Bab 39

15.8K 233 1
                                    

Natasha tersedar dari tidurnya dan menggosok perutnya yang sedang berkeroncong itu..Entah mengapa pagi-pagi hari lagi perutnya sudah menyanyi minta untuk diisi..Semalam Natasha teringat akan Puan Munirah yang sudah lama tidak berjumpa itu.. Jadi Natasha bercadang untuk untuk pergi ke rumah anak yatim Aman... Memandangkan hari ini juga hari minggu..Pada hari minggu saja masa untuk Natasha keluar sama ada jalan-jalan atau pun rehat di rumah..Tiba-tiba otak Natasha terlintas akan ikan panggang cicah air asam yang dibuat oleh uminya itu..Terus kecur air liurnya..Jadi,Natasha segera mencapai tuala dan berlalu ke bilik mandi..
                          ***

"Mama..Haikal mana?"..Shaa bangun tidur tadi,Haikal dah tak ada tepi Shaa.."

Natasha yang menuruni tangga segera bertanya pada mamanya yang berada di ruang tamu itu mengenai Haikal..Niatnya turun ke ruang tamu itu untuk siapkan Haikal untuk dibawa ke rumah anak-anak yatim iaitu rumah diman Puan Munirah tinggal..

"Tadi Haikal ikut Abang Adam kamu..Pergi mana tah 2 orang tu.."

Datin Aida menjawab soalan yang ditanya oleh Natasha sambil matanya masih lagi fokus ke arah majalah wanita yang dibacanya itu...Natasha yang mendengar jawapan mamanya hanya mengangguk-anggukkan kepalanya dan naik kembali ke biliknya untuk memakai tudung...

15 minit kemudian,Natasha menuruni tangga dan mencapai kunci kereta miliknya yang berada di atas meja..Datin Aida yang mendengar bunyi kunci itu terus berhenti membaca majalah dan segera memandang ke arah Natasha..

"Kamu nak ke mana ni Shaa"

"Shaa nak pergi rumah anak yatim Aman..Dah lama tak jenguk umi tu haa.."

"Kalau macam tu kirim salam lah dekat Puan Munirah tu..Mama pun dah lama tak jumpa umi kamu tu.."

Natasha tersenyum dan mengiyakan apa yang diberitahu oleh mamanya itu..Natasha segera melangkah masuk ke dalam perut keretanya..Tidak sampai 5 minit,kereta Natasha sudah pun hilang dari parking kereta rumah agam bilik Datuk Khalid dan Datin Aida itu..
                            ***

Natasha masuk ke dalam perkarangan rumah anak yatim itu.,Kelihatan Puan Munirah sedang menggembur tanah yang berada dalam pasu bunga itu bersama-sama beberapa anak yatim yang sedang menolongnya..Natasha yang berada dalam kereta melihat Puan Munirah dan anak yatim itu sambil tersenyum lalu Natasha segera melangkah keluar dari perut keretanya..

"Assalamualaikum umi.."

"Waalaikumussalam..Ya allah..Anak umi..Cantiknya Shaa..Dah bertudung sekarang.."

Puan munirah yang terkejut melihat Natasha itu segera menjawab salam dan memeluk Natasha dengan erat..Dipegang pipi gebu milik Natasha selepas membuka sarung tangan yang melekat pada tangannya itu seolah-olah tidak mempercayai bahawa Natasha sudah bertudung..Natasha hanya tersenyum melihat tingkah laku uminya itu..

"Kat luar ni panas la Shaa..Jom kita masuk dalam rumah..Yang lain boleh la ye berhenti..Dah panas ni.."

Puan Munirah memberitahu anak yatim yang lain supaya berhenti daripada gotong-royong..Puan Munirah terus menarik Natasha agar masuk ke dalam rumah memandangkan matahari sudah tegak di atas kepala mereka..Natasha hanya mengikut langkah Puan Munirah itu..

"Umi sihat?.."

Natasha menyoal Puan Munirah sambil berdiri disebelah Puan Munirah..Tangannya juga ligat mengambil gelas kaca lalu diletakkan di dalam dulang..Puan Munirah yang sedang membancuh air oren itu tersenyum mendengar soalan Natasha..Terus Puan Munirah menganggukkan kepalanya menandakan bahawa dirinya sihat-sihat saja..Natasha yang melihat reaksi Puan Munirah terus tersenyum manis..

"Bertambah cantik anak umi bila bertudung ni.."

Puan Munirah sempat memuji akan kecantikan Natasha..Natasha kelihatan lebih cantik bila bertudung..Dengan senyumannya yang manis mampu menggugat iman sesiapa sahaja yang memandangnya..

"Ishh..Umi ni..Ada-ada aje..Shaa biasa-biasa aje lah.."

Muka Natasha merona merah apabila dipuji oleh Puan Munirah itu..Puan Munirah tergelak kecik apabila melihat muka Natasha yang sudah merah bak tomato masak itu..

"Umi doakan Shaa tau..Agar terus istiqomah.."

Natasha menjawab sepatah sambil tersenyum..Natasha sendiri takut..Takut sekiranya dirinya tak mampu untuk terus berhijab..

"Insyaallah..Umi tahu susah untuk Shaa biasakan diri..Tapi umi yakin dengan anak umi ni..Anak umi ni mampu untuk terus beristiqomah..Apa yang penting..Berubah sebab Allah..Jangan dengar cakap orang yang boleh membinasakan kita.."

Natasha memeluk bahu Puan Munirah..Lalu pipi kedut Puan Munirah dicium lembut..Puan Munirah menggosok kepala Natasha yang beralaskan tudung itu..

"Umi..Ermm..Dah lama tak makan ikan panggang cicah air asam yang umi biasa buat tu..Umi buatkan untuk Shaa boleh?."

"Boleh sayang..Nanti umi buatkan untuk Shaa ye.."

Puan Munirah mengangkat air oren yang dibancuhnya tadi lalu dihidangkan di atas meja makan itu..Natasha sempat menolong Puan Munirah untuk mengangkat dulang yang berisi gelas kaca itu..Puan Munirah juga tersenyum apabila mendengar permintaan Natasha yang menyuruhnya untuk membuat ikan panggang cicah air asam itu..
***

Puan Munirah berdiri di depan singki sambil menyiang ikan lolong untuk dipanggang sebentar lagi..Natasha pula ligat menghiris bawang dan cili untuk dimasukkan ke dalam air asam..Selepas itu,Natasha pergi ke luar rumah pula menghidupkan api untuk memanggang ikan sebentar lagi..Apabila bara sudah menjadi,Natasha segera duduk mengcangkung sambil mengipas bara api..Sedang Natasha mengibas bara api itu,Tiba-tiba tangannya terhenti daripada mengipas bara api tu..Tangan kanannya diangkat lalu mengurut lembut dahinya yang licin itu..Entah mengapa kepalanya seakan-akan berpusing..Natasha bangun dari duduk mengcangkung itu..Ketika Natasha bangun,Dia tidak dapat mengawal dirinya  lalu terjatuh akibat terlalu pening..Natasha terdengar suara uminya yang memanggil namanya..Selepas dua tiga saat,dunia Natasha sudah pun gelap...
                            ***

Natasha menbuka matanya dan mendapati bahawa dirinya sudah terlantar di atas katil..Natasha memegang kepalanya itu dan cuba untuk bangun..Tiba-tiba uminya datang dan menghalang Natasha daripada bangun..Mata uminya memandang tepat ke arah Natasha sehingga membuatkan Natasha tidak selesa...

KEMBALIKAN SENYUMANMU PADAKU✔️Where stories live. Discover now