Bab 34

18K 246 3
                                    

Natasha melangkah masuk ke Jaya Holding dengan senyuman yang manis..Natasha mengenakan baju kurung moden yang berwarna biru muda itu kelihatan cantik sekali..

"Hai..Pakcik dan makcik Onion.."

Natasha menegur kawan baiknya itu..Siapa lagi kalau tak bukan Rafiq,Linda dan Fiza..

"Wah-wah...Setelah sekian lama kau di Singapore..Akhirnya pulang juga ke pangkuan kami ye.."

"Hahahahaah..Alah..Rindu aku cakap jela.."

Natasha sempat menjawab gurauan Linda dengan muka yang nakal..Natasha meletakkan handbagnya lalu melabuhkan duduk di kerusi kerja miliknya itu..Natasha memusingkan kerusinya mengadap ke arah Linda..

"So,Sepanjang aku tak ada ni ada gosip best-best tak"

"Ada!..Sepanjang kau tak ada ni,boleh tahan jugaklah kerja kau yang aku kena hadap.."

Tiba-tiba Fiza yang dari tadi mendiamkan diri menghulurkan kepalanya disebalik dinding kecil yang memisahkan antara mereka berempat itu menjawab soalan yang diajukan oleh Natasha itu sambil menjeling maut...Natasha yang mendengar jawapan Fiza terus ketawa kecil..

"Alah..Berkiralah kau ni Fiza!"

"Aku tak kira,Kau kena belanja aku makan..sebab aku dah tolong settlekan kerja kau kan"

"Yela-yela..Nanti aku belanja kau makan okey"

Natasha mengalah dengan Fiza itu berkata dan mengangkat ibu jari miliknya menunggu jawapan dari Fiza itu..

"Okey..Cun!"

"Takkan Fiza je..Aku dengan Linda kau taknak belanja sekali ke Shaa?"

Rafiq mula muncul apabila mendengar perkataan belanja..Yelakan ...Bukan selalu boleh pau orang ni.,So Rafiq cuba la dulu kot-kot umpannya tersangkut..

"Yela-yala..Nanti aku belanja korang bertiga ye..Dah sambung kerja..Kang aku report dekat abang aku baru padan muka korang bertiga"

"Dah pandai ugut kita sekarang"

Linda mencuit Fiza dan Rafiq lalu dijeling Natasha dengan muka yang entah apa-apa..Natasha hanya tergelak melihat reaksi wajah kawan-kawannya itu..Mereka bertiga memang tidak pernah mengecewakan Natasha..

"Eh Shaa..Kau pergi dengan Encik Adam ea ke Singapore?"...

Linda sekali lagi bertanyakan soalan pada Natasha sambil memalingkan mukanya ke arah Natasha..Natasha yang mendengar soalan Linda terus berubah wajah tetapi sempat dikawal riak wajahnya yang terkejut itu..

"Ehh..Tak adalah..Aku pergi sorang je...Kenapa kau tanya ?"...

"Tak ada lah..Sepanjang kau ke Singapore tu,Encik Adam langsung tak masuk office..Aku ingatkan kau pergi Singapore bersama  Encik Adam.."

Fiza dan Rafiq yang mendengar soalan yang diajukan oleh Linda itu terus mengangguk-anggukkan kepalanya menandakan setuju dengan soalan Linda itu..

"Kau tahu Shaa,Sepanjang kau dengan Encik Adam tak ada,Bingit telinga aku ni haa..Duk dengar si Sofea tu datang terpekek terlolong dekat sini..."

Rafiq pula memulakan cerita..Haishhh..Suka betul mereka bertiga ni bergosip!

Natasha yang sedang mengadap komputer terus memandang Rafiq dengan riak wajah yang pelik..

"Aikk..Si Sofea buat apa dekat sini?..."Natasha menyoal dengan muka yang pelik sehingga berkerut dahinya..

"Kau ni kalau aku cakap kau bengap kau marah..Dah sah-sah la si Sofea datang cari Encik Adam...Bila tahu kau pun tak ada dekat office lagi meroyan la minah tu..."

"Ohh..Sebab tu..Aku tak tahu pulak Abang aku tak masuk office sepanjang aku tak ada ni..Mungkin abang aku kena outstation kot.."

Natasha kembali mengadap komputernya itu sambil jarinya lincah menekan papan kekunci itu..Fiza yang dari tadi hanya diam kembali bersuara..

