Bab 21

17.5K 261 1
                                    

      Natasha melangkah keluar dari Lapangan Terbang Antarabangsa Rom...Natasha memasukkan tangannya ke dalam poket seluar jeannya dan mengeluarkan iphone8 miliknya itu..Dia membuka aplikasi whatapps dan menghantar whatapps kepada Datin Aida untuk memberitahu dirinya telah selamat sampai di Itali...

Bip..Bip...
Natasha membuka iphone8nya kembali...Dengan tiba-tiba air matanya menitis..Hatinya sakit apabila melihat gambar Adam yang dipeluk oleh Sofea di atas pelamin itu..Natasha segera menutup fonenya dan bergerak ke arah sebuah teksi yang berada di sekitarnya untuk ke rumah kawannya yang menetap di Itali..

"Per favore, mandami questo indirizzo"(tolong hantarkan saya ke alamat ini)...Natasha berkata dan menyerahkan sekeping nota yang tertera alamat rumah kawannya itu kepada pemandu teksi..Natasha seorang yang berkebolehan bertutur dalam bahasa asing..Natasha pernah belajar beberapa bahasa ketika dia belajar di luar negara dahulu..Selepas menyerahkan nota alamat kepada pemandu teksi itu,dia mengeluh dan mengelamun entah kemana...

"Signorina ... siamo arrivati ​​all'indirizzo che gli era mancato prima"...signorina??Signorina???(cik kita dah sampai ke alamat yang cik minta tadi.....Cik....Cik?..

Natasha tersedar dari lamunannya apabila terdengar suara pemandu teksi itu memanggilnya memberitahu bahawa mereka telah tiba di destinasi yang diminta..Natasha tersenyum kepada pemandu tersebut lalu meminta maaf sambil menghulurkan tambang teksi itu..
"Mi dispiace per non averti sentito chiamare ... Grazie ..."(Maafkan saya kerana tak dengar awak panggil tadi..Terima kasih.)

Natasha menarik nafas dan melihat nota kecil yang tertulis alamat rumah kawannya itu..Perlahan-lahan tangan Natasha mengetuk pintu rumah tersebut..
"Assalamualaikum..."....

Tidak sampai seminit pintu rumah tersebut telah pun dibuka dari dalam...
"Shaaa..Alhamdulillah..Kau dah selamat sampai..masuk-masuk Shaa"...arah Alya..

Alya ialah kawan baik Natasha semasa Natasha belajar di UK dahulu..Alya adalah gadis kacukan...Ibunya berasal dari Terengganu manakala bapanya berasal dari Jepun..Alya juga sedang belajar di Itali..
***

Alya berjalan ke halaman taman rumahnya dan menghampiri Natasha yang sedang leka mengelamun itu..
"Shaa..kenapa ni?kau ada problem ke?..Dari tadi aku tengok kau mengelamun"..Alya bersuara sambil memegang bahu Natasha lalu melabuh duduk di atas bangku ditepi Natasha..Natasha terkejut apabila terdengar suara Alya terus mengelap air matanya dan tersenyum kepada Alya..

"Aku okey lah Yaa...Tak ada masalah pun..Cuma tetiba aje aku teringat dekat mama aku"...Bohong Natasha pada Alya
"Dah-dah..Janganlah sedih Shaa..Aku kan ada..Dahlah..Jom masuk dalam rumah..Aku dah sediakan makanan tu..Lagipun angin dekat luar ni sejuk"..Alya bangun dan berlalu masuk ke dalam rumah beserta Natasha yang mengekori Alya dari belakang...
                             ***

Sofea keluar dari bilik mandi dengan hanya memakai tuala paras peha..Dia terus menyarung baju malamnya yang begitu seksi sekali..Malam ini adalah 'malam pertama' antara dirinya dan juga Adam..Jadi Sofea perlu menghias dirinya agar Adam terpaku melihat dirinya yang wangi dan seksi itu..

Jam menunjukkan sudah pun 10.30 malam..Sofea sudah pun bersedia di atas katil miliknya..Pintu bilik tiba-tiba dikuak dari luar..Adam yang masuk ke dalam bilik tiba-tiba berhenti..matanya fokus melihat Sofea yang begitu seksi di atas katil..

"Yess!Adam terpaku melihat aku.."Sofea bersorak kegembiraan apabila melihat reaksi Adam itu..
"Sayang kenapa you berdiri dekat situ..Jom la tidur"..Sofea bersuara dengan suara yang menggoda sekali..

"Ehem"..Adam berdehem dan menghampiri katil...Adam mengambil bantal yang berada di tepi Sofea dan berkata.."You tidurlah..Malam ni I tidur kat sofa tu aje"...Adam berkata sambil menunjuk ke arah sofa yang berada berhampiran dengan katil itu...

"Tapi Adam...Malam ni kan malam pertama kita...Kita perlu....."...Belum sempat Sofea menghabiskan ayatnya,Adam sudah pun memotong dan berkata.."Sofea...Please..I taknak gaduh dengan you..I penat"...

Sofea terus mendegus apabila mendengar jawaban Adam lalu menarik selimut dengan kasar..

KEMBALIKAN SENYUMANMU PADAKU✔️Where stories live. Discover now