Bab 38

16.1K 235 3
                                    

Natasha melangkah masuk ke dalam rumah banglo milik Datuk Khalid dan Datin Aida itu dengan lemah..Dari pukul 3 petang Natasha menemani Adam meeting..Natasha mengurut kepalanya sekejap..Dari tadi Natasha rasa kepalanya pening..Selepas itu,Natasha melihat jam yang berada di pergelangan tangannya..

"Ermm..Dah pukul 9 malam..Sekejap je masa berlalu..."

Hati Natasha berbisik setelah melihat jam dipergelangan tangannya..Belum sempat Natasha mendaki tangga untuk ke bilik,terdengar satu suara memanggilnya..Suara yang paling Natasha sayangi..

"Ibu!!"

Natasha menoleh ke arah suara comel itu..Terus terukir senyuman apabila melihat wajah kecil Haikal..Segala letihnya juga turut hilang..Natasha membongkokkan tubuhnya lalu mencium lembut kepala Haikal..Natasha memimpin tangan Haikal lalu bergerak ke arah sofa..

Adam yang baru selesai memarkir kereta itu terus melangkah masuk ke dalam banglo milik papa dan mamanya itu..Niat Adam untuk balik ke rumahnya sendiri itu terbantut apabila melihat jam sudah pun pukul 9 malam..Saat masuk ke rumah banglo milik mama dan papanya itu,Adam tersenyum apabila melihat kelibat Natasha dan Haikal yang berada di ruang tamu itu..Adam segera menghampiri Natasha dan Haikal itu..Adam menghenyak sofa lembut itu di sebelah Natasha..Lalu tangan kecil Haikal ditarik dan diangkat Haikal untuk duduk di atas ribanya..

"Ibu..Ayah..Kenapa lambat sangat balik..Puas Haikal tunggu Ibu dan ayah tau.."

Natasha dan Adam tersenyum apabila mendengar soalan yang diajukan oleh Haikal itu..Adam menggosok kepala Haikal apabila mendengar soalan itu..

"Ibu dengan Ayah ada kerja tadi..Sebab tu lah balik lambat.."Terang Adam pada Haikal.

"Ololo..Anak ibu ni..Ni ibu nak tanya..Macam mana sekolah hari ni?.."

Natasha bertanya kepada Haikal mengenai hal sekolahnya..Haikal yang mendengar ibunya menyebut perkataan sekolah itu terus melompat dari riba Adam dan segera memeluk Natasha..Natasha mengangkat Haikal lalu diletak diatas ribanya pula..

"Best ibu..Haikal suka sekolah..Haikal ada banyak kawan..Nama kawan-kawan Haikal Damia,Alif,Iman......"

Natasha dan Adam tersenyum melihat Haikal yang menyebut nama kawan-kawannya itu sambil mengangkat jarinya menunjukkan Haikal sedang mengira kawan-kawannya..

"Adam..Shaa...Lewat balik.."

Adam dan Natasha segera berpaling ke arah suara yang menyapa mereka itu..Kelihatan kelibat Datuk Khalid yang menuruni tangga dan diekori oleh Datin Aida dibelakang Datuk Khalid..Natasha hanya tersenyum melihat kelibat mama dan papanya itu..

"Haah paa..Tadi ada meeting..Lisa pulak cuti emergency..Katanya ibu saudaranya meninggal..Tu yang Adam suruh Shaa temankan Adam tadi"

Adam menjelaskan kepada papanya..Datuk Khalid yang memakai baju melayu berwarna coklat dan berkain pelikat itu melabuhkan punggungnya di atas sofa yang empuk itu..Sama juga dengan Datin Aida yang hanya berbaju kelawar itu melabuh duduk di tepi Datuk Khalid..

"Kamu tak balik ke malam ni Adam?"

"Malas nak drive balik mama..Letih sangat.."

Adam menjawab soalan yang ditanya oleh mamanya itu..Datin Aida hanya mengangguk-anggukkan kepalanya menandakan faham..Datin Aida juga tahu jarak rumahnya ke rumah Adam mengambil masa 30 minit..Tapi sebaliknya pada Adam..Sebenarnya Adam bukannya letih sangat untuk drive balik ke rumah..Tapi Adam ingin selalu dekat dengan Natasha...Itu membuatkan Adam tidak pulang ke rumahnya sendiri..

"Shaa naik atas dulu mama papa..Haikal nanti masuk bilik tidur ye.."

Natasha bangun dan berjalan mendaki tangga..Haikal yang mendengar kata-kata Natasha itu tersengeh dan mengekori Natasha untuk naik ke bilik..Adam hanya menghantar Natasha dengan ekoran mata sahaja..
***

Natasha keluar dari bilik mandi dengan memakai baju tidur sambil mengeringkan rambutnya yang basah dengan tuala kecil..Sedang Natasha mengeringkan rambutnya,Natasha terasa seakan-akan ada mata yang sedang memerhatikan gerak gerinya..Saat Natasha melihat ke arah katil,Terbuntang mata Natasha melihat Adam yang sedang menepuk lembut punggung Haikal yang sudah hampir lena itu..

"Abang Adam buat apa dekat sini..Macam mana nanti kalau mama and papa nampak"

Adam yang mendengar soalan isterinya itu terus membuat isyarat diam kepada Natasha bagi mengelakkan daripada suara Natasha didengari oleh mama dan papanya..

"Bukan salah abang..Masa Shaa mandi tadi Haikal yang suruh abang tepukkan dia sehingga tidur.."

Adam menjelaskan apa yang terjadi kepada Natasha..Natasha segera menghampiri Adam dan menarik Adam supaya bangun dari katil miliknya itu..Selepas itu,tubuh Adam yang sasa itu segera ditolak sehingga keluar dari pintu biliknya itu..

"Haikal dah tidur kan..So,abang boleh keluar sekarang..Terima kasih ye tidurkan Haikal..Bye-bye.."

Natasha mengangkat tangannya menunjukkan isyarat bye-bye kepada Adam dan segera menutup pintu tanpa sempat Adam berkata-kata..Adam hanya mampu menggeleng kepala dan berpusing untuk ke biliknya sambil tersenyum senget..
***

Kini sudah 2 minggu Haikal bersekolah dan 2 minggu juga rutin harian Natasha dan Adam menghantar Haikal ke taska bersama-sama..Sudah puas Natasha memberitahu mama dan papanya yang Natasha mampu menghantar Haikal sendiri..Tapi ditentang oleh mama dan papanya..Adam apatah lagi..Memang langsung tidak membenarkan Natasha menghantar Haikal sendirian..Jadi, 2 minggu juga Natasha terpaksa pergi ke kerja dengan Adam..
                          ***

"Haikal nanti jangan nakal-nakal tau..Nanti balik Tokpa dan Tokma akan datang ambil Haikal tau.."

Natasha membongkokkan tubuhnya lalu mencium lembut ubun-ubun rambut Haikal..Selepas itu,Haikal menyalami tangan Natasha dan Adam..Adam tersenyum melihat Haikal..Adam sebenarnya sangat mengagumi Haikal yang begitu bijak itu..Jarang kanak-kanak yang usia seperti Haikal mampu membuat apa yang kanak-kanak berusia 5 tahun lakukan..
                             ***

Arghhhhhhh!!

Sofea yang melihat Natasha dan Adam masuk ke dalam kereta dan berlalu pergi itu menjerit dengan kuat..Anaknya yang berada di sebelah terus menangis akibat terkejut dengan jeritan Sofea itu..

"Kau diam Rayyan!..Diammm!!"

Sofea menjerit pula ke arah Rayyan..Rayyan yang menangis terus terdiam dek kerana takut akan jerkahan Sofea sebentar tadi..

"Kau tunggu Natasha..Kau tunggu..Kau memang sengaja mencabar kesabaran aku ye."

Sofea berbisik dengan dirinya sendiri..Sofea sengaja mengekori Adam untuk melihat sendiri dengan matanya..Ternyata apa yang diberitahu oleh kawannya itu adalah benar tentang Adam selalu menemani seorang perempuan menghantar budak di sebuah taska yang berhampiran dengan rumah banglo milik Datuk Khalid dan Datin Aida..Dan ternyata perempuan itu adalah Natasha..

"Aku tahu kau bukan siapa-siapa dalam keluarga Datuk Khalid dan Datin Aida Natasha..Kau tunggu Natasha..Aku akan kerjakan kau cukup-cukup nanti"

Sofea tersenyum sendiri..Stereng kereta mini coopernya dipusing dan keretanya bergerak menghala pulang ke flatnya..

KEMBALIKAN SENYUMANMU PADAKU✔️Where stories live. Discover now