Crazy=======🐻🐻=======
Taehyung duduk termenung di atas katulnya.Sudah tiga hari dia tidak hadir ke sekolah.Dia hanya menangis,termenung,tidur sahaja di rumah.Mama dan papa pun tak tahu nak buat apa.Makan semua taknak.Mulutnya hanya menyebut nama Jihye sahaja.Seperti orang gila.
Ketukan di pintu tidak membantutkan fikiran Taehyung.Papa memasuki bilik anak lelakinya.
"Tae," panggil papa.Taehyung masih memeluk lutut.Papa bergerak ke tingkap lalu membuka langsir supaya cahaya matahari dapat masuk.
"Apa papa buat ni?Tu-tutup balik,"
"Kenapa biarkan bilik ni gelap?Busuklah nanti," papa mengambil febreeze di atas meja lalu menyembur seluruh bilik Taehyung.Haruman lavender memenuhi setiap pelosok bilik.
Taehyung memeluk lutut sambil tangannya mengusap muka Taetae.Papa mengeluh apabila melihat anaknya.Dia tahu Taehyung sedih tapi perlu ke sampai skip makan,skip tidur?
"Tae,dahlah tu.Jangan macam ni.Mama risau tau.Setiap malam mama nangis bila tengok Tae macam ni," Taehyung tidak membalas.Dia masih bermain dengan Taetae.
"Tae...please-"
"Tae nak jumpa Jihye," katanya sambil tangannya mencubit hidung Taetae.
"Kalau nak jumpa Jihye cari duit sendiri.Papa taknak belikan duit flight," papa cuma mahu Taehyung berdikari sendiri.Selama Taehyung hidup,semua yang dia nak semua dia dapat.Hanya tunjuk dan benda itu milik dia.
"Papa!Tae mana ada duit," matanya berair.
"Kalau tau takde duit.Belajar.Lepastu kerja.Jangan jadi bodoh duduk terperap dalam bilik je," Taehyung mengembungkan kedua belah pipinya.
"Kalau macam tu lebih baik papa tak payah cakap je.Papa langsung tak faham Tae," dia membaringkan diri di atas katil.Selimut ditarik sehingga paras kepala.
Dia memeluk Taetae dengan erat.Taetae ibarat Jihye baginya.
' Aku rindu kau,'
Papa menggeleng sebelum menarik selimut daripada badan Taehyung dan membalingnya ke tepi.
"Papa!Apa papa buat ni?" Taehyung mendengus.
"Bangun!Dah dua hari Tae tak mandi," papa menarik tangan Taehyung.Lelaki itu masih tidak berganjak.
"Bangun Tae atau papa ambil Ps4?" Taehyung masih diam.Dia tidak peduli lagi tentang Ps4.Papa mengeluh.Papa menarik tangan Taehyung,memaksa anaknya bangun.
"Paㅡ" Taehyung duduk di birai katil.Kepala ditunduk.Papa mengangkat tubuh Taehyung lalu bawa masuk ke dalam bilik air.
"Papa apa papa buat ni?"
"Papa nak mandikan Tae,"
"Tak!Tak boleh!" belum sempat Taehyung menahan,papa terlebih dahulu menutup pintu bilik air.
🍁
🍁
🍁

ANDA SEDANG MEMBACA
𝕀 𝟚 𝕌
Fanfiction❝ Aku benci dia sebab dia cacat.Sape nak jaga orang cacat? Menyusahkan. ❞ ━─┉┈◈❖◈┈┉─━ "Oppa apa yang dorang tengah buat?" "Oh.Diaorang tengah bercium," "Bercium?Apa tu?" "Sini aku tunjuk kat kau," ━─┉┈◈❖◈┈┉─━ Mengisahkan seorang lelaki yang lebih m...