제 22 희

271 38 5
                                    


Ost : Our last day [그날의너에게]
by
Noel

•••

Anak angkat

_____________________

"Tolong jaga budak ni baik-baik.Semua pengenalan dia ada dalam beg ni," kata Minhyun sambil menghulurkan Jihye kepada Cik Cha,iaitu anak kepada pengurus Rumah Anak Yatim Highland.

Belum sempat Jihye sampai di dalam dakapan Cik Cha bayi itu sudah menangis.

"Dua menjak ni dia asyik nangis.Rasanya dia rindu mak ayah dia.Saya harap awak jaga dia dengan baik,"

"Ya.Itu sudah jadi kerja saya," Minhyun menunduk sedikit sebelum berlalu meninggalkan Rumah Anak Yatim Highland.Cik Cha menepuk-nepuk punggung Jihye.

"Shh.Jangan nangis.Kat sini Jihye akan dapat banyak kawan.Wonu!" panggil Cik Cha.Seorang budak lelaki dalam lingkungan 4 tahun menghampiri.

"Ya?"

"Tolong bawa beg Jihye.Kita ada baby baru," kata Cik Cha kepada Jeon Wonwoo atau lebih mesra dipanggil Wonu.Wonu mengambil beg tersebut lalu menyimpannya di dalam bilik bayi.

"Jihye.Janganlah nangis lagi.Cik Cha tak tahu nak buat apa,"

"Cik Cha nah.Cuba bagi dia susu.Tadi Wonu jumpa dalam beg dia.Dari tadi baby nangis," kata Wonu menghulurkan botol susu.Cik Cha mengambil botol susu tersebut.Jihye tak mahu.Dia masih menangis.

"Aduh.Cik Cha tak tahu nak buat apa.Wonu pergi panggil mommy," Wonu pergi ke belakang memanggil pengurus Rumah Anak Yatim Highland,iaitu mommy.

"Kenapa ni Yoonhee?" tanya mommy.

"Ni.Baby baru asyik nangis.Yoonhee tak tahu nak buat apa," kata Cik Cha sambil menghulurkan Jihye yang sedang menangis itu pada mommy.

"Shh.Jihye.Jangan nangis.Jihye budak baik kan?" kata mommy sambil menepuk punggung Jihye.Dia sudah biasa memujuk budak.

"Mama," Jihye berhenti menangis.

"Susu," Cik Cha menghulurkan botol susu kepada maknya.Mommy menyuakan botol susu ke dalam mulut Jihye.Jihye menyedut susu tersebut dengan rakus.Lapar agaknya.

"Dia rindu mama dia,"

Budak perempuan berumur lima tahun bermain bersendirian di taman dalam Rumah Anak Yatim Highland.Bunyi enjin kereta diberhentikan menarik minatnya.Segera dia berlari di depan pintu masuk.Sepasang suami isteri menghampirinya.

"Selamat datang ke Rumah Anak Yatim Highland.Jihye sedia membantu," kata Jihye sambil menunduk 90º.Itulah kerjanya setiap kali ada orang datang mahu mengambil anak angkat.Dia mahu menarik minat orang agar jadikannya sebagai anak angkat.

"Aigoo comelnya," puji wanita itu sambil mengusap kepala Jihye.

"Silalah masuk.Cik Cha dengan mommy kat dalam," pasangan tersebut tersenyum pada Jihye sebelum berjalan memasuki rumah tersebut.Jihye menggemgam kedua tangannya sambil mata ditutup.

𝕀 𝟚 𝕌 Where stories live. Discover now