak hari ni?"
Matanya menyorot dia yang sedang memeriksa IV Drip aku. "Saya okey."
Dia mengangguk sambil mencatat sesuatu pada laporan kesihatan aku. "Esok ialah hari terakhir awak akan bersekolah. Selepas tu pembedahan awak akan dijalankan. Hari graduasi awak nanti, sama ada awak dapat sertai atau tak kami belum pasti."
Aku menyelit anak rambut ke belakang telinga. "Saya dah sedia."
Dia menghela nafas sambil duduk di birai katil menghadapku. "Saya gembira dengan semangat awak, Jiyeon. Ramai yang menunggu awak untuk kembali sihat, antaranya ialah saya sendiri."
Aku tersengih. "Sunbae dah janji akan tunggu saya, kan? Saya pasti akan kembali sihat. Lepas tu sunbae jangan bagi alasan apa-apa lagi."
Dia mengangguk. "Hmm, jangan risau. Saya takkan mungkiri janji saya."
Dia lebih bersikap terbuka sekarang, membuatkan aku tak berasa kekok untuk membicarakan perasaan aku terhadapnya. Aku tahu dia belum jatuh cinta dengan aku, tapi dia sepertinya sudah bersedia untuk membuka hatinya buat aku.
"Jiyeon?"
Aku menyahut sambil membetulkan cara dudukku.
"Malam tu, bila awak luahkan perasaan awak. Saya bukan sengaja untuk menolak awak, tapi..."
"Tapi awak takut saya akan tinggalkan awak selepas awak buka hati awak untuk terima saya, kan?" Matanya aku tenung. "Saya janji saya akan berjaya melalui pembedahan tu dan selepas tu sunbae boleh tunaikan janji sunbae tu."
Dia menghela nafas. "Saya tak tahu kenapa perempuan semuda awak ni mampu memahami perasaan lelaki setua saya."
Aku tergelak mendengar bicaranya. "Sunbae mengada."
"Pertama kali saya dipindahkan ke sini dan diarahkan untuk menjaga awak, saya sangat berdebar. Saya banyak berfikir, perangai awak nanti macam mana. Gedik ke, manja sangat ke atau kuat marah."
Aku tersenyum.
"Dan bila saya datang ingin berjumpa awak, awak hilang. Pertama kali saya hilang sabar sehingga semua orang saya nak marah. Nasib baik Taehyung bagitahu, jadi bila saya pergi sana. Saya nampak awak berdiri dekat jambatan tu, saya rasa marah sangat. Saya dah rancang nak marah awak puas-puas tapi belum sempat awak dah pengsan. Melihat muka awak yang pucat dan penuh dengan kesedihan saat tu, saya tak jadi nak marah tapi saya berasa sedih."
Aku menekup wajah. Berasa malu bila teringat peristiwa itu.
"Saya kesahkan semua pesakit saya, tapi saya tak pernah berasa macam ni, perasaan saya bila dengan awak. Setiap kali melihat awak menangis, saya turut berasa sakit. Setiap kali melihat awak marah, saya turut berasa marah. Setiap kali awak tersenyum, saya berasa lega sebab dapat melihat kegembiraan awak."
Bibir aku kemam, memandangnya lama sambil menopang dagu dengan sebelah tangan. "Sweet talker."
YOU ARE READING
That Miracle || kth ✔
Cerita PendekIf you ever ask me why I choose to keep going, the answer is simple. Him. #5 in care ••• Cover by @-THEWOLY