Bab 35

17.5K 268 0
                                    


FLASHBACK

Natasha yang baru keluar dari dapur itu membawa sepinggan karipap dan sepinggan pisang goreng lalu menuju ke laman rumah banglo milik mama dan papanya itu..Natasha segera menghampiri Datin Aida yang sedang menuang minuman ke dalam gelas di atas pangkin kayu yang terletak di laman rumah itu..Pinggan yang berisi karipap dan pisang goreng itu diletak diatas pangkin tersebut..Datuk Khalid yang berada tidak jauh dari pangkin itu sedang memegang balang yang berisi makanan ikan dan Haikal pula sedang berdiri di tepi kolam ikan bersama Datuk Khalid sambil tangannya menabur biji-biji kecil memberi ikan yang dibela oleh Datuk Khalid itu makan..

"Haikal buat apa tu sayang?"

"Ekal bagi ikan makan!..Ikan Tokpa antik!..

Natasha hanya tersenyum melihat gelagat Haikal yang memberi makanan kepada ikan itu setelah mendengar jawapan Haikal itu..Natasha sengaja bertanya pada Haikal walaupun Natasha nampak yang Haikal sedang memberi ikan makan..Sedang Natasha leka melihat Haikal,Sebuah kereta Range Rover telah masuk ke perkarangan banglo milik Datuk Khalid dan Datin Aida itu lalu memarkir kereta di garaj..

"Assalamualaikum mama papa"..

Adam memberi salam dan menuju ke arah mereka yang berada di laman rumah itu setelah memarkir kereta di garaj..Tangan mama dan papanya disambut dan disalam..Natasha yang baru tersedar akan kehadiran Adam hanya tersenyum melihat Adam..Adam juga sempat membalas senyuman Natasha itu..

"Mama..Papa..Shaa ingat Shaa nak hantar Haikal ke taska..Lagi pun Shaa dah bagitahu dekat mama dan papa Haikal pasal ni.."

Natasha membuka mulut memberitahu tentang hasratnya untuk menghantar Haikal ke taska..Datin Aida yang mendengar apa yang diberitahu oleh Natasha terus memandang Natasha dengan muka yang sedih..

"Kenapa Shaa nak hantar Haikal ke taska?..Shaa tak percaya mama jaga Haikal ke?.."

Datin Aida bersuara dengan nada yang sedikit serak seperti menahan tangisan..Natasha segera memegang tangan tua mamanya itu..Matanya redup memandang Datin Aida..

"Mama..Bukan itu maksud Shaa..Haikal dah lama sangat duduk sini..Jadi Shaa kesian jugak dekat Haikal tak ada kawan..Kalau hantar ke taska,ada jugak kawan si Haikal ni..."

"Betul tu Aida..Kesian jugak si Haikal ni..Duduk rumah ni tak ada kawan yang sebaya dengan dia"..

Datuk Khalid yang telah pun duduk bersila di sebelah isterinya mendengar penjelasan Natasha itu tersenyum dan menyampuk apa yang dibualkan itu sambil tangannya mengambil karipap yang digoreng oleh Natasha tadi lalu dimasukkan ke mulutnya..Adam yang berada di situ juga memberi respon terhadap hal tersebut sambil berjalan ke pangkin kayu itu lalu melabuh duduk di atas pangkin..Tubuh kecil Haikal diangkat dan diletakkan di atas ribanya..

"Yup..Betul tu..Adam pun setuju..Lagipun setengah hari aje mama si Haikal ni dekat taska..Haikal nak sekolah tak sayang?

Haikal yang sedang mengunyah pisang goreng itu mendongak ke arah Adam..Apabila mendengar soalan Adam terus Haikal menganggukkan kepalanya..Adam yang melihat anggukan kepala Haikal itu terus tersenyum dan menggosok lembut kepala Haikal..Natasha yang melihat reaksi Haikal juga terus tersenyum..

"Haah kan bang..Betul jugak tu..Kesian cucu Tokma ni ye..Nanti boleh la mama dengan papa pergi ambil Haikal balik dari taska..Kamu pun tak payah susah-susah keluar pergi ambil Haikal time kerja..

