Bab 37

16.8K 248 0
                                    

Natasha melangkah masuk ke dalam Jaya Holding dengan tergesa-gesa..Linda dan kawan-kawannya melihat Natasha yang tergesa-gesa itu terus mempamerkan rupa yang kehairanan...

"Kau ni dah kenapa Natasha?..Muka macam orang nampak hantu aje.."

Linda membuka mulutnya dan bertanya kepada Natasha setelah melihat Natasha yang muka seperti melihat hantu itu..

"Tak ada apa-apalah"

Natasha menjawab sepatah..Sebenarnya Natasha malu dengan insiden yang berlaku antara dirinya dengan Adam sebentar tadi..Walaupun tiada siapa yang ternampak insiden tersebut,Natasha masih malu untuk berdepan dengan Adam selepas ini..Ingin saja rasanya menyorok mukanya yang malu itu dibawah meja..Walaupun Natasha dan Adam pernah bersama,Natasha tetap malu dengan Adam sekiranya Adam membuat drama gilanya itu.,

"Lewat kau masuk office hari ni Shaa"

Rafiq bertanya kepada Natasha setelah mendapati Natasha telah masuk ke office jam 9 pagi..Natasha melihat jam yang terletak di pergelangan tangannya itu..

"Haah..Aku pergi hantar si Haikal dekat taska tadi..Hari ni first day Haikal masuk taska..Tu yang lambat sikit tadi.."

"Ohhh..Patutlah lambat masuk.."

Rafiq mengangguk-anggukkan kepalanya..Begitu juga dengan Linda dan Fiza..Mereka juga mengangguk-anggukan kepala mereka setelah mendengar penjelasan yang diberi oleh Natasha..Selepas itu masing-masing telah pun fokus menghadap kerja masing-masing...
                             ***

Adam duduk  di kerusi kerjanya itu sambil memegang secawan kopi yang telah dibancuh oleh Lisa sebentar tadi..Setelah Lisa menghantar kopi tersebut kepada Adam,Lisa telah meminta cuti emergency kerana telah mendapat panggilan dari ibunya bahawa ibu saudaranya telah kembali kepada pencipta yang maha esa akibat serangan jantung..

Selepas meminum kopi tersebut,Adam meletakkan kembali kopi itu di atas meja..Fail yang berwarna putih yang berada di atas mejanya itu ditarik dan dibuka..Helaian demi helaian dibaca oleh Adam dengan teliti..Setelah selesai menyemak fail tersebut..Adam menandatangani fail tersebut dan menutup kembali fail tersebut...

Adam mencapai iphone X nya yang berada di atas meja lalu menghantar pesanan melalui whatapps kepada Natasha untuk datang ke pejabatnya ketika itu..

Tidak sampai beberapa minit,kedengaran bunyi ketukan pintu yang dibuat di bilik Adam..

"Masuk"

Natasha masuk ke pejabat Adam dengan muka yang ditunduk..Sebenarnya Natasha masih lagi malu dengan peristiwa yang berlaku pagi tadi..Adam melihat Natasha yang malu itu tersenyum nakal sehingga terserlah lesung pipitnya yang dalam itu..

"Have a seat my dear"

Adam menyuruh Natasha duduk..Natasha tidak membantah..Dia hanya mengikut sahaja apa yang diarahkan oleh Adam..Adam mencantumkan jari kiri dan kanannya..Matanya tajam melihat ke arah Natasha dengan bibirnya masih lagi menayangkan senyuman nakalnya itu..

Sayang.,Look at me...Sayang masih malu sebab tadi ye?..Okey..I'm so sorry okey...But i like it!..

Adam sempat berkata-kata sambil mengenyit matanya yang nakal itu..Muka Natasha sekali lagi merona merah..Natasha yang malu itu terus memotong ayat Adam dan bertanya kepada Adam..,

"Ada apa-apa hal yang penting ke Abang Adam nak jumpa Shaa ni?.."

"Pukul 3 petang nanti abang nak sayang ikut abang pergi jumpa client..Lisa perlu balik awal sebab ada urusan melibatkan kematian keluarga..So abang nak sayang yang temankan abang okey.."

KEMBALIKAN SENYUMANMU PADAKU✔️Where stories live. Discover now