제 46 회

284 42 35
                                    


Kejam

=======🐻🐻=======

"O-oppa?" Taehyung menoleh memandang Jihye.Matanya berair.Dia rindu.Rindu dengan wajah ini.

Jihye melihat Taehyung dengan pandangan tidak percaya.Tidak percaya Taehyung berada di hadapannya and tidak percaya dengan penampilan Taehyung sekarang.Dia kelihatan sangat hensem.Jihye terus memeluk tubuh abangnya.

"Oppaㅡ" dia menangis di dada Taehyung.Habis basah baju lelaki itu.

Dia terlalu rindu akan Taehyung.Setahun bukan waktu yang singkat.Taehyung mengusap perlahan kepala Jihye cuba menenangkan gadis itu.Berat hati dia nak bagitau yang hari ini merupakan hari terakhir dia di Jeju.Dia tahu Jihye akan sedih dan marah dengannya.

"Dahlah kata dah lama tak jumpa.Janganlah nangis nanti takde masa nak berborak," Taehyung mencium atas kepala Jihye.Dia meleraikan pelukan tetapi lengan Jihye masih melingkar di pinggangnya.

"Jangan nangis lagi," dia mengelap air mata gadis itu dengan ibu jarinya.Jihye menyedut hingusnya sambil tersenyum ke arah Taehyung.

"Oppa nampak hensemlah," Jihye menyentuh rambut biru Taehyung.Dia hanya hanya tersenyum.

"Jom duduk," Taehyung menggemgam tangan Jihye erat lalu duduk di bangku.Dia mahu meleraikan pegangan tetapi Jihye tidak mahu.

"Oppa.Jihye ada banyak benda nak tanya.Oppa duduk kat mana sekarang?Mama papa sihat tak?Kookie macam mana?" Jihye berterusan menanya soalan kepadanya.Taehyung memegang kedua belah pipinya.

"Jihye stop.Semua okay.Aku sekarang tengah belajar dekat university.Mama papa sihat je.Jungkook pun sama.Tu je yang aku boleh jawab," Jihye mengangguk.Taehyung mengambil buku Jihye yang berada di atas bangku.

"Kau datang sini buat apa?" Taehyung tanya sambil menyelak buku tersebut.

"Jihye study.Dekat sini tenang dan cantik.Jihye suka," kata Jihye sambil tersenyum kepada Taehyung.

"Pandailah kau yang sekarang ni," Taehyung mengusap kepala Jihye.Muka gadis itu mula kemerah-merahan.Dia memeluk lengan Taehyung dan letakkan kepalanya di bahu Taehyung.

"Kenapa kau makin manja ni," Taehyung mencubit hidung Jihye.

"Oppa sakitlah," dia menolak tangan Taehyung sambil tergelak.Dia tak sanggup nak berpisah dengan Taehyung lagi.

"Oppa!Oppa lama lagi kan dekat sini?Jihye nak bawak oppa oergi satu tempat.Tempat tu cantik.Jihye tak pernah bawak sesiapa pun datang dengan Jihye sebab Jihye nak bawak oppa pergi sana.Dah lama Jihye tunggu.Oppa boleh kan?"

Jihye memandang Taehyung dengan harapan.Air mata mula terbentuk di tubir mata lelaki itu.Dia mengusap rambut pendek Jihye.

"Kau nampak cantik dengan rambut pendek ni tapi aku lagi suka rambut panjang ikal mayang kau," Taehyung cuba menukar topik.

"Alah takpe nanti dia tumbuh panjang balik.Oppa tak jawab lagi soalan Jihye," Taehyung mengetap bibirnya lalu memandang ke dalam mata Jihye.

"Oppa boleh kan?" Jihye tanya lagi sekali.Taehyung mengambil nafas panjang lalu melepaskannya.

"Jihye dengar sini.Hari ni hari terakhir aku dekat sini.Kejap lagi aku kena pergi airport.Aku minta maaf," tangan Jihye mula lemah dan terjatuh di sisinya.Pandangannya mula kosong sekarang.

𝕀 𝟚 𝕌 Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang