Bab 45

18K 281 1
                                    

Adam yang baru sampai itu terus berlari melangkah masuk ke dalam rumah agam milik Datuk Khalid dan Datin Aida itu..
Kelihatan Linda,Fiza dan Rafiq berada di ruang tamu rumah milik Datuk Khalid dan Datin Aida itu..Ketika Natasha pengsan,Rafiq segera menelefon Datuk Khalid..Datuk Khalid juga terkejut apabila mendapati Rafiq mengetahui status Natasha itu sebagai anak angkatnya..Tetapi Datuk Khalid lagi terkejut apabila Rafiq memberitahunya bahawa Natasha jatuh ketika lunch dan pengsan..Terus Datuk Khalid menyuruh Rafiq untuk membawa segera Natasha ke rumah agamnya..

"Natasha dekat mana?"

"Shaa dalam bilik dekat atas.."

Linda menjawab dengan suara yang tersekat-sekat kerana terkejut melihat kehadiran Adam itu..Adam segera mendaki anak tangga dan menuju ke arah bilik Natasha apabila mendengar jawapan yang diberi oleh Linda itu...

Kelihatan Datin Aida dan Datuk Khalid berada diluar bilik Natasha sambil Haikal berada di dalam dukungan Datuk Khalid..Adam menghampiri Datuk Khalid dan Datin Aida lalu disambut tangan Datuk Khalid dan Datin Aida untuk bersalam..Selepas bersalam,Adam mengambil Haikal yang berada dalam dukungan Datuk Khalid..

"Macam mana dengan Natasha Doc?.."

Datin Aida yang melihat doktor Azman yang baru keluar dari bilik Natasha itu segera bertanya..Doktor Azman hanya tersenyum melihat riak wajah keluarga Datuk Khalid itu..

"Natasha masih belum sedar lagi dari pengsan..Tapi Datin jangan bimbang ye..Natasha dan kandungannya selamat..Kalau tak ada apa-apa saya pergi dulu ye Datuk,Datin.."

Datin Aida hanya mengangguk lemah apabila mendengar doktor Azman meminta izin untuk pulang..Datin Aida terdiam tanpa kata sambil melihat doktor Azman melangkah keluar dari rumah agamnya..Begitu juga dengan Datuk Khalid..Kata-kata doktor Azman tadi benar-benar berlegar di fikirannya..
Adam juga terkejut mendengar kata-kata doktor sebentar tadi..Tapi kejutan itu hanya sementara buat Adam..Satu senyuman terukir di bibir Adam tanpa Datuk Khalid dan Datin Aida sedari..Kata-kata doktor Azman tadi begitu mengejutkan..Tapi Adam tahu itu adalah anaknya kerana Adam ada melakukan hubungan intim dengan Natasha ketika Adam menculik Natasha beberapa bulan yang lalu..Adam juga sudah tidak sanggup lagi untuk merahsiakan hubungan mereka kepada Datuk Khalid dan Datin Aida..Bagi Adam,sudah tiba masanya untuk Datuk Khalid dan Datin Aida mengetahui kebenaran mengenai hubungan mereka dan siapa Haikal sebenarnya..

"Mama,papa..Adam ada hal penting nak bagitahu pada mama dan papa.."

Lamunan Datuk Khalid dan Datin Aida terhenti apabila suara Adam memecah kesunyian ketika itu..Adam yang sedang mendukung Haikal itu menuruni tangga untuk ke ruang tamu dan diekori oleh Datuk Khalid dan Datin Aida..Adam melabuh duduk di sofa empuk di ruang tamu rumah agam itu..Mak Jah yang datang dari arah dapur itu membawa dulang yang berisi minuman lalu dihidangkan di atas meja di ruang tamu..
Linda,Fiza dan Rafiq kelihatan gelisah apabila melihat Adam melabuh duduk di ruang tamu itu dan diikuti oleh Datuk Khalid dan Datin Aida itu..

"Mak Jah tolong jagakan Haikal sekejap boleh?..Saya ada hal nak bincang dengan mama and papa.."

Adam segera menghulurkan Haikal kepada Mak Jah..Mak Jah segera menyambut tangan kecil Haikal itu lalu dibawa ke laman rumah yang juga berhampiran dengan ruang tamu itu..Linda,Rafiq dan Fiza ketika itu sudah tidak keruan dan berdiri lalu meminta diri untuk pulang ke pejabat tetapi ditahan oleh Adam..

