Bab 47

18.8K 253 1
                                    


Prangggg!!

Sofea yang sedang menonton televisyen itu terus menoleh ke arah bunyi kaca pecah yang datang dari dalam bilik itu..Sofea segera menutup televisyen dan berjalan masuk ke dalam bilik..Bulat mata Sofea apabila melihat frame gambar  perkahwinannya dengan Adam jatuh dan pecah berkecai..Rayyan yang berada di dalam bilik itu hanya menundukkan kepalanya dan mendiamkan diri kerana takut dimarahi oleh Sofea..

"Apa kau buat ni budak tak guna!..Kau tahu tak ni gambar nikah aku dengan Adam..Berani kau rosakkan frame ni!"

Sofea yang sudah mula naik angin terus menarik Rayyan dengan kuat..Sofea segera menghampiri almari lalu dicapai hanger dan memukul Rayyan dengan sekuat hatinya..

"Mama....Taknakkkk..Sakit mama...Sakittt.."

"Apa!!Sakit?..Ooo..pandai pulak kau rasa sakit..Habis tu hati aku ni kau ingat tak sakit tengok kau pecahkan frame gambar nikah aku dengan Adam hah!!!"

Sofea memukul Rayyan dengan hanger tanpa henti sehingga berbirat tubuh Rayyan dibedal oleh Sofea

Tukk..Tukk..

"Dah manusia mana pulak yang datang time-time macam ni nihh.."

Sofea segera berhenti memukul Rayyan..Rayyan segera memanjat katil dan berselubung di dalam selimut..Sofea menghampiri pintu rumahnya dan terus membuka pintu rumah flatnya itu..

Muka Sofea terus berubah menjadi cuak apabila melihat 4 orang anggota polis sedang berdiri di depan pintu rumahnya..

"Boleh saya bercakap dengan Puan Sofea?"

"Ye..Saya Sofea..Kenapa ye?.."

"Maaf..Sila ikut kami ke balai ye puan"

Seorang daripada anggota polis itu tadi terus menggari tangan Sofea..Manakala 2 orang lagi memeriksa dalam rumah Sofea dan membawa Rayyan bersama-sama..

"Apa ni Encik..Saya tak ada buat salah apa-apa kenapa tangkap saya pulak ni?"

"Maaf ye puan..Tolong bagi kerjasama ya..Nanti kita akan berbincang di balai polis"

Sofea dimasukkan ke dalam kereta lalu pintu kereta polis itu ditutup oleh salah seorang anggota polis tadi..2 anggota polis tadi turut membawa Rayyan sekali ke balai..

                               ***

Datuk Farid dan Datin Murni terus bergegas ke balai polis apabila mendapat panggilan daripada ibu pejabat polis yang melaporkan kes Sofea itu..Sesampai di balai,Datin Murni dan Datuk Farid terus menghampiri kaunter polis dan bertanya tentang Sofea..Selepas polis memberi penerangan mengenai kes Sofea,Datuk Farid dan Datin Murni terus menghampiri Rayyan yang berada di kerusi menunggu itu dan terus memeluk Rayyan..

"Sakit!"

Rayyan mengaduh kesakitan apabila Datin Murni memeluknya..Terus Datin Murni menyelak baju yang di pakai oleh Rayyan itu

"Astarfirullahhalazim...."

Datin Murni terus memandang Datuk Farid tanpa kata..Datin Murni betul-betul terkejut apabila melihat tubuh Rayyan yang penuh dengan kesan berbirat dan parut-parut kecil itu..Rayyan hanya tertunduk apabila Datuk Farid dan Datin Murni melihat kesan di badannya itu..

"Ya Allah abang..Apa Fea dan buat dengan Rayyan ni Abang.."

Sedang Datin Murni dan Datuk Farid melihat kesan-kesan di badan Rayyan,Seorang anggota polis menghampiri mereka dan memberitahu yang Rayyan sudah di hantar ke hospital untuk pemeriksaan dan pihak hospital mendapati bahawa Rayyan telah didera oleh Sofea sejak setahun yang lalu..Menitis air mata Datin Murni apabila mendengar penjelasan anggota polis itu..Terus tubuh Rayyan didakap..

"Maafkan nenek sayang..Maafkan nenek.."

                           ***

"Shaaaa.."

