•••
Dark room
___________________________
Flashback previous chapter sebab dah lama tak update mesti korang tak ingat.Aku pun tak ingat.
•••
"Hoseok tolong Cik Cha beli barang," -Cik Cha
"Hoseok!Jihye nak ikut," -Jihye
•••
"Aku baru ingat aku tertinggal satu benda.Kau tunggu sini," -Hoseok.
•••
"Shh.Tidurlah.Mommy's here,"
•••
Jihye membuka matanya perlahan-lahan.Cahaya matahari pagi menyukarkan dia membuka mata.Dia mahu menggosok matanya tetapi ada sesuatu menghalang tangannya.
"Apa ni?Kenapa Jihye tak boleh gerak?" dia menarik tangannya lagi tetapi hasilnya tetap sama.Dan dia baru perasan yang tangannya diikat dengan tali di kepala katil.
"Kenapa Jihye ada kat sini?" Jihye memandang sekeliling.Dia berada dalam sebuah bilik tidur budak-budak.Tingkap yang besar di dinding menampilkan permandangan sawah padi.Teddy bear di setiap sudut.
Matanya memandang sebuah frame di hadapan.Frame sebuah keluarga yang memakai semua hitam.Ada ayahnya,maknya,seorang budak lelaki dan seorang budak perempuan.
"Sape tu ?Jihye tak pernah nampak pun,"
KnockㅡKnockㅡ
Ketukan di pintu menghentikan lamunan Jihye.Dia memandang ke arah pintu dengan pandangan gugup.
"Jihye," seorang wanita memasuki ke dalam bilik sambil membawa sedulang makanan.Jihye merapatkan badannya ke kepala katil.Wanita itu meletakkan dulang itu di atas meja.Dilabuhkan punggung di birai katil.
"Anak mommy dah bangun?" wanita itu mengusap rambut Jihye.Jihye mengelak.
"Ahjumma siapa?Kenapa Jihye ada kat sini?Mana Hoseok?Jihye nak balik," air matanya bergelingan.Dia dapat rasakan wanita itu ada aura yang tidak baik.
"Bukan ahjumma.Panggil mommy.Mulai sekarang mommy,mommy Jihye,"
"Tak.Jihye takde mama dengan papa," cawan di atas meja dihempas oleh wanita itu.Jihye tersentak.
"Aku mak kau sekarang.Nama kau sekarang Min Jihye bukan Bae Jihye.Panggil aku mommy! " jeritan wanita itu bergema di setiap pelosok bilik itu.Air mata Jihye mengalir.
Secara tiba-tiba pintu dikuak daripada luar.Susuk seorang lelaki memasuki bilik itu.
"Kenapa ni sayang?" tanya lelaki itu pada isterinya.
"Jihye.Dia taknak panggil saya mommy," lelaki itu memandang Jihye yang sedang menundukkan pandangannya.Lelaki itu menghampiri isterinya.Belakang badan wanita itu diusap.
![](https://img.wattpad.com/cover/168759812-288-k701438.jpg)
YOU ARE READING
𝕀 𝟚 𝕌
Fiksi Penggemar❝ Aku benci dia sebab dia cacat.Sape nak jaga orang cacat? Menyusahkan. ❞ ━─┉┈◈❖◈┈┉─━ "Oppa apa yang dorang tengah buat?" "Oh.Diaorang tengah bercium," "Bercium?Apa tu?" "Sini aku tunjuk kat kau," ━─┉┈◈❖◈┈┉─━ Mengisahkan seorang lelaki yang lebih m...