Alone
___________________
Jihye terjaga daripada tidurnya.Dia menggosok-gosok matanya.Badannya sakit sebab semalaman tidur di atas lantai.Dia duduk bersila di atas lantai cuba mengingati apa yang berlaku.
"Oppa buka pintu ni oppa.Tolong oppa,"
"Oppa buka oppa.Dia dah datang.Jihye takut,"
"Jihye mommy's here,"
"Ah.Semalam.Oppa marah Jihye dan-oppa," pantas dia bangun lalu mengetuk pintu bilik Taehyung yang berada di belakangnya.
"Oppa buka," dia cuba memulas tombol pintu pula.Tidak berkunci.Dia masuk ke dalam bilik abang angkatnya yang bersepah itu.
"Oppa?" dia memandang ke arah katil.Tiada kelibat Taehyung.Jihye mula mencari di dalam bilik air.Tiada juga.
"Oppa-oppa dah tinggalkan Jihye ke?" dia mencari di setiap pelosok rumah.Tiada juga kelihatan figura abang angkatnya.
"Mana oppa ni?" dia mengelap air matanya.Taetae yang diambil di ruang tamu tadi dipeluknya.
"Ke oppa dah pergi sekolah?Tak boleh ni.Jihye kena bersiap.Oppa mesti ada kat sana.Jihye kena cepat," gadis itu berlari masuk ke dalam biliknya bersiap untuk pergi ke sekolah.Jihye tidak sedar jam sudah menunjukkan pukul 1 petang.
○●○●○●○●○●
Jihye berdiri di depan rumahnya.Beg yang hampir lerlorot dibetulkannya.Dia-tak ingat jalan ke sekolah.
"Aduh macam mana ni.Jihye tak ingat jalan ke sekolah," dia menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Jihye.Cuba ingat.Cuba ingat.Mana oppa selalu ikut?" secara tiba-tiba bayangan dia dan Taehyung berjalan ke suatu lorong.
"Ya.Oppa selalu ikut sini," dia jalan ke lorong tersebut.Dia memeluk Taetae dengan erat.Takut.Ini kali kedua dia berjalan seorang diri.Dia memandang sekeliling.Kosong.Lorong tu kosong.Jihye menelan air liurnya.
"Jihyeㅡ,"
Matanya membulat apabila suara itu menerpa gegendang telinganya.Lantas langkah kaki dihayun laju sehingga sampai di satu kawasan yang mempunyai dua lorong.Dia memegang lututnya melepaskan lelah.Mujurlah suara itu tidak memgejarnya lagi.
"Selalunya oppa lalu lorong mana ah?" dipandang lorong kanan selepas itu dipandang pula lorong di sebelah kiri.Dagu digosok.
"Sini kot," dia berjalan ke lorong kiri.Nasib baik lorong ni ramai orang lalu lalang tiadalah dia takut sangat.Tetapi itu hanyalah sementara apabila matanya memandang satu kawasan yang aneh.Rasanya dia tak pernah lalu kat sini dengan Taehyung.Tempat ni berbeza.
"Alamak.Jihye kat mana ni?" dia pandang sekeliling.Ada jalan besar di mana kereta melaluinya.Ada bus stop.Dan paling ketara ada lot kedai.Selalunya bus stop yang Taehyung pergi tiada lot kedai.Hanya lot rumah dan pokok renek.Suasana kampung tapi kat sini suasana bandar.Semua orang asing di matanya.
"Ji-Jihye dah sesat.Macam mana nak balik ni?" sementara memikirkan cara mahu pulang perutnya berkeroncong.Bibir bawahnya digigit.
YOU ARE READING
𝕀 𝟚 𝕌
Fanfiction❝ Aku benci dia sebab dia cacat.Sape nak jaga orang cacat? Menyusahkan. ❞ ━─┉┈◈❖◈┈┉─━ "Oppa apa yang dorang tengah buat?" "Oh.Diaorang tengah bercium," "Bercium?Apa tu?" "Sini aku tunjuk kat kau," ━─┉┈◈❖◈┈┉─━ Mengisahkan seorang lelaki yang lebih m...