Bab 46

18.5K 293 3
                                    

"Kenapa Adam tak beritahu perkara ni dari dulu lagi Adam.."

Datin Aida menyoal Adam kembali..Datin Aida benar-benar kecewa dengan sikap Adam dan Natasha yang sanggup menyimpan rahsia mengenai pernikahan mereka 4 tahun lalu..

"Adam terpaksa mama..Shaa yang mintak Adam rahsiakan hal tersebut..Lagi pun kami takut kalau mama dan papa akan pisahkan kami kalau mama dan papa tahu tentang perasaan kami"..

"Allahu..."

Datuk Khalid mengeluh lalu memejam sebentar matanya apabila mendengar jawapan dari Adam..Adam hanya tertunduk kaku..

Adam yang dari tadi melutut didepan Datuk Khalid dan Datin Aida itu berdiri semula dan berpaling memandang ke arah Linda,Rafiq dan Fiza..Mata Adam memandang tepat ke arah ketiga-tiga rakan Natasha itu..Satu keluhan kecil dihela oleh Adam..

"Linda,bagitahu saya macam mana Shaa boleh jatuh and  pengsan?"

Adam bersuara dan memandang tepat ke arah pekerjanya itu..Linda,Rafiq dan Fiza kelihatan begitu serba salah untuk menjawab..Apabila melihat kebisuan pada pekerjanya,Adam menyoal kembali pada Linda..

"Macam mana Shaa boleh jatuh masa lunch tadi Linda?"

Adam mula menyoal rakan-rakan Natasha itu dengan suara yang sedikit keras.Datuk Khalid dan Datin Aida hanya memerhati tingkah laku Adam itu..

"Sebenarnya,Shaa jatuh disebabkan Sofea..Sofea yang tolak Shaa masa lunch tadi.."

Rafiq menjawab dengan muka yang serba salah..Muka Adam terus bertukar bengis apabila mendengar jawapan Rafiq..Tangannya digenggam dan urat hijau di dahinya terserlah akibat menahan amarah..

"Tak guna!Aku dah agak..Ni mesti kerja si tak guna tu...Mama..Papa..Kalau mama and papa nak tahu,Haikal dilanggar pun berpunca dari Sofea..Sofea yang mengupah orang untuk melanggar Haikal.."

Adam memberitahu kebenaran kepada Datuk Khalid dan Datin Aida tentang apa yang telah dilakukan oleh Sofea..Datin Aida membulatkan matanya dan menutup mulutnya dengan telapak tangannya..Datuk Khalid juga menunjukkan riak wajah yang terkejut..

"Apa kamu cakap..Jadi semua tu dirancang oleh Sofea?"

"Ye pa..Semua tu angkara Sofea"

"Kita tak boleh biarkan perkara macam ni begitu aje..Nanti makin menjadi-jadi si Sofea tu.."

Datuk Khalid bersuara dengan matanya memandang tajam ke arah Adam..Adam membalas renungan Datuk Khalid dan mengganggukkan kepalanya menandakan tanda setuju..

"Papa jangan risau..Adam dah serahkan hal ni pada polis..Kes ni masih dalam siasatan.."Tambah Adam lagi..

"Ermm..Encik Adam..Datuk Khalid..."

Sedang Adam dan Datuk Khalid leka berbincang,mereka dikejutkan dengan suara Rafiq yang tiba-tiba menyeru nama Adam dan Datuk Khalid lalu jari telunjuknya menunjukkan ke arah tingkat atas iaitu di bilik Natasha..Semua orang yang berada di ruang tamu segera memandang ke arah yang ditunjukkan oleh Rafiq..

Kelihatan Natasha yang mukanya pucat sedang menghampiri tangga untuk turun ke ruang tamu..Adam melihat Natasha yang cuba untuk menuruni tangga itu segera bergerak menghampiri Natasha lalu memapah Natasha secara perlahan-lahan hingga ke tangga terakhir dan bergerak menuju ke arah sofa..Natasha melabuh duduk secara perlahan-lahan ditepi Datin Aida..

Kenapa semua muka serius sangat ni?

Natasha menyoal apabila melihat semua orang begitu serius..Natasha juga berasa hairan apabila melihat 3 ketul kawannya juga berada di ruang tamu rumah mama dan papanya..