"Nanti..Saya nak kamu bertiga stay sini kejap..Ada hal yang saya nak tanya"

Adam bersuara dengan tegas sekali sehingga memaksa ketiga-tiga orang kawan Natasha itu untuk duduk kembali..Linda tersenyum pahit apabila melihat Adam merenung tajam ke arahnya..

"Apa hal yang kamu nak bagitahu mama and papa tadi?"

Datuk Khalid bersuara apabila melihat masing-masing hanya mendiamkan diri..Adam menarik nafas dan dilepas perlahan-lahan..Adam segera bangun dan melutut di depan Datuk Khalid dan Datin Aida..Datin Aida dan Datuk Khalid kelihatan kehairanan apabila melihat Adam yang tiba-tiba melutut di depan mereka..Begitu juga dengan Linda,Rafiq dan Fiza..Masing-masing terkejut melihat kelakuan Adam itu..

"Mama...Papa..Sebelum tu Adam mintak maaf..Adam terlalu banyak berahsia dengan mama and papa.."

"Sebenarnya..Sebenarnya..."

Adam menundukkan kepalanya kerana tidak sanggup untuk memandang mama dan papanya..Suaranya juga tersekat-sekat untuk meluahkan apa yang terbuku di hatinya itu..Adam memejam mata lalu manarik nafas sedalam-dalamnya..Adam mengepal tangannya lalu muka Datuk Khalid dan Datin Aida dipandang..

"Sebenarnya anak yang Shaa kandungkan itu anak Adam...."

Pap!!

Satu tamparan hinggap dipipi Adam..Adam hanya tertunduk apabila ditampar oleh Datuk Khalid..Datin Aida yang mendengar penjelasan Adam itu menutup mulutnya dek kerana terkejut dengan apa yang diberitahu oleh Adam..Adam masih lagi menunduk dan bersuara..

"Shaa isteri Adam yang sah mama,papa..Haikal adalah anak pertama kami..."

Linda,Rafiq dan Fiza yang mendengar pengakuan Adam itu juga terlopong mulut dek kerana terkejut..Tapi makin besar lopong mulut mereka itu apabila mengetahui bahawa Adam dan Natasha sebenarnya adalah suami isteri..Selama ini mereka hanya tahu bahawa Adam dan Natasha adalah adik-beradik angkat..Mereka juga mengetahui bahawa Haikal adalah anak kepada rakan Natasha yang juga belajar di Itali bersama Natasha..

"Tapi bila kamu.."

Kata-kata Datin Aida terhenti kerana terlalu terkejut..Datin Aida betul-betul tidak menyangka bahawa Natasha adalah anak angkatnya dan juga merangkap menantunya manakala Haikal pula adalah cucu mereka..

"Adam dengan Shaa nikah 4tahun yang lepas..Masa tu mama dan papa pergi ke Jepun atas urusan kerja"

Adam menerang kepada mama dan papanya..Datuk Khalid terus terduduk mendengar kata-kata Adam itu..Rafiq,Linda dan Fiza hanya mendengar perbualan anak-beranak itu..Mak Jah yang berada di laman rumah itu juga sempat memasang telinganya..Mak Jah juga tidak menyangka bahawa Adam dan Natasha adalah suami isteri..Selama ini Mak Jah juga berfikir bahawa Adam dan Natasha meyimpan perasaan sesama mereka memandangkan Adam kelihatan begitu menyayangi Natasha..

"Maksud kamu sebelum kamu bernikah dengan Sofea,Kamu dan Natasha telah pun berkahwin tanpa pengetahuan kami"

Kali ini Datuk Khalid pula bersuara bertanya kepada Adam..Adam hanya mengangguk kepalanya dengan lemah menandakan apa yang diteka Datuk Khalid itu adalah benar..Satu keluhan kecil dilepaskan oleh Adam..

"Mama..Papa..Percayalah cakap Adam..Sofea sengaja perangkap Adam 4tahun lalu..Dia yang masuk bilik Adam secara diam-diam dan call JAIT..Bila Shaa tahu perkara itu,Shaa buat keputusan untuk sambung belajar mama,papa..Tapi sebenarnya Shaa sengaja pergi Itali sebab nak sembunyikan kandungan masa itu..Kalau tak disebabkan Haikal masuk hospital bulan lepas..Adam sendiri pun takkan tahu yang Haikal tu anak Adam mama,papa.."

KEMBALIKAN SENYUMANMU PADAKU✔️Where stories live. Discover now