Akhirnya....=======🐻🐻=======
Taehyung bangun daripada tidurnya apabila alarm berbunyi.Matanya digosok bagi menghilangkan kabur.Jam handphone dipandang sekilas.Baru pukul 6:15 pagi.Dia melakukan rutin paginya seperti biasa.
(Baju bertukar ikut musim)
Dia ingat mahu mengejut Jihye dahulu sebelum menyikat rambut.Langkah kaki diatur ke bilik Jihye.Pintu bilik diketuk.
Tiada sahutan.
Lagi sekali pintu diketuk.Tetap sama.Tiada sahutan.Taehyung mula rasa tak sedap hati.Dia memulas tombol pintu.Tidak berkunci.
Dia hanya meninjau sedikit.Manalah tau Jihye sedang tukar baju ke.Dia memandang persekitaran bilik yang kosong.Jihye tiada di dalam bilik tersebut.
"Jihye?" Taehyung cuba berfikiran positif.
' Mungkin Jihye mandi kot,'
"Jihye?" Taehyung mengetuk pintu bilik air Jihye.Masih sama.Tiada sahutan.
"Jihye?Jangan buat aku risau boleh tak?" dia cuba membuka pintu bilik air itu.Tidak berkunci.Dia terus menguak pintu tersebut.
Figura Jihye tiada di dalam bilik mandi juga.Ok!Taehyung tidak boleh fikir positif lagi.Dia mula berfikir secara negatif.
"Mana Jihye ni?" dia mencari di semua tempat.
Ruang tamu.
Dapur.
Bilik mama papa.
Mini library
Belakang rumah.
Semuanya tiada.Kasut Jihye juga tiada.
"Jihye!Bae Jihye!Jangan main sorok-soroklah.Aku tak suka!" jeritan Taehyung dibalas dengan bunyi kipas berpusing.
Taehyung berlari naik ke tingkat atas.Begnya diambil segera.Rambut yang serabai diabaikan.Jihye lagi penting.Dia mengunci pintu setelah semua suis ditutup.
"Ok!Taehyung tenang.Jihye mungkin dah pergi sekolah.Dia kan dah tau jalan ke sekolah.Dia mungkin nak pergi sekolah sendiri.Dia mungkin taknak menyusahkan aku,"
🍁
🍁
🍁
YOU ARE READING
𝕀 𝟚 𝕌
Fanfiction❝ Aku benci dia sebab dia cacat.Sape nak jaga orang cacat? Menyusahkan. ❞ ━─┉┈◈❖◈┈┉─━ "Oppa apa yang dorang tengah buat?" "Oh.Diaorang tengah bercium," "Bercium?Apa tu?" "Sini aku tunjuk kat kau," ━─┉┈◈❖◈┈┉─━ Mengisahkan seorang lelaki yang lebih m...