Pizza=======🐻🐻=======
Taehyung meletakkan alat kawalan ps4nya di lantai.Disandarkan badan pada bahagian bawah sofa.Keluahan penat dilepaskan.Dua jam dia bermain.Mana tak penatnya.Dia memegang perutnya berbunyi minta diisi.
"Lapar pula," dia bangun lalu langkah kaki diatur ke dapur.Dibuka laci menyimpan makanan.
"Seriouslah.Satu makanan pun takde?Ramen pun takde?Apa aku nak makan ni?" dia bercekak pinggang memikirkan apa yang patut diisi perutnya yang kosong itu.
Pandangan mata dihala ke sekeliling dapur.Mana tau kalau ada apa-apa yang boleh dimakan.Kad putih di atas meja menarik minatnya untuk pergi tengok.Diambil kad tersebut.
Restaurant Pizza Hot
Kami menyediakan perkhidmatan
delivery kepada pelanggan.Orderlah pizza kami.Dijamin sedap.
Sila hubungi talian ini :
011-1061 5098
"Pizza?Bagus juga.Aku pun dah lama tak makan pizza tapi budak tu makan ke pizza?" dia memandang tingkat atas rumahnya.
"Buat apa aku kesah.Kalau dia taknak makan sudah," Taehyung pergi ke telefon rumah di tepi TV.Didail nombor tersebut.
["Ya.Kami dari Restaurant Pizza Hot.Kami sedia membantu,] sahut suara perempuan di hujung talian.Lembut je percakapannya.
Kalau suara merdu macam ni mesti cantik orangnya.
Gatalnya,Taehyung ni.
"Saya nak order pizza tuna satu set.Alamat rumah bla....,"
Setelah siap membuat pesanan,Taehyung meletakkan semula gagang telefon di tempatnya semula.
"Sementara aku tunggu pizza lebih baik aku main game baru dulu,"
○●○●○●○●○
Bunyi loceng rumah menyentakkan Taehyung yang sedang bermain ps4nya.Segera dia bergerak ke pintu.Terpacul seorang lelaki penghantar pizza di hadapan pintu.
"Selamat tengah hari.Ini order encik.Pizza Tuna," dihulurkan kotak pizza pada Taehyung.
Tua sangat ke muka aku sampai dia panggil aku encik?
Taehyung mengambil kotak pizza itu.Dikeluarkan not 15 ringgit di dalam poket seluar pendeknya.Tidak lupa tip 2 ringgit.
"Nah," hulurnya.Penghantar pizza itu menyambutnya.
"Terima kasih," penghantar pizza itu menunduk 90º.Taehyung hanya tersenyum kecil.Pintu rumah ditutup menggunkan kaki.Punyalah pemalas.
Mulutnya hampir mencarut apabila ternampak Jihye sedang baring di atas sofa.Dia mengusap perlahan dadanya.Ingatkan perempuan manalah tiba-tiba baring atas sofa sambil peluk teddy bear.Dia meletakkan kotak pizza di atas neja kopi.
YOU ARE READING
𝕀 𝟚 𝕌
Fanfiction❝ Aku benci dia sebab dia cacat.Sape nak jaga orang cacat? Menyusahkan. ❞ ━─┉┈◈❖◈┈┉─━ "Oppa apa yang dorang tengah buat?" "Oh.Diaorang tengah bercium," "Bercium?Apa tu?" "Sini aku tunjuk kat kau," ━─┉┈◈❖◈┈┉─━ Mengisahkan seorang lelaki yang lebih m...