Ost : Cherish (보일듯 말듯)
by
Sunyoul [Up10tion]X Yuju[Gfriend]•••
Pengakuan mengejut
______________________________
Sudah 3 hari berlalu,layanan Taehyung terhadap Jihye tetap sama.Dingin.Takde apa pun yang berubah.Jihye dah cuba pelbagai cara untuk meraih kemaafan daripada Taehyung tetapi semuanya tidak berhasil.Dia hampir putus asa.
•
•
•
•
"Ok.Kelas hari ni dah habis," kata Cikgu Bae sambil memasukkan pen marker di dalam bekas berwarna pink.Jihye salin ayat yang terakhir sebelum menutup bukunya lalu memasukkannya di dalam beg.
"Jom duduk dengan Cheol ngan Gyu," ajak Baejin.Jihye hanya mengangguk.Dia menyandang begnya lalu memegang tangan Baejin.Baejin apalagi malulah dia.Mereka berjalan menghampiri Gyu dan Cheol.Jihye duduk di hadapan Gyu yang sedang melentokkan kepalanya di atas bahu Cheol.Dia pandang Gyu.Sejujurnya dia cemburu.Dia dah lama tak bermanja dengan Taehyung.Jadi dia pun melentokkan kepalanya di atas bahu Baejin.Mata Baejin membulat.Terkejut.
"Ji-Jihye apa yang Jihye buat ni?"
"Baejin senyaplah.Kejap je," Baejin senyap.Semenjak dua menjak ni Jihye kerap bermanja dengan dia dan DIA MALU!Baejin memandang Cheol.
"Cheol buat apa tu?"
"Baejin nampak kan kita buat apa.Tanya lagi kenapa?"
"Cheol ni kenapa?Baejin tanya elok-elok Cheol jawab macam tu.Baejin tahulah Cheol baca buku tapi buku apa?Baejin nak tengok juga," suara dia mula meninggi.Jangan risau dia dan Cheol memang macam ni.Ni pun paling mesra tau.
"Hei Baejin.Jangan marah Cheol.Baejin yang salah.Jangan marah Cheol Gyu," marah Gyu Baejin.Baejin menjungkitkan keningnya.
"Jadi Gyu nak salahkan Baejinlah?" Gyu mengangguk.Jihye hanya memerhati.Mereka memang macam tu.Nanti berbaiklah semula.
"Dah Gyu.Cheol dengan Baejin gurau je," kata Cheol sambil mengusap kepala Gyu.
Gedik pula Mingyu ni.
"Cheol.Gyu.Mama dah sampai," jerit Cikgu Bae.
"Jom Gyu," Cheol menarik tangan Gyu menyuruh budak lelaki itu bangun.Cheol berhenti di depan Baejin.
"Baejin.Kita minta maaf pasal tadi.Kita gurau je," kata Cheol pada Baejin sambil menghulurkan tangannya.Baejin menyahut.
"Takpe.Baejin tahu," Cheol tersenyum lalu melakukan handshake rasmi mereka.
YOU ARE READING
𝕀 𝟚 𝕌
Fanfiction❝ Aku benci dia sebab dia cacat.Sape nak jaga orang cacat? Menyusahkan. ❞ ━─┉┈◈❖◈┈┉─━ "Oppa apa yang dorang tengah buat?" "Oh.Diaorang tengah bercium," "Bercium?Apa tu?" "Sini aku tunjuk kat kau," ━─┉┈◈❖◈┈┉─━ Mengisahkan seorang lelaki yang lebih m...