Bab 36

17.3K 266 2
                                    

Natasha membetulkan kolar baju Haikal dan memakaikan sedikit bedak talkum di muka Haikal..Haikal hanya tersenyum melihat ibunya yang kelam kabut menyiapkan dirinya itu..Haikal kelihatan comel sekali apabila mengenakan baju seragam berwarna oren dan berseluar hitam itu..

"Okey..Siap!..Haikal pergi turun breakfast dulu ye sayang..Tokma and Tokpa ada dekat meja makan..Ibu nak siap kejap..Kejap lagi ibu turun"..

Haikal segera menganggukkan kepalanya lalu berlari anak keluar dari bilik..Satu persatu tangga dituruni oleh Haikal dengan berhati-hati.Haikal segera berlari menuju ke arah ruang makan..

"Ayah!"

Haikal yang memandang Adam yang turut berada di meja makan itu menjerit ceria..Adam yang berada di meja makan itu segera memalingkan mukanya ke arah suara si comel itu..Terus terserlah senyuman di wajah Adam dan juga Haikal..Haikal berlari mendekati Adam..

"Hey anak ayah yang handsome!.."

Adam menyahut apabila Haikal memanggilnya tadi..Adam segera menyambut Haikal yang berlari ke arahnya dengan mendepakan kedua belah tangannya..Adam menyambut depaan Haikal lalu diangkat Haikal untuk duduk disebelahnya..Datin Aida dan Datuk Khalid hanya memandang ke arah Adam dan Haikal itu..

"Haikal panggil kamu ayah,Adam?"..

"Haah paa..Adam yang suruh Haikal panggil Adam macam tu"

Datuk Khalid bertanya kepada Adam kerana terkejut apabila mendengar Haikal memanggil Adam "ayah"..Adam pula menjawab soalan yang ditanya oleh Papanya dengan muka yang selamba sahaja..

"Ibu mana?"

"Ibu tengah siap..Kejap lagi ibu turun.."

Haikal menjawab soalan yang ditanya oleh Adam sambil tangannya memegang gelas yang berisi susu itu..Adam menunduk sedikit kepalanya lalu dicium ubun-ubun rambut Haikal itu..Datuk Khalid hanya memandang Haikal dan Adam itu tanpa suara..

"Kamu ni Adam suka hati aje suruh si Haikal panggil kamu tu ayah.."

Datin Aida yang berada di dapur itu melangkah masuk ke ruang makan sambil tangannya membawa sambal nasi lemak untuk dihidangkan itu..Selepas meletakkan sambal itu,Datin Aida menyampuk perbualan anak beranak itu..Tangan Datin Aida pula ligat menceduk nasi lemak untuk Datuk Khalid..

"Alah..Kenapa pulak..Shaa tu pun rileks aje si Haikal panggil dia ibu"..

Adam menjawab selamba apa yang mamanya berkata tadi..Datin Aida yang mendengar jawapan Adam itu terus menjeling..Adam yang melihat mamanya itu menjeling terus memberi senyuman kambing kepada ibunya..
***

Natasha berdiri di depan meja soleknya sambil membetulkan tudung dan bawah baju yang dipakainya..Perfume jenama Lancome Miracle itu dicapai lalu disembur di sebelah kiri dan kanan tudungnya..Natasha memusingkan badannya dan bersedia untuk turun itu terus mencapai handbagnya itu lalu menuju ke ruang makan...

Natasha menghampiri ruang makan..Kerusi disebelah Haikal ditarik lalu melabuh duduk..Natasha sempat melirik ke arah Adam yang sedang makan nasi lemak yang dimasak oleh mamanya itu..Haikal pula hanya memakan coco crunch beserta dengan susu segar..

"Hai Abang Adam..Makan dekat sini pagi ni..Wife tak masak ke?"

Adam yang sedang mengunyah makanan di dalam mulut itu terus terhenti...Adam memusing kepalanya menghadap ke arah Natasha..Jelas mata Adam menunjukkan sinar yang bahaya..Datuk Khalid yang melihat keadaan yang dingin itu terus membuka mulut dan mengalihkan topik perbualan mereka...

"So,Shaa pergi hantar Haikal sorang jela ni?Nak mama dan papa temankan tak?.."

"Haah..Shaa pergi sor........"

KEMBALIKAN SENYUMANMU PADAKU✔️Where stories live. Discover now