"Shaa aku nak tanya kau something boleh?.."

"Ermm..Tanyalah"..

Natasha menjawab sepatah..Matanya masih lagi tertumpu kepada skrin komputer sambil jarinya lincah menekan papan kekunci..

"Kenapa si Sofea tu anti sangat eh dengan kau?..Dia punya anti dengan kau macam kau dengan Encik Adam ada hubungan lain selain daripada status korang yang satu family tu..."

Natasha yang mendengar soalan Fiza terus menelan air liur..Terasa kesat dikerongkongnya..Natasha sendiri bimbang untunk menjawab soalan Fiza itu kerana bimbang rahsia dirinya dan juga Adam akan bocor..Natasha berhenti menaip..Satu keluhan berat dilepaskan...

"Tah la Fiza..Aku sendiri pun tak tahu kenapa si Sofea tu benci sangat pada aku..Dahlah ..Banyak soal lah kau ni..Aku report dekat abang aku kang!..

Hishhh..Ugut orang aje kerja kau ye?..Fiza menjeling ke arah Natasha..Natasha sempat menjelir pada Fiza sebelum menyambung kembali kerjanya itu..Rafiq dan Linda hanya ketawa kecil melihat telatah Natasha dan Fiza itu..
                             ***

Tuk..Tukk

"Masuk"

Lisa melangkah masuk ke pejabat Adam dengan membawa beberapa fail di tangannya lalu menyerahkan kepada Adam...Tidak sampai beberapa saat,fail tersebut telah pun bertukar tangan..Adam mula menyemak fail-fail tersebut dengan teliti..

"Apa jadual saya untuk hari ni?"

"Jam 10 pagi nanti,Encik Adam perlu attend meeting dengan company CSL dari China di Putrajaya..Pukul 3 petang pula Encik Adam ada temujanji dengan client  dari syarikat Azizan dan mereka nak Encik Adam berbincang dengannya secara santai di starbucks...Itu saja Encik.."

Lisa menerangkan jadual kepada Adam..Adam mengangguk-anggukkan kepalanya sambil tangan kanannya masih memegang pen..

"Okey..Awak boleh keluar sekarang"

Lisa melangkah keluar dari bilik Adam..Adam pula kembali tunduk memandang fail-fail yang masih bertimbun di atas mejanya itu..

Kringggg..Kringgg..

Adam yang sedang menyemak fail yang bertimbun di atas meja itu segera memandang telefonnya yang sedang berdering itu..Adam meletakkan pennya di sisi fail lalu memegang telefonnya sambil memerhati nama pemanggil tersebut..

"Sofea"

Adam segera meluncur icon merah menandakan Adam menolak panggilan tersebut..Tidak sampai beberapa saat..Telefon Adam berdering sekali lagi..Adam mengeluh berat lalu icon ijau diluncur ke kanan..

"Kau nak apa sofea!?"

"Adam..You dekat mana..I miss you so much sayang..I pergi office you,you tak ada..you pergi........."

Belum sempat Sofea habiskan kata-kata,Adam telah pun mematikan panggilan..
                           ***

Arghhhhh!!

"Bodoh!..Tak guna punya jantan..Aku sayang kau tapi macam ni balasan kau dekat aku..Kau tunggu..."

Sofea yang berada di dalam bilik sebuah flat yang disewa itu bermonolog dengan dirinya sendiri dengan senyuman yang penuh dengan makna..Setelah dihalau oleh Datuk Farid,Sofea kehilangan sumber..Mujur papanya masih belum membekukan lagi akaun wangnya..Jadi Sofea bergantung dengan duit itu saja untuk menyara dirinya dan anaknya iaitu Rayyan..

Sofea berdiri lalu mendekati meja solek,mukanya dibelai sambil tersenyum..Lalu Sofea berjalan keluar menuju ke ruang tamu..

"Sabar ye Rayyan..Papa hanya milik mama and Rayyan saja..Kita akan hidup bahagia nanti..Rayyan jangan bimbang okey"

Sofea membelai rambut anaknya yang sedang lena di atas sofa itu..Senyuman di bibirnya masih tidak hilang..Senyuman yang penuh dengan makna..

KEMBALIKAN SENYUMANMU PADAKU✔️Where stories live. Discover now