Bab 32

18.8K 267 2
                                    

"Berapa Adam bayar pakcik untuk bagitahu semua ni?"

Natasha menyoal dalam nada yang sinis..Dia juga memandang pakcik Hadi dengan pandangan orang yang sedang memerli..

"Huh..Nak...Pakcik tak tipu..Adam tak upah pakcik untuk bagitahu semua ni pada kamu nak..Pakcik kenal Adam tu macam mana..Pakcik sendiri yang nak bagitahu pada kamu..Pakcik bagitahu kamu apa yang pakcik nampak..Demi Allah pakcik tak tipu dan Adam memang benar-benar tidak mengupah pakcik untuk luah semua ni"

Pakcik Hadi mengeluh dan menjelaskan kepada Natasha..Tiba-tiba timbul rasa kesal di hati Natasha kerana bercakap tidak mikirkan perasaan orang lain..

"Huh..Pakcik bawak keluar dulu makanan ni..Sekarang ni saya nak pakcik bagitahu Adam yang saya nak dia masuk ke bilik ni sekarang"

Natasha memberitahu kepada pakcik Hadi supaya menyuruh Adam datang ke bilik kurungannya itu..Semasa pakcik Hadi melangkah untuk keluar dari bilik tersebut..Natasha sempat memanggil pakcik Hadi..Pakcik Hadi berpaling memandang ke arah Natasha..

"Pakcik...Saya mintak maaf sebab dah berkasar dengan pakcik.."

"Tak pe nak..Pakcik faham..Kalau pakcik jadi kamu pun pakcik tak dapat kawal perasaan pakcik...Tapi pakcik yakin..Ada sebab Adam buat semua ni..Selesailah masalah elok-elok.."

Pakcik Hadi tersenyum lalu keluar dari bilik tersebut sambil membawa keluar dulang makanan yang dibawa masuk olehnya tadi..
                           ***

Adam melangkah masuk ke dalam bilik kurungan Natasha dengan muka yang lesu..Muka orang yang telah berputus asa..Natasha hanya memandang muka Adam..Adam berjalan ke arah Natasha dan melabuh duduk di tepi katil..Adam memandang Natasha tanpa sepatah kata..Hanya pandangan kosong..Apabila melihat Adam seperti itu,hati Natasha diserbu rasa bersalah..

"Kenapa Abang tak makan lagi"

Natasha mula bersuara kepada Adam..Adam hanya tersenyum pahit..Soalan Natasha dibiar sepi..Lalu Adam menundukkan mukanya dan memandang kakinya yang berada di atas karpet itu..

Natasha terus mendekatkan dirinya pada Adam..Kedua belah pipi Adam dipegang dan digosok dengan kedua ibu jarinya..Adam yang terkejut dengan tindakan Natasha terus mengangkat mukanya dan memandang Natasha dengan muka yang kebingungan..Natasha yang melihat muka Adam yang kebingungan itu terus tersenyum..Cantik dan manis sekali!

"Abang Adam tolong sediakan keperluan Sha..Sha nak bersihkan diri Sha..Dah 2 hari Shaa tak mandi..Cuba abang tengok cadar ni..Dah kotor..Shaa janji,lepas mandi Sha kiss abang and makan...Okey?"

Natasha memberitahu Adam sambil menunjukkan kepada Adam cadar yang telah kotor dengan darah itu..Mana muncul darah tu?..Sebenarnya Natasha sedang period..Memandangkan sudah 2 hari Natasha tidak mandi,itulah sebabnya cadar katil itu kotor..Adam yang mendengar kata-kata Natasha terus memandang ke arah cadar dimana tempat Natasha duduk..Barulah Adam perasan akan tompokan merah yang memenuhi cadar itu..Adam sempat tersenyum nakal pada Natasha sehingga membuat Natasha tertunduk..

"Abang mintak maaf sayang..Sayang tunggu sini kejap..Abang pergi masuk bilik utama kejap..Abang sediakan keperluan sayang sekejap ye..Janji tau nanti kiss abang.."

Adam memegang dagu Natasha dan mendongakkan kepala Natasha agar memandangnya..Adam tahu Natasha malu apabila dia membuat muka nakal seperti itu..Adam merapatkan bibirnya pada telinga Natasha dan berbisik

"Ruginya Abang xdapat ngap sayang..Abang rindu belaian sayang.."

Apabila mendengar kata-kata Adam..Muka Natasha terus merona merah..Lalu satu cubitan dihadiahkan dibahu Adam..Adam tergelak kuat apabila melihat reaksi Natasha itu..Terus Adam berlalu keluar dari bilik itu untuk mengambil keperluan Natasha..Natasha segera menutup mukanya dengan kedua belah tapak tangannya dek kerana malu dengan kata-kata Adam tadi..
***

Selepas setengah jam,Adam kembali masuk ke dalam bilik kurungan tersebut dengan membawa keperluan Natasha..Adam sempat menghadiahkan Natasha dengan senyuman yang nakal sehingga terserlah lesung pipinya..

