Bab 40

17.3K 259 0
                                    

FLASHBACK!

Puan Munirah memanggil 2 orang anak buahnya itu dan meminta tolong supaya menghantar Natasha ke bilik rehat..Tubuh kecil Natasha diangkat oleh 2 orang anak yatim perempuan itu dan dibawa masuk ke dalam bilik rehat yang disediakan di rumah anak yatim itu..

Puan Munirah mencapai telefon yang berada di atas rak kecil itu lalu mendail nombor telefon Doktor Zarina..Doktor Zarina merupakan doktor yang telah ditempah khas untuk  anak-anak yatim Aman itu..Jadi memandangkan Natasha sedang berada di rumah anak yatim itu,Puan Munirah tidak menghantar Natasha ke hospital yang berdekatan..

Setelah setengah jam menunggu..Akhirnya doktor Zarina telah pun sampai di rumah anak yatim itu..Doktor Zarina terus memeriksa Natasha yang sedang terlantar di atas katil bilik rehat itu setelah Puan Munirah menceritakan hal yang terjadi sebentar tadi..Puan Munirah mundar-mandir sambil menunggu keputusan pemeriksaan   Natasha..

Sesekali Puan Munirah menjenguk ke arah Natasha yang sedang diperiksa oleh Doktor Zarina itu..Puan Munirah betul-betul bimbang apabila melihat Natasha tiba-tiba tumbang ketika menghidupkan bara api untuk memanggang ikan sebentar tadi..
                           ***

"Macam mana dengan keadaan Natasha Cik Zarina?"..

Puan Munirah bertanya keadaan Natasha pada doktor Zarina..Doktor Zarina sedang mengemas barang itu terus tersenyum kepada Puan Munirah..

"Alhamdulillah..Puan Natasha tak apa-apa..Dia hanya perlu berehat buat masa ini..Lagipun kandungannya masih awal..So,Puan Natasha tidak digalakkan melakukan kerja-kerja yang berat ye Puan Munirah.."

Doktor Zarina menerangkan kepada Puan Munirah..Puan Munirah bagaikan disambar petir apabila mendengar kata-kata doktor Zarina sebentar tadi..Puan Munirah sangat terkejut..Setahunya Natasha masih lagi anak dara dan tidak pernah berkahwin..Jadi macam mana Natasha boleh mengandung..

Lamunan Puan Munirah terhenti apabila doktor Zarina memanggil namanya kerana ingin meminta diri..Puan Munirah terus tersenyum kepada doktor Zarina dan menghulurkan tangannya untuk bersalam sebelum mengucapkan terima kasih kepada doktor Zarina..

Puan Munirah bercadang untuk memaklumkan hal tersebut kepada Datin Aida dan Datuk Khalid..Tetapi niat Puan Munirah terbantut kerana terfikirkan nasib Natasha sekiranya Datuk Khalid dan Datin Aida mengetahui hal ini..Jadi,Puan Munirah lebih memilih untuk bertanyakan dahulu kepada Natasha mengenai hal tersebut..
***

Natasha yang baru saja tersedar itu menbuka matanya dan mendapati bahawa dirinya sudah terlantar di atas katil..Natasha memegang kepalanya yang sudah beransur hilang sedikit pening itu dan cuba untuk bangun..Tiba-tiba uminya datang dan menghalang Natasha daripada bangun..Natasha langsung tidak menyedari yang Puan Munirah duduk di kerusi yang disediakan bersebelahan saja dengan katil yang menempatkan dirinya terbaring itu..Mata Puan Munirah memandang tepat ke arah Natasha sehingga membuatkan Natasha tidak selesa...

Puan Munirah bangun dari duduknya dan melabuh duduk di birai katil Natasha..Natasha hanya memandang Puan Munirah tanpa suara..Terdengar satu keluhan berat yang dihembus oleh Puan Munirah..Puan Munirah tertunduk..Tangan mulus Natasha digenggam erat..Natasha hanya memandang Puan Munirah tanpa suara..

"Shaa ada sembunyikan sesuatu dari umi ke sayang?"

Puan Munirah menyoal Natasha dengan lembut sekali..Dia tidak mahu menggunakan kekerasan untuk memaksa Natasha menjawab soalannya..Matanya redup memandang Natasha dan membuatkan Natasha berasa serba-salah..

