제 4 화

346 51 26
                                    


Baejin

=======🐻🐻=======

Aku berlari ke arah kelas sambil melihat jam tanganku.Harap sempat.Aku membuka pintu kelas dan semua mata memandang kat aku.Nasiblah cikgu tak sampai lagi.Aku berjalan ke arah tempat dudukku,iaitu di belakang dan paling hujung.Yang paling best tepi tingkap.Nyaman.Aku pun duduk.Nafasku turun naik akibat berlari tadi.

Kawanku,Jimin memusingkan kerusinya ke belakang.

"Tae,asal lambat?"

"Aku ada hal,"

"Ada hal ke dating?" sampuk Yoongi;sebelah Jimin.Walaupun mata dia pada buku di atas meja,aku tau tu suara dia.

"Dating?Apa kau merepek ni?"

"Merepek apanya,Tae.Presiden kelas kata dia nampak kau dengan seorang perempuan berpelukan," kata Jungkook yang duduk di sebelahku. [Susunan meja diaorang satu-satu macam waktu exam] Bodoh punya president kelas.Nama ke president tapi mulut macam buntut ayam.Sibuk jaga tepi seluar orang.Kau tu lelaki bukan perempuan.

"Mana ada berpelukan.Dia hanya peluk lengan aku je,"

"Jadilah betullah kau dating?" tanya Jungkook untuk kepastian.Jimin dan Yoongi memandang ke arahku.

"Mana ada aku dating.Kook kau ingat tak semalam aku kata aku ada masalah?"

"Ingat,"

"Sebenarnya masalah tu...," then aku terdengar pintu kelas terbuka.Kelihatan Cikgu Jo masuk ke kelas dengan rotan panjangnya.Aduh kacaulah cikgu ni.

" *bisik* nanti aku sambung,"

🍁

🍁

🍁

🍁

"Jihye jom masuk," ajak Mrs.Bae.Jihye mengangguk.Dia masih memeluk Taetae sebab dia anggap Taetae tu sebagai oppa.Apabila Jihye masuk ke kelas,dia kelihatan seperti hendak menangis.Dia takut melihat muka orang yang asing bagi dia.

"Jihye kenalkan diri,"

Dengan takut-takut Jihye mengangkat tangannya untuk melambai. "Annyeong,Nama kita Bae Jihye," dia menurunkan tangan dan menunduk semula.Takut.

"Jihye boleh duduk kat tempat kosong sebelah budak lelaki berambut hitam tu," Jihye mengangkat mukanya.Kelas istimewa ni hanya mempunya empat murid termasuk Jihye,jadi itu membuatkan Jihye senang untuk mencari lelaki berambut hitam.Jihye pun duduk di sebelah lelaki itu.

"Hai nama saya Bae Jinyoung.Tapi orang selalu panggil saya Baejin.Saya anak Mrs.Bae.Selamat berkenalan," Baejin menghulurkan tangannya ingin bersalam dengan Jihye.

Dengan takut-takut Jihye menyambut huluran Baejin.Cepat-cepat gadis itu menarik tangannya.Dia memeluk Taetae dengan lebih ketat.

"Awak takut Baejin eh?" Jihye senyap,membiarkan pertanyaan Baejin sepi tidak berjawab.

"Janganlah takut.Baejin tak buat apa-apa.Jihye,Baejin nak tanya,teddy bear tu namanya siapa?"

"Taetae,"

"Oh.Taetae.Hai Taetae.Comelnya dia.Kenapa bagi nama Taetae?" tanya Baejin seperti kanak-kanak.

Walaupun umur Baejin 14 tahun sebaya Jihye tapi perangainnya seperti budak 8 tahun.Baejin mempunyai penyakit yang sama seperti Jihye.Yang membezakan ialah Baejin merasakan dirinya baru berumur 8 tahun manakala Jihye pula merasakan dirinya masih berumur 5 tahun.

𝕀 𝟚 𝕌 Where stories live. Discover now