Bab 29

16.6K 248 1
                                    

"Adam!!..You tak dengar ke I panggil you!.."

Langkah Adam terhenti dan segera berpaling ke arah Sofea yang menyinga di belakangnya itu..

"Kau nak apa lagi..Tolong berhenti dari ganggu aku..Aku dah naik meluat la nak kena hadap drama kau!..."

Selepas selesai lunch tadi,Adam segera ke tapak pembinaan apabila mendapat laporan mengenai masalah yang dihadapi di tapak pembinaan di Klang..Tapi dia tidak menyangka pula yang Sofea mengikutinya dalam diam hingga ke sana..

"Tell me...apa hubungan you dengan betina tu Adam!"

Sofea menjerit ke arah muka Adam..Dia betul-betul bengang apabila melihat Adam dan Natasha keluar makan bersama tempoh hari..Sedangkan apabila dia cuba mengajak Adam untuk keluar bersama,Adam pasti akan menolak ajakannya mentah-mentah...

"Hey perempuan...Apa masalah kau hah!!...Kau siapa nak tahu pasal hubungan aku dan Natasha."

Adam mencengkam rahang Sofea dengan kuat sekali sehingga muka Sofea terus berubah menjadi kemerahan dek kerana kesakitan yang melampau..Sofea memegang pergelangan tangan Adam untuk mengurangkan cengkaman itu..Tetapi tidak berhasil..Apabila Adam melihat muka Sofea yang sudah kelihatan seperti tidak dapat menahan kesakitan,Adam segera melepaskan cengkamannya dan berlalu untuk pergi...

"Adam...please Adam..Jangan tinggalkan I..Jangan buat I macam ni..."

Langkah Adam tiba-tiba terhenti apabila Sofea memeluk Adam dengan erat dari belakang..Adam terus merentap tangan Sofea dan menolak Sofea hingga jatuh terjelopok ke tanah yang merah itu dengan muka yang sudah merona merah dan terserlah urat-urat hijau di dahinya akibat menahan amarahnya..

"Kau dengar sini baik-baik perempuan...Kalau aku dapat tahu kau cuba dekat or sakitkan Natasha lagi,Nahas kau aku kerjakan.."

Adam terus berlalu meninggalkan Sofea yang sudah jatuh terjelopok di atas tanah itu..Sofea bangun sambil menangis teresak-esak lalu berjalan masuk ke dalam kereta Mini Coopernya itu..Dia menghentak-hentak stereng keretanya dengan kedua-dua belah tangannya..
                           ***

"Paaaa....Tolong la paa..Tolong jangan buat Fea macam ni paaa"

Sofea menangis sambil memeluk kaki Datuk Farid..Datin Murni pula hanya membiarkan sahaja Sofea yang memeluk erat kaki Datuk Farid itu..Puas Datuk Farid menolak Sofea daripada terus menyentuhnya..Tapi Sofea masih tergantung pada kaki Datuk Farid..

"Berani kau jejak masuk ke dalam rumah aku!"

"Paaa..Fea ni anak papa..Jangan buat Fea macam ni paa"

"Aku tak ada anak tak guna macam kau..sanggup memalukan mak bapak sendiri!"

"Paaa..Tolong paa..Jangan buang Fea paa!!"

"Aku cakap jangan sentuh aku!.."

Datuk Farid menolak Sofea dengan kedua belah tangannya...Puas ditolak dengan tangan,ditolak pula sofea dengan kakinya...Apabila terlepas pautan di kaki Datuk Farid,Sofea cepat-cepat mencapai kembali kaki Datuk Farid..Makeupnya yang setebal 1kg itu langsung tidak dihiraukan walaupun telah comot disebabkan air mata itu...Rayyan yang sedang menangis akibat ketakutan melihat Sofea dilayan bagai anjing kurap itu jugak makin kuat tangisannya..

"Mama...Tolong Fea maa...Tolong Fea..."

Kini Sofea memeluk kaki Datin Murni pula..Datin Murni hanya kaku dan diam membisu..Datin Murni sendiri kecewa dengan perangai Sofea..Dulu Sofea ditatang bagai minyak yang penuh..Tidak pernah sedikit pun kurang rasa kasih dan sayangnya terhadap Sofea..Tapi lain pula balasan yang dibalas oleh Sofea..Arang juga yang diconteng dimuka mama dan papanya itu..

"Aku tak ada anak tak berguna macam kamu"

Datin Murni membalas dengan sepatah ayat dan menolak Sofea dari terus memegang kakinya lalu berlalu pergi meninggalkan Sofea yang masih teresak-esak di ruang tamu..

Datuk Farid menarik tangan Sofea dengan kuat lalu menolak Sofea keluar dari rumahnya..Rayyan juga sama..Ditolak keluar hingga jatuh tersungkur..Datuk Farid terus menghempas pintu rumah banglonya dengan kuat..

"Papa....Mama.....Sampai hati papa dan mama buat Fea macam ni..."

Sofea terus bangun dan mengetuk pintu rumah banglo milik Datuk Farid dan Datin Murni itu..Akhirnya Sofea gagahkan jua untuk berlalu pergi apabila ketukkannya tidak dilayan..Tangan kecil Rayyan dipimpin untuk masuk ke dalam perut kereta Mini Coopernya dan berlalu pergi...
***

Datin Murni yang sedang menangis di atas katil itu segera mendongak apabila terasa bahunya disentuh seseorang..

"Saya rindukan Fea sebenarnya bang.."

"Ye..Saya tahu Murni..Saya pun rindukan anak kita..Tapi kita perlu ajar dia Murni..Kalau tak sampai bila-bila Fea takkan berubah"

Terus tubuh gempal milik Datin Murni dipeluk oleh Datuk Farid..Tanpa sedari,air mata Datuk Farid juga turut gugur di pipi tuanya itu...

"Saya yakin Murni...Sampai satu masa,Fea akan berubah..Kita doa sama-sama ye sayang"

Datin Murni hanya mengangguk lesu apabila mendengar ucapan yang diluah oleh suaminya yang tercinta itu..Datin Murni segera menyapu air matanya dan menuju ke tandas untuk mengambil wuduk dan solat berjemaah bersama-sama Datuk Farid..Datin Murni betul-betul terasa sunyi..Hanya Sofea satu-satunya anak mereka..Datin Murni sendiri tidak percaya Sofea telah berubah..Setahunya,Sofea seorang yang mendengar kata..Mungkin ini silap mereka kerana terlampau menyayangi Sofea melebihi had..Sehingga anaknya itu sanggup memijak kepala mereka dan menconteng arang dimuka mereka..

KEMBALIKAN SENYUMANMU PADAKU✔️Where stories live. Discover now