"Nahh..Ni semua keperluan yang Shaa mintak tadi..Pergi bersihkan diri dulu..Dah lewat malam ni..Pergi la cepat.."

Natasha segera mengambil barang-barang keperluannya itu dari tangan Adam dan segera menuju ke bilik mandi..Adam melihat tingkah laku Natasha itu tersenyum senget sambil menggeleng-gelengkan kepalanya..Apabila Natasha hilang dari pandangan mata kerana bersihkan diri..Adam segera mencabut cadar yang telah kotor itu lalu dimasukkan ke dalam plastik untuk dihantar ke dobi..
***

Natasha yang sedang duduk di atas mangkuk tandas itu menilik pakaian yang diberi oleh Adam sebentar tadi..Dari pakaian dalam hingga ke pakaian tidur yang diberi oleh Adam ditilik satu persatu..Semua menepati setiap inci tubuh badannya..Ditilik pula tuala wanita yang berjenama Libress purple itu..Tuala wanita itu juga jenama kesukaannya!..

"Ishh abang Adam ni..Saiz underwear dengan bra aku pun dia tau..Tuala wanita kesukaan aku pun dia tahu jugak..Haishh..Seram betul la abang Adam ni.."...Natasha bermonolog di dalam hatinya.

Dah wife si Adam...Memang la dia tahu semuanya..Apalah kamu ni Natasha!
***

Natasha yang sudah lengkap dengan baju tidur itu keluar dari bilik mandi..Rambutnya yang basah dilap dengan tuala agar cepat kering..Matanya tertangkap ke arah Adam yang sedang memasang cadar baru itu..Natasha segera mendekati Adam dan membantu Adam memasang cadar tersebut..

"Siap!..Sha tunggu sini kejap..Abang ambikkan makanan untuk Shaa..Kesian Shaa lapar tak makan lagi.."

Natasha hanya mengangguk..Matanya menghantar gerak geri Adam sehingga bayang Adam hilang dari pandangannya..Tidak sampai 10 minit,Adam masuk ke dalam bilik tersebut dengan membawa pinggan yang berisi nasi goreng dan juga segelas jus oren..Adam melabuhkan duduk disisi Natasha itu..

"Nah..Buka mulut..Abang suapkan..Bismillahirahmannirohhim."

Adam menyuap nasi goreng itu ke mulut Natasha..Natasha hanya memandang Adam yang menyuap makanan ke dalam mulutnya..

"Abang..berhenti dari suap Shaa kejap"..

Sedang Adam menyuap makanan ke mulut Natasha,Tiba-tiba Natasha memegang tangan Adam dan menyuruh Adam berhenti menyuapnya makan..Muka Adam terus berubah menjadi cuak apabila Mendengar kata-kata Natasha..

"Kenapa sayang..Sayang masih marahkan abang ke?"

Tangan Natasha terus mengambil sudu yang berada ditangan Adam itu..Adam hanya memandang Natasha yang mengambil sudu dari tangannya itu..

"Tadi pakcik Hadi bagitahu Shaa yang abang dah 2 hari tak sentuh nasi disebabkan Shaa tak makan..Jadi Shaa nak abang makan sama-sama dengan Shaa..Nanti kalau tiba-tiba Abang sakit siapa nak jaga Shaa"

Natasha bersuara sambil tangannya ligat menyuap nasi goreng ke mulut Adam..Pada mulanya,Adam teragak-agak untuk membuka mulut..Setelah mendengar kata-kata Natasha,Adam terus tersenyum dan makan nasi goreng itu dengan berselera sekali..

"Erghhh"

Adam sendawa kuat dan tersenyum kepada Natasha..Natasha juga membalas senyuman Adam itu..Pinggan ditangan Natasha segera Natasha mengalihkannya dan meletakkan di atas meja kecil yang berada di tepi katil itu..

"Abang..meh sini kejap"

"Kenapa sayang?.."

"Alah..Banyak soal betullah abang ni..Meh la sini kejap"

Adam hanya mengikut arahan Natasha itu..Tiba tiba......

"Muaaahhhh"

Satu kuncupan hinggap di pipi Adam..Bulat mata Adam memandang ke arah Natasha..Natasha hanya tergelak kecil melihat reaksi Adam itu..

"Kan Shaa dah janji nak kiss abang..So,tu la kissnya.."

Sempat lagi Natasha menjelirkan lidahnya kepada Adam dengan mimik muka yang cute..

Adam tersenyum dan berkata..

"that's not the right kiss .. This is the right kiss...."

Adam menindih bibirnya pada bibir munggil Natasha itu dan menolak Natasha ke tengah katil...

KEMBALIKAN SENYUMANMU PADAKU✔️Where stories live. Discover now