Sudah 2 minggu insiden yang memalukan Natasha berlalu...Sudah puas Adam cuba mendekati Natasha..Tapi Natasha masih menjauhkan dirinya daripada Adam..Adam juga tidak menyangka mereka boleh terserempak dengan Sofea ketika mereka keluar bersama..
"Huhhhh"
Natasha melepaskan satu keluhan yang kuat ..Tangannya memicit-micit dahinya sambil mata yang terpejam itu..Kepalanya disandar pada kerusi..."Kau kenapa ni Shaa"...Linda menoleh ke arah Natasha apabila terdengar keluhan berat Natasha itu...
"Taklah..Ni haaa..Encik Adam ni...Dia hantar aku untuk attend meeting dekat Singapore..Takkan aku nak tinggal Haikal dekat mama aku..Seganlah aku nak tinggal Haikal dekat mama.."ujar Natasha dengan muka yang mencuka itu
"Alah..apa yang susah..,Encik Adam kan abang kau...Pergi ajelah jumpa dia bagitahu kau takkan pergi"..
Kali ini Fiza pula yang menyampuk perbualan mereka..Linda dan Rafiq mengangguk-anggukkan kepala mereka apabila mendengar cadangan Fiza itu..Sebenarnya Natasha berasa malas untuk bersemuka dengan Adam..Dia masih belum bersedia untuk menatap wajah Adam..Entah mengapa tiap kali melihat wajah Adam..Hatinya mesti membara-bara dek kerana ingin marahkan Adam...
***Tuk..Tukk..
"Masuk"
Natasha melangkah masuk ke dalam bilik Adam dengan muka yang mencuka..Dia sengaja menghentak-hentak kakinya ketika masuk ke dalam bilik Adam agar Adam melihat tingkah-lakunya yang menunjukkan sebagai tanda protes itu.,Adam masih belum mengangkat mukanya..Matanya masih lagi tertacap pada fail yang sedang disemaknya itu...Natasha berdiri betul-betul dihadapan meja kerja Adam..Adam segera mendongak kepala melihat Natasha yang telah memamerkan muka tidak puas hati itu..
"Have a seat my dear"..
Adam sempat menyuruh Natasha untuk duduk..Dia langsung tidak menghiraukan muka Natasha yang mencuka itu..Natasha menarik kerusi lalu melabuhkan duduknya..Selepas beberapa minit menunggu Adam,Adam meletakkan kembali pennya di atas meja..Tangan kirinya bercantum dengan tangan kanannya..Lalu matanya terarah kepada Natasha...
"Kenapa tak bincang dulu dengan Shaa pasal meeting dekat Singapore tu?"
"Kenapa pulak kena bincang?"...
"Sememangnya perlu bincang dulu dengan Shaa..2 weeks abang Adam!..lama tahu tak.."
"Tak lama pun"
Adam menjawab dengan muka yang selamba..Makin berapi Natasha dibuatnya..Natasha menarik nafas yang panjang..Dia boleh gila kalau melayan si Adam ni!...
"2 minggu tu tak lama abang Adam cakap?..2 minggu tu bapak lamanya..Nanti siapa nak jaga Haikal?..Shaa taknak susahkan mama and papa.."
"Abang ada..Abang yang akan jaga nanti"
"No!...Shaa nak abang cancel or gantikan tempat Shaa dengan orang lain"
"No!..Abang takkan gantikan dengan siapa-siapa pun..Shaa yang akan pergi sana..Muktamad!."
Natasha mendengus lalu keluar dari bilik Adam..Pintu bilik Adam dihempas kuat..Sengaja menunjuk tanda protes..Ada juga segelintir mata-mata yang memandang Natasha menghempas pintu bilik Adam...Tetapi lain pula Adam...Adam hanya melihat dengan pandangan biasa..
***Lunch hari ini,mereka hanya memilih untuk makan di cafe syarikat sahaja..Malas untuk keluar katanya..Rafiq,Fiza dan Linda sudah duduk di meja yang disediakan..Mereka pergi ke cafe awal sedikit berbanding Natasha...Rafiq melihat Natasha yang baru sahaja masuk ke cafe itu terus memanggil Natasha dan melambai-lambai ke arah Natasha..Natasha tersenyum dan mengangguk mengerti..
Natasha memegang dulang berisi makanan yang diambil tadi dan berjalan perlahan ke arah kawan-kawannya..Sedang Natasha berjalan,dia terdengar beberapa orang pekerja Jaya Holding bercakap mengenainya..
"Kau tahu tadi,si Natasha tu memang betul-betul berani,Aku nampak dia hempas pintu bilik Encik Adam tadi"
"Dah kenapa si Natasha tu?..Ni mesti perangai macam si Sofea jugak kan"
"Maksud kau?"
"Yelakan..Sofea kan biasanya kalau Encik Adam tak layan,mesti dia keluar dari bilik Encik Adam sambil hempas pintu.."
Sekumpulan yang sedang bergosip itu terus diam apabila salah seorang dari mereka memberitahu akan kehadiran Natasha...Natasha berhenti berhampiran dengan meja mereka dan memandang muka seorang demi seorang..
"Kalau tak tahu cerita jangan nak mengata..Kerja duk mengata orang je..tepi kain sendiri yang terkena tahi kucing pun tak perasan!"
Hambik kau..setepek Natasha memberi "kata-kata cinta"..Natasha segera berlalu pergi dan sempat memberi satu jelingan maut kepada kelompok pekerja tadi..Terus diam seribu bahasa mereka semua...Tulah..Main-main lagi dengan Natasha Adriana....
"Eh Natasha,Kau bual apa dengan mereka tadi,Ketat aje muka aku tengok.."
Linda menyoal Natasha apabila Natasha sampai di tempat mereka makan itu.,Natasha menarik kerusi dan melabuh duduk..
"Tak bual apa-apa yang penting pun..Saja tanya khabar mereka"
Natasha menipu kawan-kawannya..Hatinya sebenarnya masih lagi membara mengingatkan kata-kata yang keluar dari mulut pekerja itu tadi..Kalau ikutkan hatinya,Nak saja dicili-cilikan mulut mereka semua..Sibuk jaga tepi kain orang..Menyampah!...
"Macam mana tadi jumpa Encik Adam?"
Natasha sekali lagi mengeluh..Tangannya masih lagi menyuap makanan ke mulut..Cara makannya kelihatan seorang yang kelaparan..Biasalah kaum wanita,Stress je,terus makanan yang dicarinya..
"Dia tetap nak aku yang pergi ke Singapore tu"...Jawab Natasha sepatah
YOU ARE READING
KEMBALIKAN SENYUMANMU PADAKU✔️
Romance[Complete✔️] Satu kemalangan yang melibatkan Datuk Khalid dan Natasha menyebabkan Adam mula membenci Natasha..Bagi Adam,Natasha adalah punca Datuk Khalid kehilangan tempurung lututnya.. Dalam masa yang sama,Adam sebenarnya sengaja membenci Natasha k...