Natasha yang baru saja duduk di kerusi kerjanya itu terus memandang ke arah gerangan yang memanggilnya itu..Siapa lagi kalau bukan si Linda dan kawan-kawannya itu..

"Haa..Kenapa panggil aku?"

"Kau dah sihat ke ni?"

Linda membuat sikap prihatinnya itu dan bertanya kepada Natasha..Natasha terus mengukirkan senyuman kepada kawan-kawannya itu

"Alhamdulillah..aku okey..Dah sihat dah..Aku lagi rasa tenang sangat bila semua ni dah berakhir"

Natasha yang tadi duduk bersandar di atas kerusi kerjanya itu terus membetulkan kedudukannya dan memusing kerusinnya ke arah kawan-kawannya itu..

"Wehh..Aku mintak maaf tau sebab rahsiakan status aku sebagai isteri Adam..Lepas tu tipu korang pasal Haikal..Aku betul-betul mintak maaf wehh"

Natasha segera menundukkan kepalanya apabila selesai meminta maaf dengan kawan-kawannya itu..Rafiq hanya tersenyum melihat kelakuan Natasha itu..

"Alah Shaa..Kita orang tahu tak semua benda kau boleh share dengan kita orang kan"

Fiza memberi kata-kata semangat untuk Natasha lalu Linda pula menambah kata-katanya..

"Haah Shaa..Betul kata Fiza tu..kita orang faham situasi kau..Kau tak payah la buat muka cengkodok basi kau tu..Buruk kau tahu tak.."

Sempat pulak si Linda membuat lawak dalam keadaan Natasha yang sedih itu..Natasha mengangkat muka dan membalas senyuman kepada rakan-rakannya itu..

"Eh Shaa..Aku dengar Sofea dah kena tangkap semalam atas tuduhan mengupah orang langgar anak kau..and yang paling aku tak percaya dia jugak ditahan atas tuduhan mendera anak dia si Rayyan tu"

"Apa?..Macam mana aku boleh tak tahu ni ..Dari mana korang tahu ni?"

Bulat mata Natasha apabila mendengar apa yang diceritakan oleh Rafiq itu.Adam tidak memberitahu pula kepadanya tentang apa yang telah terjadi kepada Sofea..

"Kau ni Sha..Dah satu company dah tahu pasal kau ni wife Encik Adam..Pasal Sofea..Biasalah kan..Gosip-gosip ni memang mudah tersebar.."

Linda memberitahu kepada Natasha bahawa sudah satu syarikat mengetahui mengenai status Natasha seorang anak angkat kepada Datuk Khalid dan Datin Aida,Wife kepada Adam ,Ibu kepada Haikal dan bakal mendapat cahayamata yang kedua..

"Wowowo...Laju betul viral gosip pasal aku ni..Kalah artis ni.."

Terus ketawa Natasha meletus apabila mendengar kata-kata kawan-kawannya itu..

                            ***

Langkah Adam terhenti apabila mendengar perbualan staff-staffnya yang berada di pantry itu..

"Wehh..Tak sangka la rupanya selama ni si Natasha tu anak angkat Datuk Khalid dan Datin Aida.."

"Ye wehh..Aku lagi terkejut bila tahu yang si Natasha tu wife Encik Adam and sekarang ni tengah pregnant anak yang kedua dah wehh.."

"Hmmm..Untung la kan si Natasha tu..Dapat husband handsome macam Encik Adam tu kan"

Adam yang berada di luar pantry tersenyum senget apabila mendengar staff-staffnya bergosip..

"Errrhemm"

Adam berdehem dan melangkah masuk ke dalam pantry lalu dicapai mug yang terletak di atas rak itu..

"Ehh..Encik Adam..Selamat pagi Encik"

"Selamat pagi semua..Ni kerja dah settle ke yang best sangat nampak duduk bergosip ni?"

Adam memusing tubuhnya dan bertanya kepada staffnya itu..

"Errr..Saya mintak maaf Encik Adam..Saya masuk sambung kerja dulu ye Encik Adam"

Adam tersenyum sinis dan memandang staffnya itu keluar dari pantry untuk menyambung kembali kerja-kerja mereka itu..

KEMBALIKAN SENYUMANMU PADAKU✔️Where stories live. Discover now