Bab 26

17.6K 284 3
                                    

Sekejap sahaja masa berlalu...Kini sudah pun 1 bulan Natasha berada di tanah airnya...Natasha berdiri di depan cermin meja soleknya sambil mengoles sedikit gincu di bibirnya..selepas mengoles gincu,Natasha membetulkan tudung pula yang tersarung di kepalanya..Hari ini merupakan hari pertama dia bekerja kembali di syarikat Jaya Holding itu..Natasha kelihatan begitu bersemangat  Sekali

Natasha menguncup pipi gebu Haikal yang masih lagi dibuai mimpi itu lalu mencapai handbagnya yang terletak di atas katil..Jam  jenama Diors ditangannya dipandang..Hari ini hari pertamanya bekerja,jadi dia tidak boleh lambat..Kejadian 4 tahun lepas,ketika Natasha berusia 22tahun itu dimarahi oleh Adam kerana lambat melapor diri bermain di kepalanya..Jadi perkara itu tidak boleh berulang lagi....

Natasha melabuh duduk di meja makan sambil tangannya ligat meletakkan mee goreng mamak itu ke dalam pinggannya lalu menyuap ke dalam mulutnya itu..

"Mama,Haikal masih tidur lagi dalam bilik Shaa..Mama tolong tengok-tengokkan Haikal ye"..,Natasha memesan kepada mamanya mengenai Haikal kerana bimbang mamanya akan lupa yang Haikal masih tidur di bilik..

Datin Aida hanya menganggukkan kepala  apabila mendengar apa yang Natasha sampaikan...Natasha yang sudah selesai menghabiskan mee goreng mamaknya itu terus bangun dan menyalami mama dan papanya itu sebelum berangkat ke pejabat..

"Bawak kereta tu elok-elok Shaa...Kalau ada apa-apa jangan lupa bagitahu"...Datuk Khalid sempat memesan kepada puteri bongsunya itu lalu dibalas oleh Natasha dengan hanya membuat bentuk jari okey (👌🏻)...
                              ***

Tuk..Tuk..

"Masuk"

Natasha melangkah masuk ke dalam pejabat Adam dengan memegang beberapa fail..Adam melihat Natasha dari atas sampailah kebawah dengan senyuman..Senyuman yang begitu manis hingga terserlah lesung pipit miliknya itu..

"Kenapa muka masam sangat ni?..Rileks la sayang..Jangan la buat muncung sedepa macam tu..Meh duduk sini"...

Natasha hanya mengetap bibir apabila mendengar kata-kata Adam..Natasha segera melangkah ke depan Adam lalu menarik kerusi di hadapan Adam dan melabuh duduk..Natasha menghulurkan fail yang berada ditangannya itu kepada Adam...Tidak sampai beberapa saat,fail tersebut telah pun bertukar tangan...

Setelah beberapa minit menyemak fail,Adam mendapati Natasha masih tidak menunjukkan minat untuk bersuara..Adam sempat melirik ke arah Natasha..Tangannya yang sedang ligat menyemak fail itu terus terhenti..Matanya kini sedang fokus ke arah muka Natasha yang manis itu..

"Shaa masih marahkan abang ke?...look..abang mintak maaf okey..Abang tahu abang keterlaluan..Tapi,abang betul-betul suka bila Haikal panggil abang "ayah"..,Jelas Adam pada Natasha...

Natasha hanya menjeling pada Adam.."Ada apa-apa lagi ke Encik Adam?"...Natasha menyoal Adam kembali..

Adam mengeluh dan menggelengkan kepada menandakan tiada apa-apa lagi..Setelah melihat reaksi Adam,Natasha segera keluar dari bilik Adam dan menyambung kembali kerjanya..
                            ***

"Wehh..Jom la pergi lunch.."..ujar Rafiq yang sudah bangun dan menggeliat membetulkan urat tubuhnya..Begitu juga dengan Linda dan Fiza...

"Okey..Jom!"...

Natasha segera mencapai handbagnya dan mengekori kawan-kawannya itu...Natasha dan kawan-kawannya memilih untuk lunch di restoran mamak yang terletak di hadapan pejabat mereka itu..Sedang mereka rancak berbual,tiba-tiba Adam menghampiri mereka berempat..Ke empat-empat pasang mata itu serentak mendongak ke arah muka pemilik tubuh yang berdiri di hadapan mereka..

"Boleh saya join korang makan sekali"

"Eh..Encik Adam..Duduk lah.."

Rafiq menjawab setelah mendengar soalan Adam itu..Natasha masih lagi dengan riak wajahnya yang terkejut itu..Adam hanya membuat muka selamba..Sebenarnya Adam menahan riak mukanya yang ingin pecah dek kerana melihat muka Natasha yang melopong itu akibat terkejut melihat Adam makan semeja dengan mereka..Linda dan Fiza hanya mendiamkan diri sahaja apabila melihat Encik Adam menyertai mereka makan..

"Shaa dah kenapa ni?..Abang tahu la Abang handsome..Janganlah pandang macam tu..Tak senonoh orang pandang tau"..

Adam bersuara dengan muka yang selamba..Tangannya ligat menyuap sudu yang berisi nasi ke dalam mulutnya itu..Apabila terdengar kata-kata Adam,Natasha segera menutup mulutnya itu dan membaiki posisi tubuhnya..Natasha tersenyum mendengar kata-kata Adam sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal itu..

"Abang ingatkan Shaa balik rumah tengahari ni"ujar Adam sambil matanya tepat ke arah Natasha..

"Tak balik pun abang Adam..Malaslah nak tempuh jem masa lunch hour ni"Balas Natasha bersahaja...

Fiza,Rafiq dan Linda sudah tidak senang duduk apabila Adam dan Natasha bersembang mengenai hal peribadi..

"Err..Shaa....Aku gerak dulu lah ye..Nanti apa-apa roger ye..Encik Adam..Kami pergi dulu ye"...

Linda membuka mulutnya untuk segera beredar..Dalam masa yang sama,tangannya sempat mencuit lengan Fiza untuk segera beredar bersama-sama..Begitu juga dengan Rafiq,dia juga sudah bersedia untuk berlalu pergi..Fiza pula masih terpinga-pinga apabila Linda mencuit lengannya..Matanya masih tertumpu kepada Adam yang segak bergaya yang duduk makan dihadapan Natasha itu..Apabila mendengar mereka hendak beredar,Adam hanya tersenyum dan menganggukkan kepalanya...

KEMBALIKAN SENYUMANMU PADAKU✔️Where stories live. Discover now