Ost : All for you
by
Eunji [Apink] and Seo In GukMaaf
______________
"Dah masuklah.Dah malam ni.Kookie kena balik," Jungkook menolak perlahan badan Jihye.
"Taknak.Ji-Jihye rasa oppa akan marah Jihye,"
"Kenapa pula Tae nak marah?" Jungkook memeluk tubuhnya sambil membuat muka tegas.
"Yelah.HrmmㅡJihye kan-Hrmmㅡ,"
"Dah takyah risau.Masuk je.Takde Taehyung tak marah der," Jungkook mengusap bahu Jihye.
"Macam mana Kookie tau?Oppa bila-bila masa boleh marah.Jihye takut bila oppa marah.Muka oppa menyeramkan.Suara oppa lagilah," Jungkook hanya tergelak.Tidak dapat dinafikan Taehyung kalau marah menakutkan.Pernahlah sekali dia tengok Taehyung marah tapi bagi dia tak menakutkan langsung.
"Kenapa Kookie gelak?"
"Takde apalah.Cepat masuk.Kookie kena pergi ni.Nanti ibu marah.Kookie happy hari ni.Bye," belum sempat Jihye mahu menahan,Jungkook terlebih dahulu pergi.Jihye mengeluh.Dia hanya memandang pintu rumah di hadapannya.
'Nak masuk ke tidak?Kalau Jihye masuk mungkin oppa akan marah tapi kalau Jihye tak masuk,Jihye kena tidur luar.'
Jihye memandang persekitaran rumah yang mula gelap.Angin malam yang sejuk menerpa kulit mulusnya membuatkan dia meremang.Tekuknya diusap.Tak tau kenapa malam ni sunyi sangat.Hanya ada bunyi-bunyi yang tidak diketahui sahaja.
"Jihyeㅡ," mata Jihye membulat.Tidak bukan sekarang.Lantas Jihye membuka pintu lalu menutupnya rapat.Badan disandar dibalik pintu.Tangan mengurut dadanya yang berdegup laju.
'Ka-kali ni bukan suara Mommy tapi suara Daddy.Jihye tak suka Daddy'
Taetae ditangan dipegang erat.Rasanya boleh tercabut benang teddy bear tersebut.Nafasnya mula tidak teratur.
"Woi.Kau dah kenapa?" tegur Taehyung.Jihye mendongak.Dipandang muka Taehyung yang memusingkan badannya dengan lengan kiri di kepala sofa.Jihye hanya memerhati abang angkatnya.Penampilan Taehyung malam ni menarik perhatian Jihye untuk pandang.
Dengan rambut hitamnya yang lembap menunjukkan dia membasuh rambut.Cermin mata berbingkai emas hitam menaikkan auranya.Dipadankan dengan pyjama berwarna hijau gelap corak bintang.Bantal berbentuk pikachu yang dipeluk membuatkan Taehyung nampak comel.Mata Jihye tidak berkelip memandang wajah tampan milik Taehyung.Jantungnya berdegup laju lagi.
"Kau pahal pandang aku macam tu?" Jihye hanya menggeleng.Taehyung mencebik lalu kembali fokus pada screen Tv.Sejak kejadian dia kalah game hari tu dia hiatus main game.Masih terkilan dengan kekalahan yang tidak dijangka itu.Jadi dia hanya menghabiskan masanya dengan menonton Tv.Jihye mengemam bibirnya.Nampaknya Taehyung masih marah akan dirinya.
•
•
•
•
Jihye berdiri dibelakang sofa manakala Taehyung duduk di sofa tersebut.Jarinya menguis-nguis tangan comel Taetae.Dia masih berfikir tentang kata-kata Jungkook tadi.Jungkook suruh dia minta maaf pada Taehyung tapi dia takut.Banyak kali Jihye cuba untuk minta maaf dan setiap kali itulah Taehyung menengkingnya.
![](https://img.wattpad.com/cover/168759812-288-k701438.jpg)
YOU ARE READING
𝕀 𝟚 𝕌
Fanfic❝ Aku benci dia sebab dia cacat.Sape nak jaga orang cacat? Menyusahkan. ❞ ━─┉┈◈❖◈┈┉─━ "Oppa apa yang dorang tengah buat?" "Oh.Diaorang tengah bercium," "Bercium?Apa tu?" "Sini aku tunjuk kat kau," ━─┉┈◈❖◈┈┉─━ Mengisahkan seorang lelaki yang lebih m...