Kali ini Datin Aida pula memberi pendapat sambil tersenyum melihat ke arah Datuk Khalid..Apabila mendengar kata-kata suaminya tadi,Datin Aida segera menukar fikirannya mengenai hal tersebut..

"Haah..Macam masa kita muda-muda dulu kan Aida..Ambil si Adam balik dari sekolah.."

Datuk Khalid sempat mengimbau kenangan yang lalu..Datin Aida tersenyum ke arah Datuk Khalid dan mengganggukkan kepalanya..Natasha dan Adam tersenyum mendengar cerita yang diibas kembali saat Adam masih kecik..

"Kamu Natasha..Bila nak kahwin?.."

Natasha yang sedang mengunyah goreng pisang mendengar soalan Datin Aida itu terus terbatuk kerana terserdak..Natasha sebenarnya terkejut dengan soalan yang diajukan oleh mamanya itu..Adam yang berada di tepi Natasha segera menepuk lembut dibelakang tubuh Natasha..

"Haishh budak ni...Tanya pasal kahwin terus terserdak.."

Datin Aida sekali lagi berkata sambil menghulurkan minuman kepada Natasha..Natasha menyambut minuman tersebut lalu meminumnya..

"Dah tu mama tanya macam tu,memang la Shaa terserdak.."

Natasha membalas kata-kata mamanya lalu gelas yang kosong itu diletak kembali..

"Mama bukan apa Shaa..Kamu tu dah 26 tahun..Umur kamu ni sepatutnya dah patut kahwin.."

Bebelan mamanya dibiar sepi..Natasha perasan saat itu Adam sedang memandangnya..Natasha juga malas hendak melayan apa yang mamanya bicarakan itu...Natasha faham yang Datin Aida bimbang akan dirinya..Natasha sendiri tidak tahu macam mana hendak berdepan dengan mama dan papanya sekiranya mama dan papanya mengetahui bahawa dia adalah isteri kepada Adam dan juga menantu kepada mama dan papanya..Mahu pengsan mamanya nanti kalau tahu hal tersebut..

"Alah..Abang Adam pun kahwin lambat..Mama tak bising pulak"..

Natasha menjawab dengan muka selamba..Bulat mata Datin Aida mendengar jawapan Natasha..

Abang Adam kamu tu lelaki..Kamu tu perempuan..Kamu nak jadi anak dara tua ke?

Natasha memekakkan saja telinganya..Natasha segera tersenyum kambing melihat ke arah Datuk Khalid yang sedang menahan ketawa apabila mendengar Datin Aida membebel..

"Ehh..Abang Adam asyik datang sini sorang aje..Kenapa wife abang Adam tak datang sekali?"..

Soalan Natasha membuatkan bebelan Datin Aida terhenti..Begitu juga dengan Datuk Khalid..Datuk Khalid yang dari tadi menahan ketawa terus terdiam apabila mendengar soalan Natasha...Datuk Khalid dan Datin Aida segera memandang ke arah Adam..Adam yang sedang mengunyah karipap itu terus terhenti..Matanya memandang tepat ke arah Natasha..Natasha menelan air liurnya apabila mata Adam tajam merengungnya..Adam masih tidak membuka mulutnya dan kelihatan seperti tidak ingin membuka mulutnya..

"Dah nak maghrib ni..Jom masuk dalam rumah"..

Apabila melihat mata Adam seperti harimau yang sedang lapar,Natasha segera menukar topik lalu melihat jam di pergelangan tangannya..Natasha segera  mengangkat pinggan dan membawa masuk ke dapur untuk dibasuh..Adam juga segera berdiri untuk masuk ke dalam rumah...Tubuh kecil Haikal didukung oleh Adam lalu mereka bergerak masuk ke dalam rumah...Datuk Khalid dan Datin Aida hanya memandang satu sama lain dan mula berlalu masuk ke dalam rumah..

KEMBALIKAN SENYUMANMU PADAKU✔️Where stories live. Discover now