Bab 20

18.5K 276 1
                                    

    Natasha melabuh duduk di atas kerusi miliknya di pejabat..Hari ini Natasha hanya mengenakan seluar jean dan baju kemeja berwarna hitam..Sebenarnya dia datang ke office hanya untuk mengemas barangnya..Natasha belum memberitahu sahabatnya tentang dirinya yang akan ke Itali untuk melanjutkan pelajaran..

"Shaaa..wehhh..Betul ke Encik Adam kena tangkap khalwat dengan si Sofea dekat Terengganu?"...Entah dari mana muncul 3 mangkuk ayun yang salam pun tiada terus ajak bergosip..Siapa lagi kalau bukan sahabat Natasha,iaitu Linda,Fiza dan Rafiq..

"Kau ni kan Rafiq...Tak reti nak bagi salam ke?..Nasib baiklah aku ni tak ada heart attack...Natasha menjeling Rafiq apabila kawannya itu membuat muka selamba..

"Alah..sorrylah Shaa..Aku tak sengaja..Excited sangat"...Balas Rafiq lagi beserta kawannya yang lagi 2 orang juga sedang menunggu jawaban dari Natasha..

"Haah"..Mereka kena tangkap khalwat..Natasha mengeluh dan menjawab sepatah apa yang ditanya oleh kawan-kawannya..

"Ehhhh..,Shaa..Kenapa kau pakai macam ni datang office hari ni"?..Soal Fiza secara tiba-tiba..Fiza baru perasan Natasha hanya mengenakan pakaian yang santai..

Natasha tersenyum pahit apabila mendengar soalan daripada Fiza itu.."Sebenarnya aku datang hari ni bukan untuk bekerja..Aku datang ni nak kemas barang-barang aku and nak ucapkan selamat tinggal dekat korang"...Natasha menjawab dengan tenang sekali..

"Kenapa kau nak berhenti kerja Shaa..Sebelum ni kau tak ada sebut pun pasal nak berhenti kerja ni"..Kini giliran Linda pula bertanya..Mata Linda sudah mula berkaca..Dia berasa sedih apabila dapat tahu yang Natasha sudah mahu berhenti kerja...

"Kau dah kenapa sedih pulak ni Linda..Aku berhenti kerja je pun..Bukan aku dah nak mati...Aku dapat sambung belajar dekat Itali..Korang semua jangan bimbang okey..Korang tetap kawan aku dunia akhirat..Nanti kalau aku balik..Aku jumpa la korang semua"...Natasha sudah tergelak melihat muka Linda yang sudah berubah macam budak-budak tak dapat pelukan emak itu..

"Bila kau berangkat ke Itali?..Soal Linda

"Malam ni"..Jawab Natasha sepatah..Dia tersenyum pahit..Hanya tuhan saja yang tahu betapa peritnya hati Natasha semasa itu..Natasha sendiri tidak tahu dari mana dia dapat kekuatan untuk terus menjawab soalan kawan-kawannya...
***

Adam kelihatan begitu segak apabila mengenakan baju melayu beserta samping..Hari ini adalah majlis pernikahannya bersama Sofea..Hari yang bahagia bagi pasangan yang akan diijabkabulkan...Dia sepatutnya berasa gembira..Tetapi sebaliknya bagi Adam..Dalam kepalanya hanya memikirkan Natasha...Sungguh berat baginya untuk bernikah dengan Sofea..Baginya..Tiada sedikit pun rasa cinta dan sayangnya terhadap Sofea..Cintanya hanya untuk Natasha..Bukan Sofea!...

Adam melangkah ke ruang tamu sambil matanya melilau mencari seseorang..
"Mak Jah,Nampak Natasha tak?"..Adam bertanya pada Mak Jah sambil matanya memerhati ruang tamu.,

"Haishh kamu ni..Tahulah gementar nak akad nikah nanti..Takkan sampai lupa..Kan Si Natasha dah berangkat ke Itali malam tadi..Kamu lupa ke?...Mak Jah menepuk bahu Adam dan berlalu pergi ke dapur untuk menguruskan kerjanya yang belum selesai itu...

Adam bagaikan disambar petir apabila mendengar jawapan daripada Mak Jah..Adam segera melangkah mencari mamanya dan segera menghampiri Datin Aida apabila melihat mamanya itu sedang membetulkan gubahan yang berada di ruang santai itu..

"Mama...Kenapa mama tak bagitahu Adam yang Shaa dah berangkat malam tadi ke Itali?"

"Laaa..Mama ingatkan kamu dah tahu dan sempat jumpa Shaa dekat KLIA..Lagipun malam tadi Shaa pergi dengan grab..Dia cakap kamu akan jumpa dia dekat KLIA"..Datin Aida menjelaskan pada Adam dengan muka yang kehairanan...

Adam terdiam seketika..Dia merasakan seakan-akan dunia ini kosong..Terlampau kosong...Dia tidak pernah terasa sakit seperti ini..Adam langsung tidak menyangka Natasha sanggup tidak memberitahu dirinya yang Natasha akan berangkat malam tadi.

"Adam..Kamu termenung apa lagi ni..Songkok kamu mana?..Pergi siap cepat..Nanti kita nak bertolak ke rumah si Sofea pulak"...Adam tersedar dari lamunannya apabila mendangar suara mamanya menyuruhnya bersiap..Adam segera mengawal riak wajahnya dan tersenyum pahit pada Datin Aida..
***

Kompang dipalu
pengantin baru......
Duduk bersanding
tersimpul malu.....

Sofea tersenyum bahagia di atas pelamin.. Apa yang selama ini yang diimpikan telah pun menjadi kenyataan ...Dia begitu bahagia sekarang kerana telah pun bergelar sebagai isteri kepada Daniel Adam bin Datuk Khalid iaitu CEO Jaya Holding..

Tetapi sebaliknya pula Adam..Mukanya langsung tiada senyuman..Muka penuh dengan kedinginan..Dari tadi Adam terbayang-bayang akan Natasha...Walaupun Adam sedang bersanding di atas pelamin yang begitu mewah sekali..Tapi hatinya tidak sedikit pun rasa bahagia..Baginya orang yang sepatutnya berada di atas pelamin bersamanya adalah Natasha..Hanya Natasha seorang!

KEMBALIKAN SENYUMANMU PADAKU✔️Where stories live. Discover now