제 29 회 Pt.2

251 46 6
                                        

Apa yang aku dah
buat?

_______________________

Jihye membasuh tangannya di sinki.Ingatkan nak buang air kecil je last-last terbuang air besar.Dia keluar daripada tandas.

"Jimin oppa-" kata-katanya terhenti apabila kelibat Jimin tiada di luar bilik air tersebut.Dia memandang sekeliling mencari susuk tubuh Si Playboy itu.

"Mana oppa ni?" dia takut.Dahlah tempat ni besar dan ramai orang.Kakinya mula mengorak langkah.Dia takut sangat.Semua mata memandangnya seolah-olah dia telah melakukan kesalahan besar.Tubuhnya dipeluk.

"Kenapa Jimin oppa tinggalkan Jihye?Jihye takut," air matanya mula bergelinang.Trauma yang dialaminya membuatkan dia takut untuk jalan seorang diri.Langkahnya dilajukan.

Dia memandang sekeliling dan situasi yang tidak jauh daripada jaraknya membuat dia berhenti.Tangannya terjatuh lemah.

Yoongi's

"Wei,kook.Mana Jihye?" tanyaku sambil menjilat aiskrim rainbow yang aku beli tadi.Aku ada beli satu untuk Jihye.

"Dia dengan Jimin," jawab Jungkook.Matanya fokus di depan scrin monitor.Aku berhenti makan.

"Dengan Jimin?Pergi mana?"

"Tandas,"

"Kau suruh Jimin yang jaga?Kau percaya Jimin tu?Dahlah aku nak cari Jihye.Jimin mesti melencong.Kau sambung ah main," aku terus keluar daripada game court.

Aku memang tak percaya playboy durjana tu.Dia mana tahu jaga budak.Cukuplah dia jaga adik aku tahun lepas.Hampir hilang adik aku dibuatnya.

"Mana Jihye ni?" aiskrim kembali dijilat sambil mata aku memandang sekeliling.Tak elok membazir.Aku berhenti di depan tandas perempuan.See?Mana ada Jimin.Langkah kakiku mendekati pintu tandas perempuan.Aku berura-ura sama ada mahu panggil atau tidak.

Tapi kalau tak panggil kang buatnya dia sesat pastu hilang.Apa aku nak jawab kat keluarga Kim?Mahu tak mahu,aku terpaksalah panggil.

"Jihye!BAE JIHYE!" jeritku dari luar.Takkan nam masuk pula.

"Woi!Kau asal jerit-jerit dalam tandas perempuan ni?" balas seorang gadis.Nasib baiklah dia tak keluar,kalau tak buat malu je.

"Aku cari adik aku.Ada tak dalam tu?"

"Jap," kedengaran pintu bilik dibuka satu-persatu oleh gadis tersebut.

"Mana ada orang dalam ni,"

"Oh.Yeke?Terima kasih," aku menggaru kepalaku yang tidak gatal.Aku memandang lorong kiri dan lorong kanan.Rasanya Jihye tak lalu kanan.Dia lalu kiri.Sebab game court utama dengan tandas bukannya jauh.Hanya terus.Tak mungkin tak nampak.

Langkah kakiku bergerak ke arah kiri.Aku melajukan langkah apabila hatiku mula rasa tidak tenang.Peluh yang hampir menitik aku lap kasar.Harap-harap takde apa-apa terjadi kat Jihye.Kalau tak apa aku nak jawab kat Keluarga Kim?

𝕀 𝟚 𝕌 Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang