Adam menarik kerusi di meja makan lalu melabuh duduk..Datin Aida sedang menceduk nasi ke dalam pinggan suaminya dan terus terhenti dan melihat Adam seperti ingin menerkam Adam..
"Adam dah kenapa?..Kenapa buat Shaa macam tu?.."
Adam memandang mamanya dengan muka yang tidak bersalah..
"Adam buat apa mama?..Adam cuma nak sedarkan dia..Nampak kurang ajar sangat dengan Mak Jah"..
"Tapi kamu tak boleh buat macam tu pada Shaa,...Kamu tahu tak tindakan kamu tu kasar Adam"..
Sampuk Datuk Khalid yang sedari dari tadi hanya mendiamkan diri..Adam hanya mendiamkan diri apabila dimarahi oleh mama dan papanya..
Sebenarnya bukan niatnya untuk berbuat demikian pada Natasha..Dia sendiri pun tidak tahu kenapa dia boleh bertindak begitu kepada adiknya yang comel itu..tiba-tiba hatinya dipagut rasa bersalah..
"Shaa mana mama?..Dia tak turun makan sekali ke dengan kita?"soal Adam pada mamanya..
"Huh.."
Datin Aida mengeluh..Lepas kamu kerjakan dia tadi,,tubuh Shaa panas..tetiba Shaa demam..Mungkin sebab terkejut pasal tadi" ..jawab Datin Aida..
"So,maknanya Shaa tak makan lagi la ni?..Mama letakkan nasi dan lauk tu dalam pinggan.,Adam bawak naik kat bilik Shaa nanti..Biar Adam jaga dia hari ni"..jawab Adam sambil habiskan makanan didalam pinggannya itu.,
***Tokk!!Tok!!Tok!!
Adam mengetuk pintu bilik Natasha...Tanpa arahan Natasha..Adam terus masuk ke dalam bilik Natasha..
Apabila Natasha mendengar bunyi pintu biliknya dibuka seseorang,tanpa membuka mata,Natasha menjawab..."Shaa tak lapar la mama..mama tak payahlah bawak masuk makanan..membazir je nanti.."
Jawab Natasha tanpa melihat siapa yang masuk ke dalam biliknya..
"Dah tahu tak sihat,makan jela..tak payah nak jual mahal"..Jawab Adam..Natasha terus mencelik matanya melihat Adam yang datang membawa dulang makanan padanya..
"Shaa tak lapar".
Natasha menjawab sepatah lalu memalingkan muka ke arah balkoni biliknya..
"Okey..Fine!..aku mintak maaf..aku tahu aku tak patut buat kau macam tu..Dah tu aku sakit hati tengok kau tinggikan suara macam tu kat Mak Jah..Dulu kau tak pernah cakap kasar macam tu dengan orang"
Adam berkata..Natasha hanya mendiamkan diri..dalam hati nya berkata
"lantak kau la..malas aku layan jantan macam kau ni..menyemak aje"..
tapi itu semua lebih kepada perasaan merajuk sebenarnya..Tapi malu nak mengaku!..
"Aku mintak maaf lah..Aku janji,nanti aku gantikan camera kau yang rosak tu dengan yang baru..nanti aku beli yang lagi mahal daripada tu..okey?.."pujuk Adam..
Natasha hanya mendiamkan diri..Malas hendak layan Adam..Adam sempat berkata kepada Natasha..
"makan makanan mama masak tu..Nanti aku naik aku nak tengok pinggan tu kosong...kalau pinggan tu tak kosong......"
Adam berhenti bersuara dan mendekatkan bibirnya pada telinga Natasha dan lalu berbisik..
"siap la aku kerjakan kau.,Aku rogol kau..nak?Ingat..Kau dan aku ni sekadar adik dan abang angkat..Tak ada pertalian darah.."
Natasha dapat rasa hembusan nafas Adam pada telinganya..Adam bangun dan keluar dari bilik Natasha..Tiba-tiba Natasha berasa seram sejuk dengan kata-kata Adam tadi lalu mengambil pinggan tersebut dan menghabiskan makanan itu...
Selepas setengah jam..Adam masuk kedalam bilik Natasha dengan muka yang selamba..Adam menghampiri Natasha dan melabuh duduk di birai katil..
"Haaa..macam ni la baru betul..dengar cakap"..
Adam berkata sambil mengambil pinggan yang telah kosong yang diletak oleh Natasha di atas meja kecil ditepi kepala katilnya itu lalu berjalan keluar dari bilik Natasha lalu ke dapur..
"Dah buang tebiat ke apa si Adam ni..Tetiba je baik..Tadi bukan main lagi marah-marah aku..Ni selamba je buat muka tak bersalah..menyampah betul aku".
Natasha mengomel sendirian..Tetiba Adam datang kembali dengan membawa 2 biji panadol dan segelas air suam...
"Nahhh! Ambik panadol ni makan..kalau tak makan ubat,bila lagi kepala bengap kau tu nak sembuh.."Adam bersuara..Natasha terus mendegus mendengar kata-kata Adam itu..
"Ishhhh..Shaa tahu lah..Shaa bukan budak-budak lagi.."
Sebenarnya Adam bersikap kasar pada Natasha bersebab..Entah mengapa selepas Natasha dan ayahnya kemalangan 5 tahun dulu,ada terbit perasaan sayang terhadap Natasha..Dia sendiri juga tidak tahu perasaan apa yang dia lalui itu..
Untuk mengelakkan daripada terus seperti itu,Adam mengambil tindakan untuk berkasar dengan Natasha dan menggunakan peristiwa kemalangan itu sebagai alasannya..Sebaliknya,dia ingin menutup perasaan sayang dan cinta pada Natasha..Kerana dia berfikir Papa dan mamanya akan menentang sekiranya mengetahui perkara yang dia rasakan itu.....
YOU ARE READING
KEMBALIKAN SENYUMANMU PADAKU✔️
Romansa[Complete✔️] Satu kemalangan yang melibatkan Datuk Khalid dan Natasha menyebabkan Adam mula membenci Natasha..Bagi Adam,Natasha adalah punca Datuk Khalid kehilangan tempurung lututnya.. Dalam masa yang sama,Adam sebenarnya sengaja membenci Natasha k...