Bab 42

17K 270 1
                                    


"Muhammad Daniel Haikal Bin Muhammad Daniel Adam"

Jantung Adam hampir gugur apabila melihat nama yang tertera pada sijil kelahiran milik Haikal itu..Dua kali Adam membaca sijil kelahiran itu untuk memastikan dirinya tidak salah melihat dan membaca..Satu senyuman bahagia meniti di bibir Adam..
Siapa sangka pada hari genting seperti ini,Adam dapat mengetahui kebenaran tentang siapa Haikal yang sebenarnya walaupun dalam keadaan Haikal yang masih belum stabil itu..

Adam memasukkan gear N kepada gear D lalu segera menekan pedal minyak keretanya itu..Kereta Adam meluncur laju ke hospital yang menempatkan Haikal itu..Sampai di hospital,Adam segera menuju ke arah Natasha..Dokumen Haikal segera bertukar tangan..Natasha yang sedang menunggu papanya itu terus terbangun apabila melihat Datuk Khalid yang telah keluar dari bilik pemeriksaan itu..

"Macam mana papa?"

Natasha segera bertanya kepada Datuk Khalid..Datuk Khalid hanya menunduk dan menggeleng kepalanya...

"Darah papa tak sesuai untuk Haikal Shaa...sebab papa ada darah tinggi.."

Air mata Natasha mengalir lagi apabila melihat gelengan kepala Datuk Khalid itu..Datin Aida segera memeluk Natasha apabila melihat Natasha yang kembali menangis itu..

"Abang akan derma darah pada Haikal..Shaa jangan bimbang okey..Haikal akan selamat..Abang janji.."

Datuk Khalid dan Datin Aida hanya memandang Adam dengan muka yang tiada emosi..Datin Aida juga bimbang sebenarnya..Bimbang kalau Adam hanya memberi Natasha harapan palsu..Adam segera bergerak ke bilik pemeriksaan untuk menderma darah setelah memujuk Natasha tadi..
***

Setelah 2jam..Adam melangkah keluar dari bilik derma darah sambil memegang bahagian yang telah dicucuk untuk mengambil darah itu..Adam melangkah ke arah dimana mama,papa dan Natasha berada..Satu senyuman meniti dibibir Adam..Natasha memandang Adam dengan muka yang tidak percaya..

"Abang dah derma darah abang untuk Haikal..Kan abang dah cakap..Haikal akan selamat.."

Adam menghadiahkan senyuman dengan wajah yang pucat..Hati Natasha tersentuh melihat keikhlasan Adam itu..Datuk Khalid dan Datin Aida juga memanjatkan rasa syukur apabila mendengar kata-kata Adam itu..Adam yang sedang berdiri itu tiba-tiba jatuh melutut di depan Datuk Khalid..Datuk Khalid yang terkejut itu segera menunduk dan memapah membangunkan Adam dan berjalan sedikit supaya duduk di atas kerusi yang disediakan untuk menunggu itu..

"Kamu okey tak ni Adam?.."

"Adam tak apa-apa papa..Mungkin ni kesan daripada derma darah tadi.."

Adam menjawab soalan Datuk Khalid dengan senyuman sambil menggeleng kepalanya kepada Datuk Khalid..Datuk Khalid hanya mengangguk faham..

"Abang Adam..Abang Adam balik la dulu dengan mama and papa..Shaa akan stay sini sampai Haikal sedar.."

Natasha tiba-tiba bersuara pada Adam serta mama dan papanya..Datin Aida hanya mendiamkan diri..Sama juga dengan Datuk Khalid..

"Tak perlu..Mama and papa balik la dulu..Adam akan temankan Shaa dekat sini..Mama dengan papa jangan risau okey.."

Pada mulanya Datuk Khalid dan Datin Aida berat untuk meninggalkan hospital itu..Tetapi memandangkan Adam pula yang bersuara..Jadi Datuk Khalid dan Datin Aida akur saja..

Shaa dan Adam sempat menyalami tangan Datuk Khalid dan Datin Aida sebelum mereka pulang..Adam dan Natasha hanya menghantar mama dan papanya itu dengan ekoran mata sahaja sehinggalah mama dan papanya hilang dari pandangan mereka..
                           ***

Natasha menekan butang yang tergantung di kepala katil apabila melihat Haikal mula membuka mata..Tidak sampai beberapa minit,Doktor Azman masuk ke dalam bilik yang menempatkan Haikal itu..Adam dan Natasha diarahkan oleh doktor Azman supaya menunggu di luar bilik terlebih dahulu..Adam dan Natasha hanya mengikut arahan yang diarahkan oleh doktor Azman itu..Natasha duduk terbongkok di atas kerusi menunggu di depan bilik Haikal itu manakala Adam duduk disebelah Natasha sambil menyandar kepalanya didinding..

"Kenapa Shaa rahsiakan semua ni dari abang?"

Adam menyoal Natasha sambil menyilang kedua tangannya di dada bidangnya..Natasha yang mendengar soalan Adam itu terus mendongak kepalanya memandang ke arah Adam..Dahi Natasha berkerut seolah-olah tidak memahami apa yang diucapkan oleh Adam..Melihat Natasha yang kebingungan,Adam bertanya kembali kepada Natasha..

"Pasal Haikal..Kenapa Shaa sanggup rahsiakan pada abang yang Haikal itu......."

Belum sempat Adam menghabiskan kata-katanya,Pintu bilik Haikal dibuka dari dalam..Natasha segera berdiri apabila melihat doktor Azman yang keluar dari bilik Haikal itu..Begitu juga dengan Adam..Adam turut berdiri apabila melihat doktor Azman menghampiri mereka..

"Macam mana dengan Haikal doc?"Soal Natasha dengan riak wajah yang risau..

"Alhamdulillah..Haikal dah mula sedar..kebiasaannya jarang kanak-kanak yang mampu sedar dalam masa kurang daripada 24jam selepas operation..Tak sangka Haikal seorang kanak-kanak yang kuat..Apa-apa pun,Sekarang Haikal hanya perlu berehat sahaja..Saya mintak diri dulu ye.."

Doktor Azman segera berlalu setelah memberi keterangan kepada Adam dan Natasha..Natasha segera meraup wajahnya..Terserlah wajahnya yang lega apabila doktor Azman memberitahu tentang Haikal yang sudah sedar..

"Alhamdulillah abang...Haikal dah sedar..Terima kasih abang.."

Natasha memandang Adam dan satu pelukan telah diberi kepada Adam..Adam segera membalas pelukan Natasha..Adam sempat mencium lembut kepala Natasha...Natasha langsung tidak memarahi Adam..Natasha hanya membiarkan sahaja Adam mencium lembut kepalanya itu..Natasha berasa sangat terhutang budi dengan Adam yang telah mendermakan darahnya kepada Haikal itu..Setelah meleraikan pelukan,Natasha segera melangkah masuk ke dalam bilik Haikal itu..Adam masih lagi beradi di luar bilik ..Adam mengeluarkan iphone X nya dari poket seluar lalu mendail nombor telefon papanya untul memaklumkan bahawa Haikal telahpun sedar..

KEMBALIKAN SENYUMANMU PADAKU✔️Where stories live. Discover now