Suara=======🐻🐻=======
ミ🌾Taehyung's🌾ミ
Aku menguap sambil membuka pintu rumah.Penat doh.Bersuka-ria sampai malam dengan geng aku.
Dahiku berkerut apabila suasana dalam rumah gelap gelita.Dah tidur ke budak tu?Boleh pun duduk sorang-sorang.Yang mengada-ngada kenapa?
Aku bergerak ke arah suis.Tanpa sengaja,aku terlanggar satu benda.Aku tak sure benda apa.Yang aku tau ia panjang.Darah aku mula berderau dan bulu romaku mula menegak.
Apa pula yang aku langgar ni?
Jantung aku berdegup dengan laju.Hantu ke?Dengan berhati-hati aku menekan suis lampu.Kaki bersedia untuk lari.
Lampu terbuka.
Aku pandang bawah dengan berani.Kau kena berani,Taehyung.Serta merta aku melepas nafas lega.Budak ni rupanya aku ingat apalah tadi.
"Woi,bangun.Asal kau tidur sini," kataku sambil menyepak-nyepak kaki Jihye dengan perlahan.Tapi dia still tak bangun.Dah kenapa ni?Tidur mati ke?
Segera aku mencangkung di sebelahnya.Aku menggoncangkan badannya pula tetapi dia langsung tidak sedarkan diri.Aku dah mula panik.
"Oi,Jihye.Bangunlah.Kau jangan buat aku takut," aku meletakkan jari telunjuk di bawah hidung Jihye.Mana tau kalau tak bernafas lagi.Mampus aku.
Mujurlah deruan nafas masih ada menunjukkan dia masih hidup.Aku melepaskan nafas lega.Tapi kenapa dia baring kat sini?Macam rumah ni takde bilik pula.Aku cuba mengejutkan gadis itu tetapi respon dia masih sama.
Tidak terkutik.
Pengsan ke apa?Aku rasa yalah.Aduh apa aku nak buat ni?Kau boleh tak pengsan kat bilik ke senanglah kerja aku.Ni tidak depan living roomlah kau nak pengsan.
"Menyusahkan,"
Nak taknak aku kena angkat dia juga.Kenapalah aku yang kena buat kerja macam ni?Aku mula mencempung badan Jihye.Berat.
K.Tipu.
Takdelah berat mana.Nak kata ringan pun takdelah ringan mana.Sedang-sedang je.
Setelah sampai di hadapan pintu bilik Jihye,sebelah tanganku membuka pintu manakala tanganku lagi satu menampung berat badannya.Selepas pintu berjaya dibuka,aku meletakkan badannya di atas katil.Aku mengeliatkan untuk meregangkan segala urat.
Aku memandang muka Jihye yang sedang tidur dengan lena.Mukanya kelihatan tenang.Muka ni juga selalu menyusahkan ketika kali pertama aku berjumpa dengannya.Semuanya aku yang kena buat.
"Kau memang menyusahkan aku," monologku sendiri.
"Saje je tidur kat lantai.Nak suruh Kim Taehyung ni angkatlah tu.Menyampah aku," sambungku walaupun aku tau dia tak akan dengar.
Adik angkat ku jeling sekilas.Benci.Hanya satu perkataan yang boleh aku terangkan tentang perasaan aku terhadapanya.
"Kenapalah kau muncul dalam hidup aku?Hidup aku yang dulu lagi sempurna tanpa kau," luahku sebelum kaki melangkah meninggalkan Jihye yang masih tidur.
🍁
🍁
🍁
🍁
Bae Jihye,kau sepatutnya mati.Kau adalah satu kesilapan.Kau tak patut hidup.Kau patut MATI!
Jihye tersedar dari tidurnya apabila suara misteri itu kembali.Peluh yang mengalir dibiarkan.Deruan nafasnya tidak teratur.Gadis itu memeluk lutunya lalu disembamkan mukanya di atas lutut.
"Jihye taknak mati.Jihye nak luangkan masa dengan oppa.Kenapa korang kejam sangat?" tangisan yang sudah lama ditahannya akhirnya tumpah jua.Dia takut.Takut jika nyawanya diambil.Dia tidak mahu.
"Kami tak kejam,Jihye.Kau yang bunuh kami,"
"Tak.Tak," rambut panjangnya ditarik kuat.Dia stress.Air mata mengalir deras atas permukaan mukanya.Kepalanya pening seolah-olah baru lepas diketuk dengan batu yang besar.
