Bab 41

17.1K 274 4
                                    

Sudah seminggu peristiwa yang menimpa Natasha di rumah anak yatim itu berlalu..Natasha masih lagi merahsiakan hal mengenai kandungannya daripada Datuk Khalid dan Datin Aida..Mahupun Adam..Hanya Natasha dan Puan Munirah yang mengetahui hal tersebut.. Natasha juga bernasib baik kerana dia tidak menghadapi sebarang alahan sepanjang kandungan keduanya ini..Tapi Natasha juga mempunyai nafsu makan yang tinggi sejak mengandung ini..

Natasha yang sedang menghadap komputer itu menyandar pada kerusi kerjanya..Lehernya digosok dan diurut lembut sambil mata yang tertutup..Sejak Natasha mengandung ini,badannya mudah terasa letih dan sengal tulang..

"Kau okey tak ni Shaa?"

Linda yang perasan akan Natasha yang sedang mengurut lembut lehernya itu bertanya pada Natasha..Natasha segera membuka matanya dan memandang ke arah Linda...

"Aku okey aje..Cuma letih sikit..Dah dari tadi duduk hadap komputer ni haa"..

Natasha menjawab soalan Linda dengan tangannya masih lagi mengurut belakang lehernya..Sedang Natasha mengurut lembut lehernya..Kedengaran iphone 8 milik Natasha berdering..Natasha mengambil iphone 8 nya dan melihat nama si pemanggil..Satu senyuman meniti di bibir Natasha lalu icon hijau segera ditekan..

Hello..Waalaikumusalam papa..Apa!!!!

Senyuman Natasha segera hilang apabila mengangkat panggilan itu..Menggeletar tangan Natasha..Beberapa saat selepas itu,Natasha meletakkan kembali iphone 8 nya itu di atas meja kerjanya..Natasha segera berdiri dan berlari meluru ke arah bilik Adam..Linda yang belum sempat bertanya itu hanya terpinga-pinga melihat Natasha yang tiba-tiba meluru ke arah bilik Adam..Begitu juga Fiza dan Rafiq..Masing-masing memandang antara satu lain..Linda yang melihat Fiza dan Rafiq memandangnya itu segera mengangkat bahu menandakan dirinya juga tidak tahu mengapa...
                                ***

Abang!!..

Natasha melangkah masuk ke dalam bilik Adam dengan air mata yang bergelinangan..Adam yang sedang menyemak fail itu terus terhenti apabila melihat Natasha yang menangis secara tiba-tiba di depannya itu..

"Sayang..Kenapa ni?..Kenapa menangis ni sayang?..Bagitahu abang kenapa.."

Adam segera bangun dari kerusi kerjanya lalu menghampiri Natasha yang sedang menangis itu..Hatinya begitu sakit apabila melihat Natasha menangis..

"Haikal..Haikal masuk hospital.."

Adam bagaikan hilang kata-kata apabila mendengar apa yang diberitahu oleh Natasha...Tangan Natasha segera ditarik keluar oleh Adam..Fail di atas mejanya dibiar begitu saja..

"Lisa,Tolong cancelkan semua meeting yang ada pada hari ni..Saya ada emergency case.."

Adam berhenti di depan meja Lisa dan menyuruh Lisa membatalkan semua meetingnya pada hari ini..Lisa yang terpinga-pinga itu belum sempat bertanya apa-apa itu hanya mengangguk-anggukkan kepalanya..
***

Adam yang sedang memandu itu sesekali mengerling ke arah Natasha yang sedang menangis itu..Sudah puas dipujuk..Tapi Natasha masih lagi tidak berhenti menangis..

"Sayang..Cuba bagitahu abang apa yang terjadi sebenarnya.."

"Tadi papa call..Papa bagitahu masa papa sampai dekat taska Haikal,papa nampak orang ramai dekat tepi jalan..Jadi papa turunlah tengok..Bila papa tengok,budak yang terbaring atas jalan itu Haikal...Ada orang yang langgar Haikal lepas tu lari."

Natasha menjelaskan kepada Adam sambil tangannya mengesat air matanya dengan tisu..Merah muka Natasha akibat menangis..Adam segera memegang tangan Natasha..

"Jangan bimbang sayang..Insyaallah Haikal takkan apa-apa..Dah..Jangan menangis lagi.."

