Bab 15

18.8K 244 0
                                    

Tanpa sedari,kini sudah 3 bulan Adam dan Natasha bergelar suami isteri..Rahsia mereka masih lagi utuh disimpan dengan rapi...Bagi mereka,belum tiba masa yang sesuai untuk mereka memberitahu status mereka kepada mama dan papanya..
***

"Macam mana?"soal Sofea pada orang suruhannya.."Kami dah siasat,mengenai Natasha..Kami dapati Natasha adalah anak yatim piatu..Dia dibesarkan di rumah anak yatim Aman..Apa yang saya dapati juga,Natasha memang sebatang kara..Selepas kematian ibubapanya,tiada seorang pun saudara-maranya yang mahu menjaganya..itu sebabnya dia dibesarkan dirumah anak yatim Aman"...ujar orang suruhan Sofea...

"Membesar di rumah anak yatim..Sebatang kara...Patutlah gatal semacam dengan Adam..Kekurangan kasih sayang rupanya"..ujar sofea dengan nada yang sinis..Nasib baiklah orang suruhan Sofea tidak dapat mencari maklumat mengenai status Natasha yang bergelar isteri kepada Adam dan anak angkat dalam keluarga Datuk Khalid..

          Datuk Khalid lebih bijak mengambil tindakan..Semasa Datuk Khalid mengambil Natasha sebagai anak angkat,Datuk Khalid telah memberitahu kepada penjaga rumah anak yatim,agar merahsiakan perkara..Itu sebabnya tiada dalam rekod mengenai status Natasha sebagai anak angkat Datuk Khalid dan Datin Aida..Beruntungnya mereka kerana penjaga rumah anak yatim itu adalah kawan lama Datuk Khalid,iaitu Puan Munirah...

"Macam mana pulak dengan Adam?"..Soal Sofea lagi.."Kami dapati,Adam agak sibuk menguruskan projek di Kuala Terengganu..Disana,Encik Adam tinggal di Resident hotel...Encik Adam juga jarang balik ke KL..Kalau dia balik ke KL pun dalam 3 minggu sekali sahaja Cik Sofea"..ujar orang suruhannya lagi..

"Okey..baiklah..Ni ganjaran untuk korang"..Sofea menghulurkan sampul surat berwarna coklat itu kepada orang suruhannya..."Korang boleh pergi dari sini..Make sure tak ada orang yang tahu pasal ni..Kalau tak..Nahas korang semua aku kerjakan...Sofea memberi amaran kepada orang suruhannya...

Selepas orang suruhan Sofea berlalu...Sofea tersenyum sendiri dan hatinya berbisik"Kau akan jadi milik aku jugak nanti Adam..Aku akan dapatkan kau walau apa cara sekalipun"....
***

          Natasha makan tengahari bersama 3 ketul kawan baiknya di sebuah restoran yang berhampiran dengan syarikat mereka bekerja..Sedang mereka menikmati hidangan mereka,Natasha terpandang satu susuk tubuh yang amat dia kenali...

"Umi!"..panggil Natasha separuh menjerit...Wanita itu lantas berpaling..Pada mulanya wanita itu agak terkejut apabila ada seseorang memanggilnya..Setelah melihat Natasha yang memanggilnya,terus terukir senyuman dibibir wanita separuh umur itu..

"Umi....Lamanya tak jumpa umi..Rindu umi sangat"..ujar Natasha sambil memeluk wanita tersebut..."Ya Allah Shaaa...Kamu rupanya yang panggil umi tadi...Umi hampir-hampir tak kenal kamu tadi...Dah besar dah anak umi sorang ni"..ujar wanita separuh umur itu dengan teruja..Natasha terus memperkenalkan wanita tersebut kepada 3 orang kawan baiknya itu...

"Gaiss...Ni aku kenalkan dekat korang..Ni la umi aku..Nama umi aku Puan Munirah..Umi aku ni la yang jaga aku dekat rumah anak yatim dulu sebelum aku jadi anak angkat mama dan papa"..ujar Natasha pada kawannya itu dengan teruja..Linda dan Fiza bangun,lantas menghulurkan tangan mereka untuk bersalam dengan Puan Munirah.."Saya Linda..Saya pulak Fiza..ujar Linda dan Fiza..."Oh..ni pun kawan kami jugak Puan Munirah...Rafiq namanya..Sambung Linda lagi...Rafiq tersenyum dan mengangguk kepalanya pada Puan Munirah..

"Alah kamu ni..panggil aje umi..Umi lagi selesa kalau kamu semua bahasakan diri umi ni umi..Balas Puan Munirah dengan senyuman yang tak lekang dari bibirnya..
"Umi..makan sekali jom"..Ajak Natasha..."Umi mintak maaf Shaa..Umi ada kerja yang perlu diselesaikan ni"...ujar Puan Munirah..."Lah..yeke?..Ermm takpe lah kalau macam tu..Nanti kalau Shaa free Shaa pergi melawat umi okey"..Ujar Natasha lagi..."Boleh Shaa...Okeylah..Umi pergi dulu ye..Assalamualaikum...Ujar Puan Munirah dan berlalu pergi meninggalkan mereka..

Selepas selesai makan..Mereka bertiga segera masuk ke pejabat untuk sambung kerja mereka semula..

KEMBALIKAN SENYUMANMU PADAKU✔️Where stories live. Discover now