"Tak ada umi..Shaa tak ada sembunyikan apa-apa dari umi.."

Natasha membalas genggaman Puan Munirah dan menjawab soalan yang ditanya oleh Puan Munirah tadi..Puan Munirah sekali lagi menghela nafas yang kuat..

"Habis tu anak siapa yang Shaa kandungkan tu.."

Natasha terus terkaku apabila mendengar soalan yang diajukan oleh Puan Munirah itu..Dunianya terasa seakan-akan gelap apabila Puan Munirah bertanya..Natasha memandang Puan Munirah dengan muka yang serba salah..

"Apa maksud umi?..Shaa tak faham.."

Natasha bertanya kembali kepada uminya dengan suara yang tersekat-sekat..Natasha sebenarnya takut dengan renungan Puan Munirah..Walaupun renungannya redup,Tapi sinaran matanya membuatkan Natasha jadi gelisah..

"Huhh..Shaa..Tadi doktor yang memeriksa Shaa bagitahu umi yang Shaa tengah mengandung dan kandungan Shaa masih diperingkat awal..Tolong bagitahu umi apa yang terjadi dan siapa ayah kepada anak yang Shaa kandungkan ni.."

Satu keluhan keluar dari mulut Puan Munirah..Puan Munirah masih lagi memandang Natasha dan menunggu jawapan dari Natasha..Natasha juga buntu..Tiba-tiba Natasha teringatkan sesuatu..

"Masa Adam culik aku,aku tengah period..Dalam minggu tu jugak aku habis period..Minggu kedua tu........Alamak..Macam mana aku boleh tak perasan ni...."

Natasha yang sedang bermonolog dengan dirinya itu tersedar apabila mendengar suara Puan Munirah memanggil namanya  sebanyak 4 kali..Natasha terus mendongak dan memandang Puan Munirah dengan muka yang bersalah..

"Shaa..Bagitahu umi..Tolong cerita dekat umi..."

Apabila mendengar suara Puan Munirah yang seakan-akan merayu itu terus membuatkan Natasha tertunduk..Jari tangannya dipandang sepi..Natasha sendiri tidak tahu dari mana dia hendak membuka ceritanya itu..
                               ***

"Abang Adam...Kandungan ni kepunyaan Adamm.."

Natasha menjawab dengan perlahan tapi masih lagi mampu didengari oleh Puan Munirah..Natasha masih lagi tunduk tidak berani untuk memandang Puan Munirah..

"Astafirullahalazim...Kenapa Shaa tak bagitahu dekat mama dan papa Shaa tentang perbuatan Adam ni Shaa..Ya Allah..Kenapa Adam buat Shaa macam ni"

Puan Munirah yang mendengar jawapan Natasha segera beristifar dek kerana terkejut dengan jawapan Natasha..Setahu Puan Munirah,Adam seorang anak lelaki yang baik dan mendengar cakap orang tuanya..Tetapi kenapa Adam sanggup buat Natasha seperti ini..

"Tak umi..Takk..Abang Adam tak salah..Anak ni adalah hasil daripada hubungan yang sah umi..Benih ni benih halal umi.."

Natasha menggeleng-gelengkan kepalanya..Air matanya sudah mula menitis dipipi mulusnya itu..Natasha mendongak dan memandang wajah Puan Munirah lalu diceritakan hal yang sebenar..Natasha juga mengaku yang sudah bernikah dengan Adam tanpa pengetahuan Datuk Khalid dan Datin Munirah..Puan Munirah juga lega apabila mendengar cerita yang diceritakan oleh Natasha kepadanya..Sekurang- kurangnya anak itu bukanlah hasil dari benih yang haram..

"Umi..Tolong simpan rahsia ni..Buat masa ni Shaa tak nak lagi orang tahu mengenai status Shaa.."

Natasha sempat berpesan kepada Puan Munirah..Puan Munirah memegang bahu Natasha lalu menghadiahkan senyuman yang manis kepada Natasha..Puan Munirah juga mengangguk-anggukkan kepalanya menandakan memahami kata-kata Natasha tadi...
                           ***

KEMBALIKAN SENYUMANMU PADAKU✔️Where stories live. Discover now