Adam menenangkan Natasha yang sedang teresak-esak itu..Natasha terus memandang wajah Adam apabila tangan Adam memegang erat tangan Natasha..Natasha hanya mengangguk lemah pada Adam..Saat itu,Natasha tidak ada kekuatan untuk bergaduh dengan Adam..Kepalanya segera dilentokkan di bahu Adam..Adam sempat memcium lembut kepala Natasha yang beralaskan tudung bawal itu..
                            ***

Setelah 20 minit perjalanan Adam dan Natasha dari Jaya Holding ke Hospital Pantai..Akhirnya mereka telah pun sampai ke Hospital Pantai..Natasha segera berlari masuk ke pintu utama hospital tersebut..

"Maaf ya..Boleh saya tahu pesakit yang bernama Muhammad Daniel Haikal berada di mana sekarang?"

"Sekejap ye puan...Pesakit berada di wad ICU sekarang ye puan.,ICU ditingkat 1..."

Setelah mendengar jawapan penyambut tetamu itu,Natasha segera berlari dan masuk ke dalam lif..Manakala Adam hanya mengekori Natasha dari belakang..Pintu lif terbuka..Natasha berlari mendapatkan mama dan papanya setelah melihat mama dan papanya yang berada di luar wad ICU itu..

"Mama..Papa..Macam mana dengan Haikal?.."

Belum sempat Datuk Khalid dan Datin Aida menjawab..Pintu sliding door wad ICU terbuka dan seorang doktor lelaki telah keluar dari wad tersebut..

"Macam mana dengan keadaan Haikal doc?.."

Adam menghampiri doktor itu lalu bertanyakan keadaan Haikal..Doktor lelaki itu dikenali sebagai doktor Azman..Doktor Azman juga merupakan doktor keluarga kepada Datuk Khalid dan  keluarganya..

Haikal banyak kehilangan darah dan dia memerlukan penderma darah.."

"Kalau macam tu saya akan derma darah untuk Haikal.."

Datuk Khalid yang mendengar kata-kata doktor Azman itu terus memotong dan menyuruh doktor untuk mengambil darahnya untuk didermakan kepada Haikal..Natasha masih lagi menangis di sisi Datin Aida..Begitu juga dengan Datin Aida..Hidung dan matanya sudah merah dek kerana terlalu banyak menangis

"Kalau macam tu saya memerlukan document mengenai Haikal..Boleh sediakan untuk kami?..Datuk Khalid boleh ikut saya untuk pemeriksaan darah dulu ye.."

Selepas mengetahui tentang keadaan Haikal,Datuk Khalid segera mengikuti Doktor Azman untuk membuat ujian darah..Adam segera menghampiri Natasha yang sedang menangis di bangku menunggu diluar wad ICU itu....

"Shaa..Semua document melibatkan Haikal Shaa simpan dimana?..Bagitahu Abang..Abang nak pergi ambil.."

Adam menanyakan Natasha mengenai dokumen mengenai Haikal..Natasha yang sedang duduk di atas kerusi menunggu itu segera memandang ke arah Adam..

"Abang Adam masuk dalam bilik Shaa..Dokumen tu ada dalam laci meja solek Shaa..Laci belah kiri.."

Selepas mendengar kata-kata Natasha,Adam segera berlari ke arah keretanya..Adam masuk ke dalam perut keretanya terus ditekan rapat pedal minyak keretanya...
                           ***

Adam melangkah masuk ke dalam bilik Natasha dan segera membuka laci di sebelah kiri yang dikatakan oleh Natasha...Semasa membuka laci tersebut,dokumen tersebut berada di dalam fail yang berwarna hitam..Adam mencapai dan terus berlari menuruni tangga dan masuk ke dalam perut keretanya..

Fail hitam itu diletakkan di atas kerusi sebelahnya itu..Pada mulanya tangan Adam mahu memasukkan gear..Tetapi terhenti..Entah mengapa hatinya betul-betul meronta untuk membuka fail tersebut..Adam menukar kembali gear D kepada gear N dan menarik handbreak..Fail hitam itu diambil dan dipandang lama..Tangannya membuka fail hitam itu secara perlahan-lahan..Lalu ditarik kertas putih yang berada di dalam fail hitam itu secara perlahan-lahan..

Dunia Adam bagaikan gelap apabila melihat ayat yang tertera pada kertas putih tersebut..Yaa..Kertas putih tersebut ialah sijil kelahiran milik Haikal..Dan yang lagi mengejutkan Adam ialah mendapati bahawa isi yang terkandung adalah...

KEMBALIKAN SENYUMANMU PADAKU✔️Where stories live. Discover now