Natasha mengangkat bagasinya lalu dimasukkan ke dalam bot kereta Honda Civicnya...Dah upgrade kereta kau jah...
Selepas meletakkan bagasi di dalam bot kereta,Natasha menghampiri Haikal yang berada di dukungan Datuk Khalid lalu dicium pipi gebu Haikal..Berat hatinya untuk pergi ke Singapore..Tapi apakan daya..
"Haikal,Ibu tak ada ni jangan nakal-nakal tau..Dengar cakap TokPa and TokMa okey.."
Haikal hanya mengangguk-anggukkan kepala dengan air mata yang mula bergelinangan..Haikal tidak pernah ditinggalkan oleh Natasha sejak dia dilahirkan..
"Ma...Pa..Tolong jagakan Haikal tau..Sha mintak maaf sebab dah susahkan mama and papa.."
"Apa yang kamu merepek ni...Tak susah pun..Si Haikal ada taklah bosan sangat mama dan papa....
Natasha hanya mengangguk apabila mendengar apa yang mamanya jawab..Lalu,Natasha terus menyalami tangan Datuk Khalid dan Datin Aida..Natasha beralih pula kepada Haikal..Tubuh kecil itu dipeluk erat..Pipi gebu Haikal pula dicium bertalu-talu seakan-akan tidak mahu melepaskannya...Natasha berjalan masuk ke dalam keretanya..Tingkap keretanya diturun separuh...
"Bawak kereta elok-elok..Kalau ada apa-apa terus call tau.."Pesan Datin Aida
Natasha memilih untuk pergi sendiri dengan kenderaannya..Dia lebih suka masuk ke Singapore dengan membawa kenderaan sendiri..Katanya sangat mudah untuk bergerak walaupun disana banyak kemudahan awam yang disediakan..
***Semasa dalam perjalanan,hujan turun dengan lebat membasahi bumi..Natasha hanya membawa kenderaannya dengan perlahan kerana bimbang jalan yang licin..
"Mana pulak aku letak cermin mata ni"
Tangan kiri Natasha sibuk mencari cermin matanya..Matanya masih lagi fokus dengan pemanduannya..Bengang apabila tidak menjumpai cermin matanya,Natasha segera memberi signal keretanya ke kiri dan berhenti di tepi jalan untuk mencari cermin matanya itu..
Sedang Natasha memcari cermin matanya,pintu keretanya tiba-tiba dikuak dari luar..Belum sempat Natasha membuat apa-apa,satu tangan manusia beserta dengan tuala kecil berwarna putih telah pun menekup bahagian mulut dan hidungnya..Natasha tidak dapat melihat wajahnya kerana susuk tubuh itu memakai baju hujan dan menutup mukanya dengan mask ...Natasha sempat meronta-ronta untuk melepaskan diri..Dalam beberapa minit bergelut,Natasha terasa pandangannya kabur....Gelap!...
***Tubuh kecil Natasha diangkat dan diletakkan di dalam van putih milik manusia yang menculiknya itu..Semasa Natasha berhenti untuk mencari cermin matanya itu,Natasha tidak perasan bahawa kiri dan kanannya hanya hutan yang tebal..Dia juga tidak perasan yang hanya keretanya dan van putih itu saja yang melalui kawasan tersebut ketika itu..Natasha juga silap kerana tidak mengunci pintu keretanya dari dalam...Lahai..Buat hal la kau ni Natasha!..
Kereta Natasha dibawa oleh salah seorang daripada penculik tersebut...
Natasha memang tidak mengesyak apa-apa sepanjang perjalanannya itu..Natasha ada terpandang akan van tersebut sepanjang perjalanannya..Tapi tidak mengendahkan van tersebut kerana beranggapan mereka mempunyai destinasi yang sama..Maklumlah..Bukan Natasha sorang aje yang bayar roadtax kan!...
***Natasha tersedar dari pengsannya itu..Pandangannya masih lagi gelap kerana matanya masih lagi ditutup dengan kain...Apabila Natasha sedar,dia mendapati tangan dan kakinya diikat dengan rantai besi..
"Tolonggg...Tolonggg..."
Tiba-tiba Natasha terdengar derapan kaki menghampiri dirinya terus terdiam daripada meminta tolong...Semakin lama semakin dekat derapan kaki tersebut...Natasha terus menjerit ke arah pemilik derapan kaki itu..
"Siapa kau hah!..Kenapa kau culik aku.."
Lelaki itu hanya mendiamkan diri..Lalu kepala Natasha yang dibaluti dengan tudung itu dibelai lembut..Lelaki itu bangun dari cakungan di depan Natasha tadi lalu berlalu keluar dari bilik yang menempatkan Natasha dikurung..
Beberapa minit kemudian,kedengaran kembali derapan kaki memghampiri Natasha..Tangan itu segera membuka kain ikatan yang menutupi mata Natasha itu..Seorang lelaki india berkepala botak,bertubuh sasa itu sedang memandang Natasha dengan muka yang selamba..Lalu menghulurkan makanan kepada Natasha..
"Makan ni"
"Macam mana aku nak makan kalau kau ikat tangan aku"...ujar Natasha yang cuba memancing lelaki india berkepala botak itu..
Lalaki india itu diam seketika..Dia meletakkan dulang makanan di atas meja berhampiran katil itu..Natasha hanya mendiamkan diri sahaja..Setelah lelaki india itu membuka rantai besi tersebut,Natasha segera melibas lelaki india itu dengan rantai besi tadi.Tangannya segera mencapai kunci yang terpelanting berdekatan dengannya itu lalu membuka rantai besi yang mengikat kakinya itu..
Natasha segera berlari ke arah pintu..Belum sempat dia keluar dari pintu bilik itu,lelaki india itu segera memegang dan menarik kaki Natasha hingga Natasha terjatuh..Lelaki india itu segera menarik dan mengunci kembali tangan dan kaki Natasha lalu keluar dari bilik itu dan mengunci pintu bilik tersebut..Natasha yang ditolak di atas katil tadi terus menangis teresak-esak kerana ketakutan..Tanpa Natasha sedari,Dia telah pun tertidur dek kerana keletihan disebabkan menangis...
***"Bodoh!..Kerja senang yang aku bagi takkan itu pun kau tak boleh buat!..Kalau dia terlepas macam mana?..
"Maafkan saya tuan..Saya salah dalam hal ni"
Natasha tersedar dari tidurnya apabila terdengar suara garang seorang lelaki yang sedang memarahi seseorang...Dia sendiri pun tidak tahu berapa lama dia tertidur..Malah,Natasha juga tidak tahu sekarang sudah jam berapa memandangkan bilik yang dia huni tiada satu pun tingkap yang boleh memancar cahaya matahari mahupun cahaya bulan dan bintang!..
Pintu bilik dikuak dari luar..Natasha terus memandang tajam ke arah pintu dan memerhati susuk tubuh yang melangkah ke arahnya..Lelaki itu masih memakai baju office dan memakai topeng Vendetta...Apabila lelaki bertopeng itu membuka topengnya..Natasha segera meludah ke muka lelaki tersebut..
YOU ARE READING
KEMBALIKAN SENYUMANMU PADAKU✔️
Romance[Complete✔️] Satu kemalangan yang melibatkan Datuk Khalid dan Natasha menyebabkan Adam mula membenci Natasha..Bagi Adam,Natasha adalah punca Datuk Khalid kehilangan tempurung lututnya.. Dalam masa yang sama,Adam sebenarnya sengaja membenci Natasha k...