Gadis itu memandang sekeliling biliknya.Mencari di mana sumber suara tersebut.Tetapi yang dia nampak hanyalah kegelapan.Suara misteri itu tergelak sinis seakan mengejek dirinya.
"Sekarang ni abang kesayangan kau dah takde.Jadi bolehlah kami ambil nyawa kau,Bae Jihye.HAHAHAHA,"
"Jangan!" serta merta gadis itu berlari ke arah pintu.Tombol pintu dipulas.Langkah kakinya diatur laju ke arah bilik Taehyung yang tidak jauh dari biliknya.Hanya tuhan yang tau betapa takutnya dia ketika itu.
Tangan kecilnya mengetuk perlahan pintu bilik abangnya.Tiada sahutan.Hanya angin malam yang sejuk menerpa.Itu lagi membuatkan gadis kecil itu meremang ketakutan.
"Oppa,bukalah.Jihye takut.Oppa," lagi sekali di mengetuk pintu bilik Taehyung.Kali ini lebih kuat tetapi hasilnya masih sama.Tiada sahutan.Nak taknak dia kena redah.Tangannya terletak kemas di tombol pintu.Selalunya oppa dia akan kunci pintu ketika tidur.
Dia dapat rasakan suara misteri itu semakin hampir.Segera dia memulas tombol pintu tersebut.Nasib menyebelahi gadis yang ketakutan itu.Taehyung tidak kunci pintu biliknya.
Pintu dikuak lalu ditutup dengan segera.Badan yang berpeluh disandar di pintu.Dia melepaskan nafas lega apabila suara misteri itu seakan-akan telah hilang.Peluh yang mengalir dilap kasar.
Pandangan matanya memandang susuk tubuh abang angkatnya,Taehyung sedang tidur di atas katil.Senyuman terukir di muka putihnya.Hanya seorang je yang mampu membuatkan dia berasa tenang walaupun dengan hanya melihat tubuh badannya sahaja.Orang itu ialah Kim Taehyung.Abang angkat yang disayanginya.
Dengan langkah yang perlahan dia mendekati katil Taehyung.Dia penat dan kepalanya pening.Suasana yang sunyi membuatkan nafas Taehyung kedengaran di segenap ruang bilik.Dia baring di sebelah Taehyung yang sedang tidur nenghadapnya.
Muka Taehyung diteliti lama.Tidak dinafikan abang angkatnya mempunyai raut muka yang tampan.
"Jihye rasa untung sangat sebab papa ngan mama ambil Jihye jadi anak angkat.Jihye dapat jumpa oppa walaupun oppa selalu marah Jihye tapi Jihye tak kisah.Jihye boleh terima asalkan oppa terima Jihye dalam hidup oppa," dia mengelap air matanya yang mengalir.Esakan kecil mula kedengaran.
Dahi Taehyung berkerut apabila esakan gadis itu menganggu tidurnya.Jihye menutup mulutnya supaya esakannya tidak kedengaran.Apabila muka Taehyung kembali tenang,dilepaskan tangannya daripada mulut.
Tanpa berfikir panjang,Jihye memeluk tubuh abang angkatnya.Disembamkan muka di permukaan dada Taehyung.Haruman maskulinnya menusuk ke dalam rongga hidungnya.
"Jihye tau besok pagi mesti oppa marah Jihye.Tapi hanya satu malam je.Lepas ni Jihye tak buat lagi.Jihye takut.Oppa jangan tinggalkan Jihye lagi," pelukan semakin dieratkan.Tidak lama selepas itu,dengkuran halus kedengaran.Jihye tertidur di dalam dakapan abang angkatnya sendiri.
🌸
🌸
🌸
🌸
![](https://img.wattpad.com/cover/168759812-288-k701438.jpg)
YOU ARE READING
𝕀 𝟚 𝕌
Fanfiction❝ Aku benci dia sebab dia cacat.Sape nak jaga orang cacat? Menyusahkan. ❞ ━─┉┈◈❖◈┈┉─━ "Oppa apa yang dorang tengah buat?" "Oh.Diaorang tengah bercium," "Bercium?Apa tu?" "Sini aku tunjuk kat kau," ━─┉┈◈❖◈┈┉─━ Mengisahkan seorang lelaki yang lebih m...