Bab 43

17.8K 240 1
                                    

Sofea yang berada di atas katil itu tersenyum sambil memandang seorang lelaki yang sedang bersiap untuk beredar dari rumah flatnya itu..Lelaki itu memusingkan tubuhnya lalu bergerak mendekati Sofea yang sedang duduk di atas katil sambil menyandarkan tubuhnya di kepala katil itu..Lelaki itu membongkokkan tubuhnya lalu mencium bibir munggil Sofea dengan rakus..Sofea membalas ciuman itu dengan mata yang tertutup..Selepas melepaskan ciuman,Beberapa keping not berwarna ungu diletak di atas meja kecil bersebelahan dengan katil itu..Sofea tersenyum memandang ke arah lelaki tersebut..Selepas meletakkan not berwarna ungu itu di atas meja kecil bersebelahan katil itu,lelaki tersebut terus beredar keluar dari flat milik Sofea itu..Itulah kerja Sofea sekarang...Sofea memilih untuk membuat kerja haram itu setelah mendapati duit simpanannya semakin hari semakin berkurangan..Ini kerana Datuk Farid sudah berhenti daripada menyalurkan duit kepadanya..
***

Sofea melangkah keluar dari bilik mandi sambil mengeringkan rambutnya dengan tuala itu menghampiri katil apabila mendengar bunyi notification yang masuk..Sofea terus mencapai phonenya yang berada di atas katil itu..Iphone X miliknya dibuka untuk membaca mesej yang masuk ke nombornya..

"Shit!!..Arghhhhh!!"

Sofea menjerit kuat apabila membaca mesej yang masuk ke inbox telefonnya..Dengan pantas tangannya mendail nombor telefon tersebut..

"Hello..Aku nak kau datang jumpa aku dekat tempat biasa mlm ni jam 9 malam..Sharp!..Aku tak nak kau lambat..Kalau tak nahas kau!.."

Sofea mematikan panggilan tersebut..Sofea mendengus lalu Iphone X nya dicampak ke atas katil..Sofea segera mendekati almari bajunya lalu memakai baju yang telah dipilihnya..Selepas memakai baju,Sofea keluar ke ruang tamu dan mendekati anaknya Rayyan yang sedang kusyuk menonton televisyen itu..Sofea melabuh duduk di tepi anaknya dan mencium lembut ubun-ubun rambut anaknya..Rayyan yang merasai Sofea mencium ubun rambutnya terus mendongak melihat ke arah Sofea..

"Mama..Boleh Rayyan tanya mama sesuatu?"

Rayyan bersuara dengan nada yang takut..Matanya tidak memandang ke arah Sofea,malah hanya memandang lantai dek kerana takut akan dimarah oleh Sofea..

"Anak mama nak tanya apa?..Tanyalah"

Sofea menjawab dengan lembut dan senyuman yang masih tersisa dibibirnya..Rayyan yang melihat mamanya tersenyum itu terus berdiri mengadap ke arah Sofea dan memandang tepat ke arah Sofea..

"Mama sayang Rayyan tak?..Kenapa mama selalu marah-marah Rayyan?..Rayyan ni bukan anak mama ke?"

Bertubi-tubi soalan Rayyan yang diajukan kepada Sofea sehingga menyebabkan Sofea berasa bersalah..Sofea tersenyum..Lalu tubuh kecil Rayyan ditarik ke dalam pelukkannya..

"Dah tentula mama sayang Rayyan..Sayang sangat..Rayyan kan anak mama."

Tanpa sedar,manik-manik kecil dan jernih mula jatuh ke pipi Sofea..Timbul perasaan bersalah dalam dirinya itu..Sofea mengaku bahawa dirinya terlampau mengikut perasaan dan melepaskan kemarahannya ada Rayyan Sehinggakan dia sanggup berkasar terhadap anaknya sendiri..

"Maafkan mama sayang..Maafkan mama.."

Ujar Sofea berulang kali sambil memeluk kemas Rayyan ke dalam dakapannya..Belakang tubuh kecil itu digosok lembut..

"Maafkan mama sayang..Walau pun Rayyan bukan anak mama dengan Papa Adam..Mama tetap sayangkan Rayyan."

Sofea berbisik pada dirinya sendiri..Sofea juga tidak tahu macam mana selama ini dia sanggup berkasar dengan anaknya yang memerlukan kasih sayang ibu bapa itu..
***

Sofea berhenti melangkah apabila sampai di depan Planet cafe itu..Sofea sempat melirik ke kiri dan ke kanannya untuk memastikan daripada terserempak dengan orang yang mengenalinya..Sofea melangkah masuk ke dalam Planet Cafe dengan kepalanya ditunduk sedikit..Sampai di sebuah satu meja makan di penjuru kedai,Sofea menarik kerusi dan melabuh duduk..Cap yang tersarung kemas di kepalanya dibetulkan sedikit lalu memandang tepat ke arah anak mata seorang lelaki yang berada di depannya itu..

KEMBALIKAN SENYUMANMU PADAKU✔️Where stories live. Discover now