Tiga Puluh Tiga

112 18 9
                                    

Dia tersenyum mendengar usikanku. Tanganku sebelah lagi dicapai lalu digenggam beserta helaan nafas, tanpa sesaat pun melarikan tentangan mata kami.

"Sejujurnya saya bukan takut yang awak akan tinggalkan saya."

Aku mengerutkan dahi.

"Saya takut saya tak dapat bahagiakan awak, itu saja. Itu... yang dia katakan pada saya sebelum pergi ke sana. Dia kata saya terlalu sibuk, langsung tak ambil kesah tentang perasaan dia sehingga mengabaikan dia. Jadi dia minta saya lepaskan dia, dan ya saya turutkan."

"Sunbae?" Aku memanggilnya perlahan. "Saya dan dia tak sama, sunbae. Berjumpa dengan sunbae dan mencintai sunbae dah cukup untuk saya."

Dia menunduk, mengusap tanganku. "Jadi... berjanji yang awak akan berjaya melalui pembedahan tu."

Aku tergelak halus. "Mestilah, saya nak tagih janji sunbae juga."

Dia turut tergelak, mengangkat wajah dan serentak itu dia merapatkan bibirnya ke bibirku. Mataku membulat, terkaku masih dalam keadaan bertopang dagu. Ciumannya lembut, tak menuntut apa-apa, hanya ingin meluahkan apa yang sedang dirasainya.

Bila dia kembali menjarakkan badan, aku spontan menekup wajah sambil mendengar dia melepaskan tawa halus. Pergelangan tanganku dipegang cuba menarik namun aku berkeras. Ugh, malulah!

Kenapa dia suka sangat buat perkara yang berada jauh di luar jangkaan dan angan-angan aku?

"Jiyeon..." Dia tergelak lagi. "Hei, marah ke?"

Aku tak memberi sebarang jawapan, sebaliknya memusingkan badan membelakangkannya, masih dalam keadaan menekup wajah. Masih kedengaran tawa halusnya sebelum terasa kehangatan membalut tubuhku. Dia memeluk aku dari belakang!

Dagunya diletak ke bahu kiriku. "Saya minta maaf kalau perbuatan saya melampau. Maafkan saya sebab tak dapat mengawal diri sendiri saat ni. Saya cuma terlalu ingin memeluk gadis kecil saya."

Aku menurunkan tangan. Cuba memandangnya tapi dia melarang. Jadi aku hanya memandang cadar katil.

"Cukup dalam keadaan macam ni, Jiyeon. Jangan biar saya terus menerus hilang kawalan diri, jadi jangan pandang saya saat ni. Cukup biar saya melepaskan perasaan saya dengan memeluk awak."

Aku tak tahu hendak membalas apa kerana setelah itu dia menyembamkan wajah ke bahuku dan menangis. Kenapa?

"Please hold onto our promise, please make it, please be safe. Don't try to leave me and don't try to break my heart. I'm looking forward to see you after the surgery."

Dia takut rupanya. Aku mengangguk sambil mengusap kepalanya. "I'm gonna make it, sunbae. Trust me."

"I'm waiting for you, to say the official words."

That Miracle || kth ✔Where stories live. Discover now