Ost : Growing [꽃이 핀다]
by
K.Will•••
Bae Jihye
_____________________
"Puan Bae.Encik Bae saya ada satu berita baik dan satu berita buruk," kata Doktor Jung pada kedua ibubapa Jihye.Puan Bae menggemgam tangan suaminya.Bersedia untuk mendengar berita buruk tersebut.
"Berita baiknya anak puan lahir cukup sifat dan berita buruknya anak puan ada satu penyakit,"
"Apa penyakit anak saya doktor?" tanya Encik Bae.Puan Bae hanya mendiamkan diri.
"Mengikut keputusan anak encik mengalami penyakit CDD yang membawa maksud perangai macam budak-budak," Kedua ibu bapa Jihye terkejut mendengar berita tentang penyakit anaknya.
"Jadi Jihye lambat belajarlah kalau macam tu?"
"Hrmm...Ya tapi.Tapi penyakit ni boleh diatasi dengan tuan puan asuh dia daripada kecil.Kemungkinan untuk sembuh tu tinggilah,"
Kedua ibu bapa Jihye mengangguk.Nak buat macam mana mereka terpaksalah menerima penyakit yang dihadapi oleh anak sulung mereka itu.
•
•
•
•
"Jihye.Jihye duduk sini diam-diam tau.Jangan keluar.Jangan bising.Mama papa ada kerja nak buat.Duduk diam-diam eh?" Puan Bae mencium dahi anaknya yang berumur 2 tahun itu.Air mata yang mengalir dibiarkan.Kini tubuh kecil Jihye sudah bertukar tangan.
"Jihye duduk diam-diam.Kalau mama papa takde nanti jangan nangis tau?Papa sayang Jihye," Encik Bae memberikan Jihye ciuman terakhir di dahi.Air mata lelakinya mengalir.Ikutkan hati tak mahu berpisah dengan anaknya tetapi dia terpaksa.
"Bang cepat letak Jihye dalam kotak tu.Nanti dorang sampai," Puan Bae menggoncang-goncang lengan suaminya.Encik Bae meletakkan Jihye di dalam kotak yang berada di hujung dapur.
"Anak papa nanti kalau Jihye selamat.Duduk dengan orang yang dah selamatkan Jihye tu elok-elok,"
"Nah," Puan Bae menghulurkan seletip(?) sudah dipotongnya kepada Encik Bae.Encik Bae menampal mulut anaknya dengan seletip (?).Tangan Jihye cuba mengapai papanya.Puan Bae tidak dapat menahan air matanya melihat anak pertamanya diperlakukan sebegitu.
"Bang cepat.Nanti dorang datang,"
"Ya.Saya tau," kotak bersaiz segi empat tepat itu ditampal juga.Hanya lubung kecil ditebuk bagi memudahkan aliran nafas Jihye.
Puan Bae memandang seketika kotak itu sebelum pergi ke ruang tamu.Encik Bae menggosok-gosok belakang isterinya.
"Takpe.Jihye mesti selamat punya.Jangan risau," kata Encik Bae sambil mengelap air matanya.
"Kalau tak selamat sama-sama kita jumpa dia kat sana," tetiba pintu diketuk dengan kuat.Macam nak roboh.Jantung Puan Bae berdebar.Dia memandang pintu dan kotak itu bersilih ganti.
YOU ARE READING
𝕀 𝟚 𝕌
Fanfic❝ Aku benci dia sebab dia cacat.Sape nak jaga orang cacat? Menyusahkan. ❞ ━─┉┈◈❖◈┈┉─━ "Oppa apa yang dorang tengah buat?" "Oh.Diaorang tengah bercium," "Bercium?Apa tu?" "Sini aku tunjuk kat kau," ━─┉┈◈❖◈┈┉─━ Mengisahkan seorang lelaki yang lebih m...