"Ermm..Korang buat apa dekat sini?"

Natasha bertanya kepada kawan-kawannya dengan dahi sedikit berkerut..

"Tadi kan kau pengsan..So kita orang hantar kau balik rumah terus.."

Linda menerangkan kepada Natasha..Natasha yang mendengar jawapan Linda itu mengangguk-anggukan kepalanya sambil tangannya mengurut lembut dahinya..

"Datuk..Datin..Encik Adam...Shaa..Kita orang balik office dulu ye.."

Fiza,Linda dan Rafiq segera mengangkat punggung dan beredar dari rumah agam Datuk Khalid dan Datin Aida setelah melihat anggukan kepala Datuk Khalid..Mak Jah dan Haikal yang dari tadi berada di laman kolam terus masuk ke dalam rumah apabila melihat kawan-kawan Natasha yang sudah keluar dari rumah agam milik Datuk Khalid dan Datin Aida itu..

"Ibu..Ibu.."

Haikal berlari ke arah Natasha lalu memanjat naik ke atas riba Natasha..Natasha hanya tersenyum melihat tingkah laku Haikal lalu dahi Haikal dicium lembut..Adam yang melihat tingkah laku Haikal itu segera memanggil Haikal dan melarang Haikal untuk duduk diatas riba Natasha..

"Haikal..Meh sini..Duduk dekat ayah..Ibu tak sihat tu..Nanti ibu sakit lagi siapa susah?"

Haikal yang mendengar apa yang diberitahu Adam itu segera memandang wajah Natasha..Terus tangan kecil Haikal memegang pipi Natasha..Selepas memegang pipi Natasha,Haikal segera menuruni dari riba Natasha dan berlari ke arah Adam dan memanjat ke atas riba Adam pula..

"Shaa..Kenapa Shaa rahsiakan perkara ni dari pengetahuan mama and papa nak.."

Datin Aida tiba-tiba bersuara dan bertanya kepada Natasha..Natasha yang mendengar soalan mamanya mempamerkan muka yang kehairanan..

"Kenapa Shaa sembunyikan kepada kami tentang kandungan Shaa ni?"

Kali ini Datuk Khalid pula bersuara..Apabila mendengar soalan Datuk Khalid..Muka Natasha segera berubah menjadi cuak..Adam yang melihat Natasha yang sudah cuak mula bersuara..

"Sayang..Mama dan papa dah tahu mengenai status kita sebagai suami isteri dan juga Haikal ni anak kita...Kenapa Shaa rahsiakan dari abang mengenai Haikal?.."

Natasha yang mendengar jawapan yang diberi oleh Adam bagaikan disambar petir..Terus muka mama dan papanya dipandang..Lalu tangan tua mamanya dipegang..Natasha segera tertunduk..

"Mama...Papa..Maafkan Shaa sebab terlalu berahsia dengan mama and papa..Shaa...Shaa tak ada niat pun...."

Dah-dah..Benda dah jadi..Mama and papa tak marahkan Shaa..Mama dengan papa restu hubungan kamu berdua..

Kata-kata Natasha terhenti apabila Datin Aida mencelah..Natasha yang mendengar jawapan dari mulut mamanya itu terus mengangkat mukanya memandang Datin Aida dan Datuk Khalid dengan mata yang berkaca..Natasha berdiri dan terus tubuh mamanya didakap dengan erat..Adam yang melihat adegan itu hanya tersenyum bahagia..

Natasha segera melepaskan pelukan mamanya dan segera beralih ke arah Adam..Adam hanya memandang Natasha dengan senyuman yang manis..Natasha melutut di depan Adam lalu tangan Adam diraih dan dicium..

"Abang..Shaa mintak maaf..Shaa salah sebab dah rahsiakan status Haikal pada abang.."

Adam membelai kepala Natasha dengan lembut dan senyuman manis yang masih lagi tidak hilang dari bibirnya itu..

"Tak apa Shaa..Abang dah maafkan..Kita bina hidup baru ye sayang..Kita buka buku baru ye.."

Natasha terus membalas senyuman Adam..Datin Aida dan Datuk Khalid memandang antara satu sama lain terus terukir senyuman yang bahagia..

KEMBALIKAN SENYUMANMU PADAKU✔️Where stories live. Discover now